ASSALAMUALAIKUM wbt
SETELAH hampir dua bulan menyimpan set bola sepak ini, akhirnya dapat juga saya realisasikan kek padang bola ini pada hari bapa yang disambut Ahad lepas. Ingat lagi tak kek strawberry yang saya ceritakan di sini semasa hari lahir ER? Sebenarnya saya memang nak hadiahkan ER kek padang bola ini sempena ulangtahun hari lahirnya tetapi terpaksa ditunda kerana ER sibuk hendak makan ikan bakar di sana. Dari minggu ke minggu saya berangan untuk membuat kek itu kerana telah berjanji dengan Yaya dan akhirnya... jeng.. jeng.. jeng.
Untuk ER, terima kasih kerana anda adalah seorang bapa yang baik. Anda sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada Nur Iman Fatiha. Kami menyanyangi anda dan amat menghargai anda. Semoga anda akan terus menjadi bapa yang terbaik dan tidak mudah tergoda dengan anasir-anasir jahat di luar sana, huhuhu..
Tidak susah untuk orang yang malas macam saya membuat kek ini. Tak sampai 20 minit, adunan ini dah siap menyorok di dalam oven. Dan bagi orang yang malas, saya tidak menggunakan buttercream untuk rumput yang menghijau itu sebaliknya saya menggunakan coklat putih yang diwarnakan hijau.. huhuhu. Kerana malas menunggu juga, rumput-rumput itu kelihatan melepek, hahahaha. Apa nak buat, semuanya nak cepat ditambah pula hari Ahad tu saya terlibat dengan pendaftaran pelajar baru. Puas hati juga bila ER tersenyum lebar melihat kek ini. Rasa hilang ralat kerana gagal menyiapkan kek hari jadinya yang lepas. Rasa terbayar hutang hadiah Poh Kong, hahahaha.
Jom, saya kongsikan resepinya di sini dari teman fb saya yang rancak dengan kek coklatnya dan betul kata Mastura Yasak, kek ini lebih sedap di dalam acuan bengkang. Nyummyyyyyyyy!!
Moist Choc Cake
Bahan A
2 biji telur (B)
1 cawan gula (saya kurangkan sedikit)
Bahan B (diayak bersama)
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 st soda bikarbonat
1 st serbuk penaik
Bahan C
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3 sb susu pekat manis
Bahan D (kacau rata)
1/2 cawan air sejuk
1 st esen vanilla
1 st garam halus
Cara-caranya:
- Bahan A dipukul sehingga kembang pada kelajuan tinggi.
- Dengan kelajuan sederhana, masukkan bahan-bahan C sambil terus memukul sehingga sebati.
- Berhentikan mesin pemukul, masukkan bahan B yang telah di ayak. Masukkan sedikit-sedikit dan gaul dengan spatula sehingga sebati.
- Masukkan bahan D yang telah dikacau rata.
- Tuangkan dalam loyang yang sesuai atau boleh juga dimasukkan ke dalam cupliner atau paper cup. Bakar 45 minit pada suhu 170 darjah celcius (loyang) atau 20 minit (kek cawan). Cucuk di tengahnya dengan lidi bagi menguji kek telah masak.
Hiasan:
Set bola sepak
250 gm coklat masakan putih
65 gm mentega
Pewarna hijau
Cairkan coklat masakan bersama mentega secara double boiler. Biarkan suam dan masukkan pewarna, kacau rata. Biarkan ia sejuk dan likat sebelum dimasukkan ke dalam piping beg yang dipasang nozle berlubang banyak. Picitkan di atas kek sehingga membentuk rumput. Letakkan set padang bola.
p/s: Saya nak cepat, jadi adunan tu tak cukup likat, jangan tiru macam saya tau.. hehehe.
waaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..!!! sgt..sgt sgt suke tgk kek tuh..mesti nyum..nyumm..nyummiiiiii..;)
ReplyDeleteminggu ni intan nak buat..tq ye sbb syer.. ;)
kak yus,uii malas2 pon kek cantik kak,tadi igt buttercream rumput tuh,hehe..Kak set memancing da x,kalo da nak juga beli,hikhik,btw,mmg xpernah nmpk g juai set bola tuh..
ReplyDeleteassalam sari..pandainya sari buat
ReplyDelete..patut suka sangat anak beranak tu mengadap kek..
cantikla.. rumput tu pon cantik..
ReplyDeleteboleh try resepi ni akak.. sedaplah tgk...
ReplyDeletecantikkkkkkkk...:D
ReplyDeletecantiknyer kek nie
ReplyDelete