MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
Untuk pertanyaan, hubungi (call)/ whatsapp : 0127799705 atau sms 0127844524

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Friday, July 22, 2011

CINTA DUNIA DAN CINTA AKHIRAT

ASSALAMUALAIKUM wbt

SETIAP manusia mempunyai perasaan cinta dan mencintai. Cinta itu juga mempunyai tafsiran yang luas dan berbeza-beza. Rasa cinta dan sayang itu bukanlah hanya terbatas kepada lelaki dan wanita sahaja. Cinta itu sangat universal dan boleh dizahirkan dalam apa jua bentuk dan apa jua keadaan. Rasa cinta itu boleh diterjemahkan kepada rasa cinta terhadap kerjaya atau kerja, harta, ilmu dan sebagainya.

Namun dalam dunia serba moden ini, apabila menyentuh mengenai cinta ia akan ditujukan sama ada cinta antara lelaki dan wanita ataupun cinta manusia kepada kebendaan iaitu harta dan kemewahan. Pemikiran jumud begini boleh menjadikan manusia hamba duit tanpa memikirkan akhirat.

Namun begitu masih ada yang bijak menguasai dunia dan mengharapkan kebaikan di akhirat. Mereka ini adalah golongan yang beruntung kerana diberikan nikmat untuk merasai kedua-duanya. Dan seharusnya mereka memperolehi keberkatan ini hanyalah kerana pencarian mereka yang seimbang antara dunia dan akhirat tanpa lalai walaupun dalam seminit.

Sesungguhnya mereka ini telah disebutkan Allah swt yang bermaksud, "Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan di senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasnya." (Surah al-Khafi: 28)

Sebagai seorang muslim yang akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak perlu mempersiapkan diri untuk mendapat kecintaan yang hakiki di akhirat nanti. Memang benar kehidupan di dunia juga perlu dititikberatkan bagi membawa satu imej yang hebat di mata-mata musuh Islam. Namun begitu, segala kekayaan dan kemewahan itu pula, hendaklah dibelanjakan bagi mencapai kesenangan di akhirat.

Itulah yang dinamakan keseimbangan antara kehendak dunia dan keperluan akhirat. Namun ramai yang pada hari ini apabila sudah menemui kejayaan di dunia akan melupakan kehidupan selepas kematian nanti. Ketika itulah segala amalan di dunia akan diambil kira. Segenap 'sen' harta akan dihisab sama ada digunakan ke jalan Allah ataupun segala kemewahan itulah yang melalaikan hamba-Nya ini.

Dipetik dari Mimbar Baka
Bahagian Agama & Kaunseling
IPKJ

Friday, July 15, 2011

SEPETANG DI JIMBARAN

ASSALAMUALAIKUM wbt

KALAU anda ke Bali, pastikan kenangan menikmati pemandangan matahari terbenam di Jimbaran ini dibawa pulang ya.. hehehe. Rasanya tiada yang terindah dan terhangat di Bali selain acara makan di Pantai Kedonganan. Bagaikan terpukau apabila melihat kerusi meja disusun berderet-deret di atas pasir pantai yang memutih sambil mengadap Laut Jawa yang saujana biru kehijauan. Gadis manis penyambut tamu yang memakai pakaian tradisional Bali menyelitkan bunga di telinga kami sebagai tanda Selamat Datang. Aduh! Manisnya kenangan ini akan diingat sampai bila-bila.

Punat kamera bagaikan tidak mahu henti ditekan untuk merakamkan kenangan maka pelbagai aksi dan gaya yang dikeluarkan. Bagaikan tidak jemu mengabadikan kenangan di pantai pulau yang pernah diiktiraf pulau liburan terbaik di dunia ini. Untuk yang mengunjungi Alam Sari ada beberapa aksi yang ingin dikongsi di sini... sila-silalah scroll ke bawah ya... hihihi...















Thursday, July 14, 2011

BALI OH BALI



ASSALAMUALAIKUM wbt

MUNGKIN ada yang tidak tahu gambar ala-ala romantik semalam tu sebenarnya dirakamkan ketika saya berada di Bali, kelmarin. Ya, benar.. saya baru dua hari kembali ke Malaysia setelah empat hari berlibur di Pulau Dewata yang sesak dengan pelancong bermata biru dan berkulit merah jambu lantaran dijemur terik matahari. Kalau kita sebolehnya cuba untuk berlindung dan berpayung sebaliknya bagi mereka sengaja berjemur betul-betul di bawah terik matahari tanpa menghiraukan manusia yang lalu lalang. Satu pemandangan biasa yang dapat dilihat di sepanjang pesisiran Pantai Kuta yang paling terkenal di Bali.


Tidak sangka pula apabila ER memenuhi impian saya untuk ke Bali. Impian main-main yang akhirnya menjadi kenyataan. Rasa seperti tidak percaya apabila menjejakkan kaki di sini. Dan rasa tidak percaya, Bali tidaklah seindah yang saya sangkakan dan saya dengar. Sukarnya mencari makanan halal di sini kerana gerai babi guling merata-rata di tepi jalan membuatkan hati jadi ragu-ragu untuk makan sebarangan. Kebetulan kedatangan saya kali ini seiring dengan musim pelancong yang ramai tambahan pula masyarakat Bali yang majoritinya beragama Hindu baru sahaja menyambut perayaan yang dikenali sebagai Hari Raya Galungan dan Kuningan. Di sana sini terbau asap dupa dan wanginya bunga seiring dengan lantunan mantra bagi meraikan dewa mereka.


Banyak lagi ingin saya ceritakan dan ini hanyalah sebagai pembukaan supaya tidak lagi ada yang tertanya-tanya kenapa dalam entri semalam ER begitu rela berbunga di telinga. Itu adalah bunga yang diselitkan oleh penyambut tamu ketika kami berkunjung ke Jimbaran Bay, Pantai Kedonganan yang paling terkenal dengan hidangan makanan lautnya. Bagi saya tiada yang paling indah di Bali selain menyaksikan matahari terbenam perlahan-lahan di pantai ini, akan saya ceritakan pada entri yang akan datang, insyaAllah. Sehingga bertemu lagi.

empat ahli yang menyertai rombongan.. hehehe

Thursday, July 7, 2011

HILANG KATA-KATA


ASSALAMUALAIKUM wbt

KALAU hari Khamis pun tak mahu berkata-kata, boleh tak????

Tuesday, July 5, 2011

TENGOK PENYU TELOR

ASSALAMUALAIKUM wbt

DAH basi cerita ni, dah berzaman.. huhuhu. Tapi tak apalah, nak juga buatkan edisi khas tengok penyu bertelur ni sebagai kenang-kenangan. Tak pernah umur tengok penyu bertelur secara langsung, jadi bila mendapat kesempatan maka memang tak lepas peluanglah. Pada mulanya saya ingatkan nak tengok penyu bertelur ni macam kita pergi main-main kat tepi pantai tu sambil tunggu penyu mendarat. Perghhhhhhhhh!! Rupanya tidak tuan puan. Penyu bukan asal pantai jer ia bertelur. Ialah, dulu dalam satu rancangan dokumentari tu, berkerumun orang tengok, penyu tu diam-diam jer bertelur, yang ni kita nak tengok pun kena dalam gelap... kena senyap-senyap.. hohoho. Apa yang nampak? Dia punya 'tut' jer yang disuluh oleh pakcik pemandu penyu kami tu.. huhuhu.

Menurut pakcik tu, penyu ni tak boleh terganggu kalau sedang bertelur. Kalau dia tengah mengais-ngais tu pun jangan dekat. Hampir nak bertelur saya dok menunggu puan penyu tu.. huwa huwa huwa. Yaya nak terkucil pun saya kata tahan.. tahannnnn.. Ialah, takkan nak dot.. dot.. dot kat teluk tu tengah-tengah malam. Karang balik bengkak semua, mana nak mengubat, kui kui.

Menurut pakcik yang saya tak tanya namanya tu, penyu akan mula naik ke pantai di pantai timur sepanjang March hingga September. Alkisahnya juga, penyu akan naik untuk bertelur di mana tempat ia ditelurkan. Jadi, kiranya penyu-penyu yang mendarat ini adalah penyu-penyu yang ditelurkan di sini. Ops! Lupa pulak nak beritahu lokasi yang kami redah macam nak pengsan ini adalah di Teluk Monica, Kemaman (sebut Kemamang), Terengganu. Dan penyu itu akan terus mengitarkan telurnya selagi ada dan biasanya seminggu kemudian penyu ini akan kembali ke pantai semula untuk bertelur semula, ada faham?? Maknanya, penyu yang sama akan mendarat untuk bertelur dalam tempoh seminggu. Minggu ni dah naik bertelur, minngu depan ia akan naik semula bertelur lagi sehinggalah habis telur-telur dalam perutnya tu. Sekali bertelur, adalah dalam 100 biji. Senyapppp jer ia bertelur, bukan dok ketok ketok macam mama ayam tuh. Malam tu penyu pertama dapat 111 biji. Yang seterusnya tak larat saya nak tunggu dan kira... huhuhu. Tapi malam tu sahaja, saya jumpa empat bekas pendaratan penyu. Maknanya lebih kurang 400 juga telur-telur dikumpulkan, tu belum sampai pagi sebab menurut pakcik itu, pendaratan penyu bermula seawal selepas isya' sehinggalah ke awal subuh.

Tapi betul-betul sedih tau bila penyu tu hendak meninggalkan pantai. Rasa terharu sangat dan kami melambai-lambai tangan seolah-olah penyu tu pun turut melambai-lambai ke arah kami. Huhuhu... kelakar ke?? Sedihlah.. lepas tu pula ada sesi melepaskan anak-anak penyu. Sebanyak 78 ekor anak penyu dilepaskan malam itu dan menurut pakcik itu, semua pun tahu kan, hanya seekor dua sahaja yang akan hidup. Okey, jom tengok gambar. Sebelum tu nak minta ampun maaf sebab lama tak bersiaran kerana saya kesibukan memanjang, kalau nak berfb sambil menyambil tu masih okey, nak berblogwalking memang sempat gitu-gitu aje, adeh!


Aik!! Baru bertelur dah menetas, hehehe...

Yaya teruja!



masing-masing sedih bila penyu meninggalkan pantai.. huhuhu...



yang ni kakak angkat penyu... huhuhu

Friday, July 1, 2011

SEJARAH ISRA' DAN MIKRAJ

ASSALAMUALAIKUM wbt

DI PAGI Jumaat yang mulia ini, ingin saya kongsikan sejarah Isra' dan Mikraj

Terjadinya peristiwa Isra' dan Mikraj adalah kerana bumi berasa bangga dengan langit. Berkata bumi kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah swt telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, " Hai langit, di tempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku, dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah swt dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu Ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah swt mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah swt memberi wahyu kepada Jibrail pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail, jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail bertanya, "Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah swt berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan Buraq itu."

Kemudian Jibrail pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran airmatanya.

Jibrail menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail, "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad saw. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah saw dalam perjalanan Isra' dan Mikraj.

Wallahualam.

Terima kasih kepada Ustaz Anwar Jamaludin @itpypj

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?