Assalamualaikum WBT
SEKALI lagi nampaknya kita bercuti panjang hujung minggu ini. Isnin merupakan hari cuti umum sempena perayaan wesak. Mesti ramai yang bercadang untuk melencong jalan-jalan, kan. Didoakan semuanya dipermudahkan urusan, insyaAllah.
Kembali lagi dengan ole-ole dari selatan, kali ini Sk nak bawa pembaca ke Restoran Bumbu Babah milik pelawak Ajak Shiro dan rakan-rakan.
Restoran Bumbu Babah ni baharu sahaja dibuka di Taman Johor Jaya pada pertengahan bulan Ramadhan lepas. Ia merupakan restoran nasi padang ala moden.
Kalau biasanya, lauk nasi padang tu diceduk siap-siap dalam piring lauk, tapi dekat sini dia buat set padang macam nasi ayam. Entahlah, Sk pun tak berapa reti ayat yang sesuai untuk menggambarkan nasi padang Bumbu Babah ni. Tu takpa, layan diri pulak.
Senarai harga diletakkan di hadapan kaunter agar lebih mudah nak membuat pilihan dan senanglah nak sesuaikan dengan bajet.
Nasi padang moden. Restoran nasi padang asli di Indonesia, kita masuk dan duduk di meja, mereka akan hidangkan semua lauk atas meja dan kita makan lauk yang kita nak makan sahaja, tapi dekat sini dia cedukkan lauk. Sk rasa banyak jugak restoran NP sekarang yang guna konsep begini kan. Ada jugak yang ceduk lauk sendiri.
Satu set nasi ni siap dengan telur rebus separuh, pucuk ubi, kubis, sambal hijau dan sambal merah. Sk ambil lauk gulai urat dan ayam habuk. Pucuk ubi tu jika habis mereka akan gantikan dengan timun.
PI ambil gulai ayam dan gulai urat.
Iman ambil ayam habuk dan add on lagi sambal hijau. Masakannya sedap tu sedap tapi tak asli. Gulai minangnya agak pekat dengan santan dan kalau dah artis meniaga, harganya tentulah kayangan. Dekat sini tak ada air bancuh, cuma ada minuman dalam tin dan mineral water. Termasuk air, total RM72.30.
Makan 3 org dah kira reasonable harga dia..Sa ada plan nak terjah Bumbu Babah ni...cuma x tau la bila..hari tu nampak cawangan dia kat Pasar Seni dan MyTown..
ReplyDeleteJimat tang air je lah kot.. Sebab takde air bancuh.. Hihihi
ReplyDeleteasyik fyp je Bumbu Babah ni...nmpk sedap..feveret nih..
ReplyDeleteNanti teringin juga nak try nasi bumbu babah ajak ni. Nampak sedap je orang makan.
ReplyDeleteSelalu lalu tentang bambu babah ni tapi tulah jauh sangat nak datang terjah. Semoga ada rezeki satu ari nanti utk merasa.
ReplyDeleteooh restoran ni dekat JJ ye., hehe
ReplyDeleteLin dah try sekali Kak, tapi Suami taknak gi lagi hahahaha.. lebih suka yang ceduk dan betul rasa minang di Kg Melayu depan klinik ibu mengandung tu haaa.. berkali² situ ajaa makannya.. tp tempat baru kita haruslah cuba kannn
ReplyDeleteWaduh, kuah bajir ni yang best SK. Lagilah ada gulai urat...bismillah!
ReplyDeleteammi kan cukup tak suka makan kalau kena alas dengan kertas ni. infact kalau makan nasi lemak bungkus pun ammi akan tuang dalam pinggan.
ReplyDeleteTak pernah makan nasi padang. Tak tahu sangat pasal tu. Ini macam konsep di RNR tu lah kan. Pilih pilih lauk orang tu cedokkan. Harga boleh tahan juga tu.
ReplyDeleteRambang mata tengok lauknya tu
ReplyDelete