MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja. Saya tidak lagi akan menjawab pertanyaan melalui email. Sebarang soalan boleh dibuat melalui panggilan/sms : 0127844524 atau Whatsapp Sahaja : 0127799705. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, June 22, 2011

MOIST CHOC CAKE HADIAH HARI BAPA


ASSALAMUALAIKUM wbt

SETELAH hampir dua bulan menyimpan set bola sepak ini, akhirnya dapat juga saya realisasikan kek padang bola ini pada hari bapa yang disambut Ahad lepas. Ingat lagi tak kek strawberry yang saya ceritakan di sini semasa hari lahir ER? Sebenarnya saya memang nak hadiahkan ER kek padang bola ini sempena ulangtahun hari lahirnya tetapi terpaksa ditunda kerana ER sibuk hendak makan ikan bakar di sana. Dari minggu ke minggu saya berangan untuk membuat kek itu kerana telah berjanji dengan Yaya dan akhirnya... jeng.. jeng.. jeng.











Untuk ER, terima kasih kerana anda adalah seorang bapa yang baik. Anda sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada Nur Iman Fatiha. Kami menyanyangi anda dan amat menghargai anda. Semoga anda akan terus menjadi bapa yang terbaik dan tidak mudah tergoda dengan anasir-anasir jahat di luar sana, huhuhu..

Tidak susah untuk orang yang malas macam saya membuat kek ini. Tak sampai 20 minit, adunan ini dah siap menyorok di dalam oven. Dan bagi orang yang malas, saya tidak menggunakan buttercream untuk rumput yang menghijau itu sebaliknya saya menggunakan coklat putih yang diwarnakan hijau.. huhuhu. Kerana malas menunggu juga, rumput-rumput itu kelihatan melepek, hahahaha. Apa nak buat, semuanya nak cepat ditambah pula hari Ahad tu saya terlibat dengan pendaftaran pelajar baru. Puas hati juga bila ER tersenyum lebar melihat kek ini. Rasa hilang ralat kerana gagal menyiapkan kek hari jadinya yang lepas. Rasa terbayar hutang hadiah Poh Kong, hahahaha.

Jom, saya kongsikan resepinya di sini dari teman fb saya yang rancak dengan kek coklatnya dan betul kata Mastura Yasak, kek ini lebih sedap di dalam acuan bengkang. Nyummyyyyyyyy!!

Moist Choc Cake
Bahan A
2 biji telur (B)
1 cawan gula (saya kurangkan sedikit)

Bahan B (diayak bersama)
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 st soda bikarbonat
1 st serbuk penaik

Bahan C
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3 sb susu pekat manis

Bahan D (kacau rata)
1/2 cawan air sejuk
1 st esen vanilla
1 st garam halus

Cara-caranya:
  1. Bahan A dipukul sehingga kembang pada kelajuan tinggi.
  2. Dengan kelajuan sederhana, masukkan bahan-bahan C sambil terus memukul sehingga sebati.
  3. Berhentikan mesin pemukul, masukkan bahan B yang telah di ayak. Masukkan sedikit-sedikit dan gaul dengan spatula sehingga sebati.
  4. Masukkan bahan D yang telah dikacau rata.
  5. Tuangkan dalam loyang yang sesuai atau boleh juga dimasukkan ke dalam cupliner atau paper cup. Bakar 45 minit pada suhu 170 darjah celcius (loyang) atau 20 minit (kek cawan). Cucuk di tengahnya dengan lidi bagi menguji kek telah masak.
Saya sengaja menggunakan loyang 4 segi yang panjang supaya nampak seperti padang bola dan sengaja dibuat tidak tinggi supaya mascot-mascot itu tidaklah nampak tertenggek.. hehehe.

Hiasan:
Set bola sepak
250 gm coklat masakan putih
65 gm mentega
Pewarna hijau

Cairkan coklat masakan bersama mentega secara double boiler. Biarkan suam dan masukkan pewarna, kacau rata. Biarkan ia sejuk dan likat sebelum dimasukkan ke dalam piping beg yang dipasang nozle berlubang banyak. Picitkan di atas kek sehingga membentuk rumput. Letakkan set padang bola.

p/s: Saya nak cepat, jadi adunan tu tak cukup likat, jangan tiru macam saya tau.. hehehe.

Tuesday, June 21, 2011

CERITA DARI HATI.. EH! SALAH BLOG KE???



ASSALAMUALAIKUM wbt




TAK MAHU salahkan sesiapa, saya tetap salahkan diri sendiri kerana salah saya, bukan salah sesiapa. Saya mengaku yang saya sedang dilanda kemalasan yang kian menebal. Penyakit M ini rupanya kalau dibiarkan ia akan melarat, melarat dan melarat.. urmmmmm. Saya gagahkan juga untuk membuat entri baru ketika jarum jam semakin hampir ke angka 12. Ngantuk tetapi saya gagahkan kerana pengikut yang bertambah memberi semangat kepada saya. Nak baca Cerita Dari Hati itu?




Macaron tempahan dari Mamamya, terima kasih banyak Lia kerana sudi menempah macaron akak yang tak sepertinya itu. Lia juga tempah blueberry cheesetart... Aduh! Comel-comelnya anak-anak Lia. Apa kata Lia kongsikan sikit petua, macammana nak dapatkan anak-anak yang comel dan mantap macam Damya, Afiqah dan Firas, geramnyaaaaaaaaaaaaaaa... Sempat juga posing dengan Lia, tapi sebab guna kamera handphone dan saya belum bluetooth lagi maka nantilah saya akan update gambar bersama Mamamya dan spek barunya itu... hehe. Tapi gambar BBCT tak adalah, lupa nak snap, malassssssss.. hehehe.


Macaron yang bedung terlebih tu dah selamat tiba di Melaka petang tadi. Sengaja saya poskan untuk kak Long dengan pos laju. Alhamdulillah, kata Kak Long, macaron tu elok dan tak pecah, kiranya pos Malaysia ni boleh dipercayai.. hehehe.






Wednesday, June 15, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

NANANANANA.. GANU KITA!


ASSALAMUALAIKUM wbt

WAH, Jalang-jalang Ganu Kita kali ini... layan gambar jerlah ya.. huhu..


Alhamdulillah, doa rakyat Terengganu dimakbulkan Allah swt.
Tahniah & Syabas atas kejayaan..


Kanak-kanak Riang.. huhuhu

Bermain bersama-sama dengan gumbira... hahaha..


Termasuk balik telurku didudukkan Yaya.. adeh!


Laut dan langit yang luas terbentang ciptaan Allah swt yang tak terjangkau dek akal fikiran.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar!


Aktiviti wajib ialah berendam!



Selepas itu bermain buai

Hallo.. hallo... ini hari takda suratkhabar, saya cutilah matcha!!!

Monday, June 6, 2011

URM... JANGAN BORING!

ASSALAMUALAIKUM wbt

ADA yang bosan bila tengok saya asyik bermacaron?
Hik.. hik.. sebenarnya setiap kali kepenatan memicit macaron dan menunggu ia kering di loyang saya akan bertekad, inilah kali terakhir saya bermacaron. Tapi gian memicit macaron dari piping bag selalu membuatkan saya termimpi-mimpi dan terangan-angan sehingga angau, hahaha. Jadi bila ada permintaan, masa tulah dapat melepas geram. Kejadiannya yang unik membuatkan saya begitu meminati macaron ini, urmmm.. nak buat macammana, kalau hati sudah suka, orang lain peduli apa, ya tak??? Hik.. hik..

Huhu.. ada juga permintaan yang inginkan saya membuat kelas macaron ini.
Aduh! Pecah telur pun tak pas lagi dikkk, cemanalah nak buat kelas. Mengasingkan kuning telur pun masih lagi terkial-kial... ekekekeh, macammana nak mengajar orang... hihihi. Kerana itulah jika ada yang meminta, saya tak berani berjanji. Kalau permintaannya tu sekadar untuk makan-makan, insyaAllah, tapi kalau nak bawa majlis, oh! Tidak, carilah yang lebih pakar... hehe. Untuk yang baru mencuba bermacaron, saya ucapkan Selamat Berjaya.

Thursday, June 2, 2011

KEISTIMEWAAN REJAB

ASSALAMUALAIKUM wbt

KEISTIMEWAAN dan amalan-amalan yang boleh dilakukan di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1432h/Isra Mi'raj (Rabu,29 Jun 2011) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab(3, 4 dan 5 Jun 2011) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaAllah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah.

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.

"Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?

"Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.

"Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH swt.Lalu saya bertanya kepada baginda "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?

"Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."Sabda baginda lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.

"Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"Sabda baginda "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.

"Marilah sama-sama kita merebut peluang untuk mendapatkan segala fadhilat dan juga keistimewaan yang telah Allah berikan kepada kita sebagai umat Muhammad. Semoga amalan dan juga ibadat kita kepada Allah diberkati dan dirahmati olehNya.

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?