... KEK BUAH KUKUS & MINI STRAWBERRY CHILL CHEESE CAKE

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM...

ISNIN yang sunyi di pejabat saya lantaran ramai kengkawan sepejabat yang dihantar berkursus di sana-sini. Seram juga bila duduk sorang-sorang tambahan pula bilik saya nun jauh di kayangan tingkat empat ni. Pendek kata kalau nak menjerit tu memang tak ada siapa yang dengar, agak-agak bosan kita karaoke ajelah, hahaha. Ish! Mana boleh... minggu ni saya dah janji dengan En Shahrim untuk siapkan sylibus kertas cadangan yang terbengkalai semasa kami ke bengkel minggu lepas di Tanjung Balau kerana saya akan meminta izin untuk berkecuali dalam bengkel yang sama minggu depan... sebab apa lagi, balik kampunglah.. hehe. Alhamdulillah, En Shahrim boleh bertolak ansur. Sebenarnya kalau diikutkan hari ini saya sepatutnya dalam perjalanan ke Cherating kerana ada satu lagi kursus 'Team Building' tapi saya terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Memandangkan saya pun sebenarnya menggantikan orang lain yang menarik diri atas sebab-sebab kesihatan maka bos saya pun tidaklah banyak songehnya. Mungkin saya akan dihantar pada siri yang lain pula, kalau lepas ni nama tersenarai sebagai pilihan pertama, kenalah redha, jangan nak mengelak lagi tau ;p

Sebelum pening-pening lalat datang nak mengetuk sylibus tu, maka saya mengetuk di sini dulu, ala-ala aktiviti pemanasan jari-jemarilah ni... hihi. Kek Buah Kukus yang saya buat masa hari jadi saya dan hari ibu tu tak cukup syarat sebab saya kekurangan sebanyak 300 gm buahan campuran. Sebab apa?? Sebab tak reti-reti nak catat di kertas berapa kilo buah campuran nak kena beli. Jadi kepada sesiapa yang nak cuba resepi ni, ingat ya, beli buah campuran tu setengah kilo tau. Terima kasih banyak kepada Shuhairi Shuhaini pemilik blog Juicy Cafe yang telah berkongsikan kek buah yang sedap ini, Harus ada siaran ulangan lepas ni. Banyak lagi resepi kek yang sedap-sedap di sana tau, dan Shuhairi banyak berkongsi ilmu langkah demi langkah. Jadi sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan dunia kek ni bolehlah klik blog beliau di sini.

Kek Buah Kukus
Resepi : Juicy Cafe

Bahan-bahan:
150 gm air
100 gmmentega
120 gm gula perang
500 gm buah-buahan kering campuran
3 biji telur - pukul sikit
200 gm tepung gandum*
1 1/2 sdk double action baking powder*
1/2 sdk baking soda*
1/2 sdk serbuk kulit kayu manis* - *satukan dan ayak
80 gm walnut**
80 gmbadam** -**cincangkan
Cara-caranya
1. Panaskan periuk kukusan, balut tutup pengukus dengan kain atau tuala.
2. Masak air, mentega dan gula perang atas api kecil sehingga mendidih.
3. Masukkan buah-buahan kering, gaul sebati, tutup api dan sejukkan.
4. Telur dipukul sedikit dan masukkan ke dalam nombor 3.
5. Tambahkan adunan tepung sedikit-sedikit dan gaul rata.
6. Akhir sekali tambahkan walnut dan badam yg di cincang, gaul sebati.
7. Tuang dalam loyang 7 inci atau 8 inci yang telah dilenser dengan mentega, lapik kertas minyak dan sapu butter sedikit lagi.
8. Kukus dalam periuk kukus selama 90 minit dengan api yang besar.


ni gambar kek kukus buah yang belum dipotong.. gambar dah potong lupa pulak nak snap... Urmmm.. entah kenapa sejak akhir-akhir ni setiap kali upload gambar mesti jadi macam ada cermin tu. Ni yang paling okeylah yang lain hilang separuh atau hitam separuh, kenalah buang dan upload yang baru, huhu... Siapa boleh tulunnnnnn??


Ada yang nak buat parti hari jadi hujung minggu ini? Jom kita buat Mini Strawberry Chill Cheese yang sangat sedap ni. Rasanya cukup lemak dan manis-manis buah, memang tak boleh berhenti korek isinya tu, hehehe.
cantik dan sedap

Mini Strawberry Chill Cheese Cake
Bahan-bahannya :
500 gm cream cheese (Tatura/ Philadelphia)
400 ml non-diary whipping cream (NDWC)
1 bungkus (21 gm)serbuk gelatin (halagel)
3/4 cawan air suam

Hiasan :
200 ml non-diary whipping cream
strawberry filling secukupnya
buah strawberry segar

Cara-caranya: (sempoi jer, k)
1. Masukkan strawberry filling dalam piping bag, gunting kecil hujungnya, ketepikan.
2. Putar 200ml non-diary whipping cream (pastikan sejuk) selama dua minit atau sehingga kental Masukkan dalam piping bag yang dipasang muncung bintang dan simpan dalam peti sejuk.
3. Larutkan serbuk gelatin dengan air suam, ketepikan. Putar pula 400ml non-diary whipping cream selama dua minit juga (biasanya ia akan kental dalam masa dua minit). Ketepikan.
4. Putar cream cheese sehingga kembang dan gebu. Ambil 1/2 bahagian non-diary whipping cream tadi dan masukkan ke adunan cream cheese, kaup balik rata dengan menggunakan spatula yang besar.
5. Masukkan lagi sedikit-sedikit lebihan NDWC dan kaup balik sehingga rata sepenuhnya.
6. Tuangkan cecair gelatin dan kaup balik sehingga rata sepenuhnya, masukkan dalam piping bag dan potong muncungnya. Paipkan ke dalam bekas dadih atau sebarang bekas yang sesuai.
7. Lapiskan kelilingnya sahaja dengan strawberry filling dan pancit sedikit di permukaan tengah.
8. Paipkan kembali lapisan cream cheese dan ulang kelilingnya dengan strawberry filling. Pancit zig zag di tengah permukaan.
9. Hiaskan di atasnya dengan NDWC yang telah diletakkan dalam peti sejuk tadi.
10. Letakkan buah strawberry yang dibelah dua.
tag dari Kak Fazymokh... yang ku kenali di alam maya
 Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Ayu di Citarasa Rinduan kerana entry khasnya di sini.. di sini dan di sini. Terima kasih banyak Ayu kerana selalu ingat padaku.. hehe.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan fb yang sudi menge-tag saya sempena sambutan hari guru pada 16 Mei lepas. Kita sedia maklum sambutan hari guru ini bagi meraikan warga pendidik tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun cuma tumpuan lebih kepada cikgu sekolah, kan. Perlu saya jelaskan di sini kepada yang masih keliru saya ni bukannya cikgu sekolah, hehe tapi masih lagi berada di landasan pendidikan. Untuk lebih lanjut lagi kalau nak tahu sangat bolehlah hantar email anda kepada saya ya.. hihi. Semasa 16 Mei lepas juga saya seperti yang diberitahu sebelum ini berada di Tanjung Balau, jadi masa untuk menjawab segala ucapan itu agak terbatas, maafkan saya, k.
Ini tag dari anak saudara saya Shera.. Shera ni pun pernah juga bergelar cikgu dan beliau juga anak cikgu tau.. hehe
Saya juga ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Saya masih ingat, orang kata guru itu ibarat lilin yang menerangi kegelapan malam, tapi sekarang malam-malam orang dah tak nyalakan lilin, kita onkan switch jer lampu menyala.. jadi saya ibaratkan cikgu ni umpama TNB, boleh gitu...

P/S Buah dalam kek buah ni tak tenggelam tau, GERENTI!!




Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam dear.. wahh cantinya kejadian kek buah kukus tu.. sha memanglah suka sangat.. nampak mudah.. insyallah bila cukup bahan nanti ingat nak cuba... bila?? hentahlah tu. :))

    mini SCCC tu nampak menyelerakanlah.. :))

    ReplyDelete
  2. suka tengo mini strawberry chill cheese cake tu. Mesti sedap tu....

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Sari.. rajinnyer wat kek kukus buah .. mini strawberry chill cheese cake teringinnyer kak.. ader ker lagi...
    Selamat Hari Guru...(Guru memasak) bila kita mendapat ilmu daripada seseorang blh gak di panggil guru.. bukan kat sekolah jek.. he he he Akak erma copy resepi kek buah tu.. bebetul teringin hu hu hu..

    ReplyDelete
  4. Laaa...lupa nak wish kat Sari di fb. Skrg mmg jarang kat situ, suka twit2 je. Fb masuk pun utk ping blog, ntah kenapa jd gitu.
    Kek buah tu tgk dr luar cantik je, kemas je....dalam ok tak..hehe. Kalau akak yg buat, konpem buahnya kat bawah je, nyampah betul.

    ReplyDelete
  5. Sari....kak jun nak cuba dua dua resepi tu....kekbuah kukus dan cheese cake gigil gigil tu...

    muahhh

    ReplyDelete
  6. Mini SCC tu kalau buat perlukan kerajinan lebih sikit ye... buat satu mana cukup hihi... mesti kena buat banyak-banyak baru cukup kalau ada tetamu nak merasa sama...

    Kakak terliur sebenarnya.:)

    ReplyDelete
  7. As'aslam Sari

    teringin nak makan kek buah, tapi mintak kat sari ajelah. sebab anak2 kurang sikit dengan kek2 ni lah Sari..tu yang payahhh nak buat hihi

    ReplyDelete
  8. wahhh..resepi sudah keluar.. :) lia copy siap2 kak...klu rajin kat kampung nnti nak try buat..:) yg SCC tu mmg m'goda Qalbu lah...haishhh....klu la dapat makan bestnya...heheee

    ReplyDelete
  9. menggebu betul kek akak,habis tak tuuu??..hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!