CERITA DARI HATI.. EH! SALAH BLOG KE???

Seri Kandi Tanah Jauhar
10


ASSALAMUALAIKUM wbt




TAK MAHU salahkan sesiapa, saya tetap salahkan diri sendiri kerana salah saya, bukan salah sesiapa. Saya mengaku yang saya sedang dilanda kemalasan yang kian menebal. Penyakit M ini rupanya kalau dibiarkan ia akan melarat, melarat dan melarat.. urmmmmm. Saya gagahkan juga untuk membuat entri baru ketika jarum jam semakin hampir ke angka 12. Ngantuk tetapi saya gagahkan kerana pengikut yang bertambah memberi semangat kepada saya. Nak baca Cerita Dari Hati itu?




Macaron tempahan dari Mamamya, terima kasih banyak Lia kerana sudi menempah macaron akak yang tak sepertinya itu. Lia juga tempah blueberry cheesetart... Aduh! Comel-comelnya anak-anak Lia. Apa kata Lia kongsikan sikit petua, macammana nak dapatkan anak-anak yang comel dan mantap macam Damya, Afiqah dan Firas, geramnyaaaaaaaaaaaaaaa... Sempat juga posing dengan Lia, tapi sebab guna kamera handphone dan saya belum bluetooth lagi maka nantilah saya akan update gambar bersama Mamamya dan spek barunya itu... hehe. Tapi gambar BBCT tak adalah, lupa nak snap, malassssssss.. hehehe.


Macaron yang bedung terlebih tu dah selamat tiba di Melaka petang tadi. Sengaja saya poskan untuk kak Long dengan pos laju. Alhamdulillah, kata Kak Long, macaron tu elok dan tak pecah, kiranya pos Malaysia ni boleh dipercayai.. hehehe.






Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Oh akak..oh macaron..alahai...jual ke? tak bgtau pun..

    ReplyDelete
  2. aisehh long..takkan ko tatau, aku yg jauh pun tau pekembangan kak yus

    ReplyDelete
  3. akak hebatnya byk buat tempahan macaron tu...murah rezeki tu..:)

    ReplyDelete
  4. gleme betol macaroon ye...last sy makan june 2010..huhhu...dh lama x mkn ni

    ReplyDelete
  5. sedapnya..yea kak sari kembali semula,sama lah kak saya pun kalau dah M..nak tengok lappy pun x nak heheehhe.

    ReplyDelete
  6. ha long...dah tau tu apa lagi...order lah....filling peanat butter plg best...aritu aku sorang yg perabis...ngeeee....

    thanks kak yus......mac akak mmg sedap!!

    ReplyDelete
  7. assalam teruja pulak dengan macaroon ni..he he

    ReplyDelete
  8. wahhh.. mantap! tun xwat pun lg.. akak dh siap amik order dah =)
    omey je nmpk macaroon akak.

    ReplyDelete
  9. waaahh.. sari dah mnjadi bisnes macaron tu.. tahniahhh sis..

    ReplyDelete
  10. macaron ni rasa camne ek kak? macam berminat lak..hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!