SEKEJAP TIMBUL.. LAMAAAAAA.... TENGGELAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
13
ASSALAMUALAIKUM wbt

MAAFLAH kalau kehadiran saya ini ibarat bulan di musim hujan, sekejap timbul, lama tenggelam. Peribahasa baru, orang kata macam biskut chipsmore (bukan promosi ya), 'Sekejap ada, sekejap takde', hik hik hik. Entah apa yang melanda, tak ada angin tak ada ribut, saya sebenarnya mengalami masalah untuk menghapdatekan entri. Semalam, saya dapat panggilan telefon dari Cik Oeya.... "awak, kenapaaaaaaa lama tak ada entri?? Sibuk ke???" Jawapan saya, sibuk tu memanglah sibuk, bila kat rumahlah. Tapi di pejabat ni pun macam-macam masalah sebenarnya yang tak sempat saya terangkan pada Oeya. Sebenarnya PC saya tidak boleh pergi ke Yahoo dan apa-apa link, blog dan sebagainya. Yang pelik bin ajaib, facebook boleh pula dibuka. Sebagai penyelesaiannya saya mengangkut lappy yang berat macam nak mampuih ni.. hahaha. Sebenarnya taklah berat sangat pun tapi memandangkan bilik pejabat saya di Tingkat 4 (tak ada lif ya), jadi amatlah berat hati untuk dipikul, hehehe. Tapi, ada juga masalah yang timbul. Blog saya tak dapat dibuka.. katanya done but with error... APA KEHE???!! Mujurlah saya masih boleh sign in dan create a New Post tapi saya tak dapatlah melihatnya di blog. Sedih tau...

Jadi, banyaklah entri yang cuma tinggal draft sahaja tak sempat dipublishkan kerana kerja-kerja mengedit yang belum selesai. InsyaAllah, sebarang masalah teknikal akan diselesaikan sebelum 2011 melabuhkan tirai.

Wassalam.


Tags

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. blogger sendiri byk sgt nak upgrade itu upgrade ini - itu pasal ramai yg berproblemo. :)

    ReplyDelete
  2. kesiannyer kak sari.. tun pun xtau nape error jd camtu, jd xdpt la nk bg pendapat camner nk buat. moga2 blog akak sihat la hendaknyer..

    ReplyDelete
  3. timbul tengelam hehe...jgn tengelam terus dah la ya...kang kempunan nak 'merasa' makaron...

    ReplyDelete
  4. ye la kak...biar le kejap tenggelam kejap timbul janji x tenggelam terus... :)

    ReplyDelete
  5. lama tak singgah sini kak....saya pun lately ni mcm lemau jer nk bw...biasala mood blogging ni pun ada turun naiknya juga, apapun didoakan masalah akak ni dpt diatasi yer:)

    ReplyDelete
  6. Blogger ni kadang2 mengong kot...hehehe... takpelah walau pun tenggelam sesekali janji timbul jugak...hehehe

    ReplyDelete
  7. salam kak sari..takpe la take ur time..asal sihat hendaknya hehehe...

    ReplyDelete
  8. kita pun baru selesai dgn masalah internet line di ofis. baru pulih..lega sangat. lega kerana boleh update blog hehehehe..(cih, bukan lega pasal nak buat kerja yek hehehe).
    patut pun kita lama tak nampak sari di mana2....selalu sangka mesti sari sibuk ya amat di ofis ni..rupe2nya problem nak buka blog yek..tak pe, pelan2 yaaa

    ReplyDelete
  9. mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

    ReplyDelete
  10. mana tuan rumah....rindu laaaaaa. kak jun, tuan rumah hilang, kena buat report nih

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!