MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, May 24, 2012

BILA HATI TERSENTUH

ASSALAMUALAIKUM...

PAGI ini saya tersentuh oleh satu catatan dalam wall photo dalam fb yang dikongsikan oleh kakak sepupu saya dari seorang hamba Allah. Siapa yang memulakannya saya tidak pasti tapi mari kita ambil pengajaran di sebalik kisah duit bernilai RM1.. yang seringnya lusuh setelah berkali-kali berpindah tangan ke sana sini. Selusuh manapun ia, masih bernilai untuk kita, kan..

**********
Catatan ini 100% catatan asal dan tidak diubah ya:

jangan cetak duit ini kerana ia takkan laku ;p

Al kisah : (like dan share kisah ini supaya menjadi renungan bersama)

Wang RM 100 & RM1.00 sama2 terbuat dr kertas, sama2 dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar dimasyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tdk sengaja didlm dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tsb terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Knp badan km begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerata Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!


**********

Isnin lepas kira-kira jam 10 malam seperti biasa saya mencapai 'handphone' bagi memastikan alarm setting saya -on. Tabiat saya kalau dah balik ke rumah, biasanya handphone tu memang jarang sangat keluar dari beg sehinggalah nak tidur barulah teringat hendak setkan alarm (walaupun sebenarnya dah set untuk seminggu). Itu bila balik kerja, bila cuti langsung tak ingat handphone letak di mana. Kadang satu hari suntuk tak dipegang lepas tu barulah perasan ada mesej tak dijawab, panggilan tak dijawab.. hehehe.


Berbalik cerita bila saya capai handphone tu, ada dua mesej yang masuk, kebetulan dari dua anak gadis yang pangkal namanya huruf A. Abaikan yang pertama, saya baca mesej dari satu nombor yang tak berdaftar dalam phonebook saya - Salam Aunty Sari, ni Alia anak Kak Jun... Malam ni aunty free tak? Saya membuka mata besar-besar, macam tak percaya Alia anak Kak Jun hantar mesej pada saya, Alia anak Kak Jun yang saya kenal cuma seorang saja iaitu Kak Jun Cupcakekasih, anak daranya yang menuntut di UiTM, Melaka (tak silap) namanya Alia. Saya kenal juga orang lain yang namanya Alia tapi maknya bukan Kak Jun dan ada juga kenal orang lain bernama Jun tapi tak ada anak nama Alia... errrrr... ada faham ini cerita???


Saya scroll ke bawah, Alia hantar mesej pada jam 7.59 malam, sekarang lagi dua minit pukul 10 malam. Alalala.. kesiannya Alia, saya balas mesej dia, saya tanya dia ada di JB atau Singapore sebab saya ada baca cerita Kak Jun, Alia pergi ke Singapore (punyalah yakin kan yang ini memang Alia anak Kak Jun, yang saya suka sangat baca celoteh dan renung gambar-gambar keknya tu...;-)))


Sehingga mata terlelap saya tak menerima balasan mesej dari Alia. Saya jangkakan Alia telah selamat mendarat di rumahnya di USJ sehinggalah Selasa pagi hampir jam 11 saya menerima mesej dari Alia yang bertanyakan lokasi saya dan dia sendiri sedang menuju ke Johor Premium Outlets (JPO). Saya bagitahu Alia, dia dah jauh dari lokasi saya, Alia kata ada kiriman dari mama. Saya kata tak apa, dah jauh, susah nak patah balik (lebih kurang macam tulah.. tak ingat dah apa yang saya taip.. hehe). Alia kata, dia ada di Nusa Bestari. Saya fikir Nusa Bestari tu di Skudai, kalau Alia tahu Bandar Baru Uda, bolehlah kami jumpa di sana. Alia terus menelefon, aduhai.. lembutnya suara Alia di hujung talian. Bagaimanalah didikan yang diberi mamanya ya? Saya ni kalau bercakap asyik nak bertempik jer, jadi bila lawannya orang yang bercakap lembut.. saya jadi agagagagaga... ahakz!


"Aunty, Alia nak jumpa seorang lagi kawan mama kat Nusa Bestari. Actually Alia tak berapa familir jalan kat JB, boleh tak Alia tinggalkan barang aunty pada kawan mama, dia ada restaurant kat sini?" lebih kurang macam tulah Alia cakap...


Kalau kengkawan, adakah sampai hati nak kata tak boleh??? Hehehe.. Dibuatnya sesat anak dara orang tu siapa pulak nak tanggung? Memandangkan saya dah faham benar dengan selok belok jalan di Nusa Bestari yang banyak traffic light tu dan betapa sukarnya untuk Alia berpatah balik dan mengenangkan betapa susah payahnya Alia hendak menyampaikan pesanan dari mamanya saya terus meminta Alia untuk meninggalkan barang pesanan Kak Jun dengan kawan mamanya. Saya minta Alia mesej kepada saya nombor telefon Dr Rosyati, kawan Kak Jun yang merupakan pemilik kafe Snacks & Smoothies di Nusa Bestari. Ohhh.. saya memang tak sangka cafe yang begitu cantik dan mewah dimiliki oleh orang Melayu. Saya memang tak reti jarang berkunjung ke cafe-cafe ni, macam segan gitu, hehehe.


Lebih kurang jam 3, saya dah tecegat di depan cafe Dr Rosyati. Wahhhh! Teruja gitu. Kenapa?? Sebab saya pasti Kak Jun tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti adakah barang yang dikirimnya sampai dengan selamat ke tangan saya. Bagi yang mengenali saya secara peribadi tentu tahu saya bukanlah orang yang suka menunggu, saya seorang yang menepati masa (InsyaAllah jika tiada halangan) dan saya seorang yang terlalu menghargai usaha orang lain dalam apa bentuk pun. Dalam situasi ini, saya meletakkan diri saya di tempat Kak Jun, betapa bimbangnya jika barang yang saya kirim jika tidak sampai ke penerima, orang yang terima tu pulak, macammana ya? Suka ke... tak suka??  Urmmmm...

Sebenarnya, semasa saya memberikan hadiah stokin yang comel tu (baca di sini), langsung tak terfikir untuk mengharapkan apa-apa balasan dari Kak Jun. Kebetulan pula bila saya terima stokin comel saya yang ditempah dari Marina Hunny (baca di sini), saya ada terbaca entry dalam blog Kak Jun yang beliau baru menyambut hari lahir. Jadi bila saya tengok kotak stokin yang cantik tu saya teringat yang Kak Jun suka pakai stokin. Saya teringat Kak Jun yang suka tulis nama saya dalam catatan beliau. Kadang-kadang bila tengah baca entry Kak Jun, hujung-hujungnya saya tersedak sebab ada ingatan untuk saya.. sampai terus lupa apa nak dikomen, hehe. Blogger otai macam Kak Jun ingat pada saya blogger picisan ni yang selalu tumpang glamer di Cupcakekasih...  itu juga alasan yang saya beri pada Marina kenapa saya nak minta Marina kaitkan stokin tu untuk Kak Jun. Tapi... saya takut pulak nak tanya saiz kasut Kak Jun, nanti tak surpriselah gitu. Nasib baik Marina tu berani, kan. Ialah, kalau dia takut, dia rugilah seorang customer, betultak Marina?? Hehehe. Macammanapun saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada Marina kerana menjayakan misi stokin comel untuk Kak Jun tu. Siap tuliskan dalam kad lagi, terima kasih ya, Marina. ;-))).
Kak Jun ingat ada orang buat lawak bila minta saiz kaki.. hiks
Jadi, bila Alia kata, mama ada kirim barang untuk aunty, dalam kepala ni memanglah dah terbayang macam-macam kan. Saya rasa normallah bagi kebanyakan manusia yang normal bila tahu ada orang nak memberikannya sesuatu, maka akan terlintaslah macam-macam bayangan dalam kepalanya apa agaknya dia nak bagi kat aku.. uhuks! Adakah kain dari Jakel??? Atau tudung Munahmurah yang selalu Kak Jun cerita dalam blog dia?? Atau.... Kek Dalam Botol???? 


Bila husband Dr Rosyati menyerahkan beg berwarna kuning tu pada saya Mat Saleh rupanya husband Dr Rosyati ni, punyalah handsome... adoih!! jelas dari bayangan beg plastik itu ada sebuah buku saiz majalah yang banyak gambar bunga-bunga. Terangnya mata... ialah.. kita banyak makan carrot tau.. hiks. Haaaaa... tu dia yang dinamakan surprise-kan. Lain yang kita bayang, lain yang kita terima... dah lama sebenarnya saya belek set bunga gum paste ini setiap kali ke Kedai C Siang. Tapi.. bila fikir bilalah pulak saya nak menguli gum paste tu selalunya saya letak balik sambil dalam hati berjanji bila saya betul-betul bersedia, saya pasti akan tangkap satu. (Janji dengan diri sendiri kalau lambat nak tunaikan tak apa kot.. uhuks!) Dan sekarang apa yang diangankan tu dah di depan mata... minggu depan nak balik kampung, agaknya bilalah mawar merah akan mekar di jambangan ya?? Tungguuuuuuuuuuuu!!
sayangnya nak putuskan kelopak-kelopak itu dari rantingnya
teori... amalinya nanti ya..
Terima Kasih Kak Jun.. sayang kamu beribu-ribu lemon...


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.


Errrr... bila dah menaip sylibus bermuka-muka surat... nak karang pantun pun rasa cam benak... hiks.


Wassalam.


P/S Dah bagi salam tapi ni ada pesanan penaja... Sesiapa yang nak tempah stokin comel tu bolehlah add Marina Hunny di sini ya.


P/S Lagi pesanan.. nak beli sarung Ipad yang cantik-cantik?? Tengok sini ya..


































P/S Errrrrr... dah tak ada pesananlah.... tata titi tutuuuuuuuuuuuu muahhhhhhhh!



Tuesday, May 22, 2012

PEDAL... DAH KAHWIN BARU TAHU...

ASSALAMUALAIKUM...

APABILA saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan ER yang berasal dari negeri jelapang padi, saya seringkali menerima reaksi yang begini...

1. "Amboiiiiiiiiiiiiii... jauhnyaaaaaaaaaa kahwin orang Kedah, susah nak balik kampung nanti..."

atau...

2. "Urmmmmmmm.. raya nanti mesti gaduh nak raya kat mana dulu..."

atau...

3. "Kau jangan main-main, orang Kedah ni tak suka tau menantu orang luar."

dan mereka lebih memandang negatif apabila ada satu drama bersiri yang bertajuk 'Kutub Utara Kutub Selatan' lakonan Nasya Aziz dan Hans Isacc yang seolah-olah menyokong persepsi mereka apabila ibu-ibu mertua di Kedah bermenantukan orang luar.

Ada juga yang bertanya, "Kenapa tak kahwin dengan orang Johor?" Dan saya balas semula dalam bentuk pertanyaan, "habis tu, orang Johor tak masuk meminang??" Kui.. kui.

Ibarat kata orang lama, 'Ikan di laut asam di darat, dalam kuali bertemu juga... begitulah saya dan ER, seorang dilahirkan di utara dan seorang di selatan, kami ditemukan sebagai kawan sepejabat di NSTP, Johor Bahru yang mana masa tu saya main-main jer menulis sambilan untuk akhbar nombor SATU Malaysia.

Errrrr.... sebenarnya saya bukan nak cerita pasal tu... hehehe.. intro meleret-leret ek..

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, kami bukan orang senang tapi Alhamdulillah, tak pernah lagi tak cukup makan dan tak pernah pula tak pergi sekolah kerana tak ada duit. Memandangkan ibu saya tak makan ayam jadi jarang sekalilah kami berlaukkan ayam. Kalau dapat jemputan makan kenduri tu, bolehlah makan lauk ayam walaupun ibu tak makan ayam tapi kami adik beradik suka pulaklah makan ayam tapi bukanlah tak pernah beli ayam langsung, adalah juga sekali sekala. Oleh kerana pantang larang Arwah Abah yang takut kami adik-beradik cedera di dapur jadi saya tidak pernah menolong menyiang ayam, ikan atau mengopek bawang. Sehinggalah bila dah pandai memasak itupun lepas tamat tingkatan lima, sekali sekala saya ada menyiang ikan, ayam tu biasanya ibulah yang kerjakan. Kalau ketam tu, memang tak tahu langsunglah tang mana yang nak dikopek, hehe.

Jadi... apabila jodoh saya dengan orang yang suka makan lebih-lebih lagi masakan isteri maka hendak tak hendak saya kena belajar. Percaya atau tidak, ER yang mengajar saya bagaimana nak kopek kulit luar ketam tu, hihi. Kalau siang sotong tu memang fail-lah, selalu jer dakwatnya terpancit ke dinding sebab salah teknik, tapi tu dululah masa baru kahwin, sekarang dah 12 tahun kalau tak reti-reti memang nak kena luku.. huhu.

Biasanya setiap Jumaat petang kami akan ke pasar untuk membeli bahan mentah santapan hari minggu dan yang paling kerap masuk senarai adalah ayam. Mesti beli ayam dan ulang-ulang lauknya ialah kari ayam, sambal ayam.. kari ayam.. sambal ayam.. ayam goreng... ayam goreng.. ayam goreng. Kadang-kadang boring juga bila setiap kali ER ajak ke pasar maknanya saya kena menyiang dan memasak tapi hati saya akan berkata begini, 'untung aku ada laki nak ajak ke pasar, kalau dia tak hiraukan langsung nak beli lauk pauk lagi susah, kalau dia penting diri baik dia pi makan kat kedai sendiri... huhu.

Bila dah siap masak sambal ayam atau kari ayam dan wajibnya mesti ada ayam goreng, ER akan bertanya begini, "Pedal takde?"

Jawab saya, "pedal takdelah... orang tu tak bagi, terbuang agaknya kot, hati ngan jantung ni jer ada..."

Dan episod di lain waktu ketika menikmati ayam goreng...

"Pedal takde?" tanya ER.


Jawab yang sama, "takdelah... orang tu tak bagi, terbuang agaknya kot, hati ngan jantung ni jer yang ada..."

Episod lain..

"Mana pedal?"

"Takdelah... orang tu jual lain kot. teruk betullah, patut bagilah kat kita sekalikan.." huhuhu...

Satu hari ketika saya sedang menyiang ayam...

"Pedal ada tak?"

"Tak adalahhhh, hati ngan jantung ada...," sambil membuang segala sisa perut lemak ayam dalam tong sampah.

"Biar betul???"

"Betullah... tak percaya, carilah dalam ni..." sambil tunjuk plastik yang ada sisa perut, jari dan lemak ayam.

ER seluk plastik macam orang nak cabut nombor ekor bertuah...

"Ni pedal," saya memandang pelik benda bulat sebesar telur ayam gred C dalam tangan ER.

"Apa pulak tu pedal? Pedal lainlah... pedal yang leper tuuuu..."

"Ya Allah, inilah pedal.. cuba tengok sini babah buat.." ER terus capai pisau dan membelah benda yang bulat licin berlemak tu. Saya ternganga sekejap.. lepas tu ER tunjuk keadaan dalam bahagian yang dibelah yang macam berpasir, ER tarik kulit dalam tu dan terus cuci... lepas tu tunjuk kat saya..

"Haaaaaa... nilah pedal, memang kena belah dulu..."

Wkwkwkwkwkwkwkwkwk...

Saya terus gelak tak ingat dunia... "Ya Allah... manalah tahu yang itu pedal, selalu makan dah siap kopek... wkwkwkwkwkwkwk...  selalu ada, buang jer ingatkan apakebenda... wkwkwkwkwkwk.. sorrylaaaaaaaaaaa..."

Pandaikan saya???? Ekekekeke...

kredit gambar dari blog http://biologigonz.blogspot.com/2010/03/hewan-bertulang-belakang.html
P/S Bila kahwin dengan orang Kedah ni... saya dah pandai makan Laksa Penang dengan petis.. tapi saya lagi suka rasa kuah yang ori tanpa petis.

sila abaikan perkataan Pattaya United tu
Saya juga dah pandai makan murtabak dengan kuah bawang dan makan bihun sup utara dengan cabai merah.

orang utara cicah murtabak dengan kuah bawang macam ni.. kredit gambar dari fp http://shahwatie.fotopages.com/?entry=1891646

bihun sup utara meenya warna kuning, sambalnya merah... adoiiii.. kecurrrrr.. harus cari balik kampung hujung minggu ni.. ;p
P/S Dulu..... saya cuma tahu ketam masak lemak cili padi, sekarang ni saya dah pandai masak ketam black pepper...

aummmmmm... eh! ketam tak bunyi cam tulaaaaaaa...

 Dan saya dah pandai makan siput gonggong...

mabeles.. masakan ER..

Jawapan kepada reaksi-reaksi para atas tu...

1. Saya balik kampung ER paling kurang dua kali setahun (saya anak Johor Jati)

2. Tak pernah gaduh nak raya mana dulu setiap kali raya puasa atau raya haji.

3. Mak mertua saya adalah mak mertua paling best dalam dunia.. mak mertua kengkawan pun best jugakan... ;-)))




Monday, May 21, 2012

... KEK BUAH KUKUS & MINI STRAWBERRY CHILL CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM...

ISNIN yang sunyi di pejabat saya lantaran ramai kengkawan sepejabat yang dihantar berkursus di sana-sini. Seram juga bila duduk sorang-sorang tambahan pula bilik saya nun jauh di kayangan tingkat empat ni. Pendek kata kalau nak menjerit tu memang tak ada siapa yang dengar, agak-agak bosan kita karaoke ajelah, hahaha. Ish! Mana boleh... minggu ni saya dah janji dengan En Shahrim untuk siapkan sylibus kertas cadangan yang terbengkalai semasa kami ke bengkel minggu lepas di Tanjung Balau kerana saya akan meminta izin untuk berkecuali dalam bengkel yang sama minggu depan... sebab apa lagi, balik kampunglah.. hehe. Alhamdulillah, En Shahrim boleh bertolak ansur. Sebenarnya kalau diikutkan hari ini saya sepatutnya dalam perjalanan ke Cherating kerana ada satu lagi kursus 'Team Building' tapi saya terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Memandangkan saya pun sebenarnya menggantikan orang lain yang menarik diri atas sebab-sebab kesihatan maka bos saya pun tidaklah banyak songehnya. Mungkin saya akan dihantar pada siri yang lain pula, kalau lepas ni nama tersenarai sebagai pilihan pertama, kenalah redha, jangan nak mengelak lagi tau ;p

Sebelum pening-pening lalat datang nak mengetuk sylibus tu, maka saya mengetuk di sini dulu, ala-ala aktiviti pemanasan jari-jemarilah ni... hihi. Kek Buah Kukus yang saya buat masa hari jadi saya dan hari ibu tu tak cukup syarat sebab saya kekurangan sebanyak 300 gm buahan campuran. Sebab apa?? Sebab tak reti-reti nak catat di kertas berapa kilo buah campuran nak kena beli. Jadi kepada sesiapa yang nak cuba resepi ni, ingat ya, beli buah campuran tu setengah kilo tau. Terima kasih banyak kepada Shuhairi Shuhaini pemilik blog Juicy Cafe yang telah berkongsikan kek buah yang sedap ini, Harus ada siaran ulangan lepas ni. Banyak lagi resepi kek yang sedap-sedap di sana tau, dan Shuhairi banyak berkongsi ilmu langkah demi langkah. Jadi sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan dunia kek ni bolehlah klik blog beliau di sini.

Kek Buah Kukus
Resepi : Juicy Cafe

Bahan-bahan:
150 gm air
100 gmmentega
120 gm gula perang
500 gm buah-buahan kering campuran
3 biji telur - pukul sikit
200 gm tepung gandum*
1 1/2 sdk double action baking powder*
1/2 sdk baking soda*
1/2 sdk serbuk kulit kayu manis* - *satukan dan ayak
80 gm walnut**
80 gmbadam** -**cincangkan
Cara-caranya
1. Panaskan periuk kukusan, balut tutup pengukus dengan kain atau tuala.
2. Masak air, mentega dan gula perang atas api kecil sehingga mendidih.
3. Masukkan buah-buahan kering, gaul sebati, tutup api dan sejukkan.
4. Telur dipukul sedikit dan masukkan ke dalam nombor 3.
5. Tambahkan adunan tepung sedikit-sedikit dan gaul rata.
6. Akhir sekali tambahkan walnut dan badam yg di cincang, gaul sebati.
7. Tuang dalam loyang 7 inci atau 8 inci yang telah dilenser dengan mentega, lapik kertas minyak dan sapu butter sedikit lagi.
8. Kukus dalam periuk kukus selama 90 minit dengan api yang besar.


ni gambar kek kukus buah yang belum dipotong.. gambar dah potong lupa pulak nak snap... Urmmm.. entah kenapa sejak akhir-akhir ni setiap kali upload gambar mesti jadi macam ada cermin tu. Ni yang paling okeylah yang lain hilang separuh atau hitam separuh, kenalah buang dan upload yang baru, huhu... Siapa boleh tulunnnnnn??


Ada yang nak buat parti hari jadi hujung minggu ini? Jom kita buat Mini Strawberry Chill Cheese yang sangat sedap ni. Rasanya cukup lemak dan manis-manis buah, memang tak boleh berhenti korek isinya tu, hehehe.
cantik dan sedap

Mini Strawberry Chill Cheese Cake
Bahan-bahannya :
500 gm cream cheese (Tatura/ Philadelphia)
400 ml non-diary whipping cream (NDWC)
1 bungkus (21 gm)serbuk gelatin (halagel)
3/4 cawan air suam

Hiasan :
200 ml non-diary whipping cream
strawberry filling secukupnya
buah strawberry segar

Cara-caranya: (sempoi jer, k)
1. Masukkan strawberry filling dalam piping bag, gunting kecil hujungnya, ketepikan.
2. Putar 200ml non-diary whipping cream (pastikan sejuk) selama dua minit atau sehingga kental Masukkan dalam piping bag yang dipasang muncung bintang dan simpan dalam peti sejuk.
3. Larutkan serbuk gelatin dengan air suam, ketepikan. Putar pula 400ml non-diary whipping cream selama dua minit juga (biasanya ia akan kental dalam masa dua minit). Ketepikan.
4. Putar cream cheese sehingga kembang dan gebu. Ambil 1/2 bahagian non-diary whipping cream tadi dan masukkan ke adunan cream cheese, kaup balik rata dengan menggunakan spatula yang besar.
5. Masukkan lagi sedikit-sedikit lebihan NDWC dan kaup balik sehingga rata sepenuhnya.
6. Tuangkan cecair gelatin dan kaup balik sehingga rata sepenuhnya, masukkan dalam piping bag dan potong muncungnya. Paipkan ke dalam bekas dadih atau sebarang bekas yang sesuai.
7. Lapiskan kelilingnya sahaja dengan strawberry filling dan pancit sedikit di permukaan tengah.
8. Paipkan kembali lapisan cream cheese dan ulang kelilingnya dengan strawberry filling. Pancit zig zag di tengah permukaan.
9. Hiaskan di atasnya dengan NDWC yang telah diletakkan dalam peti sejuk tadi.
10. Letakkan buah strawberry yang dibelah dua.
tag dari Kak Fazymokh... yang ku kenali di alam maya
 Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Ayu di Citarasa Rinduan kerana entry khasnya di sini.. di sini dan di sini. Terima kasih banyak Ayu kerana selalu ingat padaku.. hehe.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan fb yang sudi menge-tag saya sempena sambutan hari guru pada 16 Mei lepas. Kita sedia maklum sambutan hari guru ini bagi meraikan warga pendidik tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun cuma tumpuan lebih kepada cikgu sekolah, kan. Perlu saya jelaskan di sini kepada yang masih keliru saya ni bukannya cikgu sekolah, hehe tapi masih lagi berada di landasan pendidikan. Untuk lebih lanjut lagi kalau nak tahu sangat bolehlah hantar email anda kepada saya ya.. hihi. Semasa 16 Mei lepas juga saya seperti yang diberitahu sebelum ini berada di Tanjung Balau, jadi masa untuk menjawab segala ucapan itu agak terbatas, maafkan saya, k.
Ini tag dari anak saudara saya Shera.. Shera ni pun pernah juga bergelar cikgu dan beliau juga anak cikgu tau.. hehe
Saya juga ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Saya masih ingat, orang kata guru itu ibarat lilin yang menerangi kegelapan malam, tapi sekarang malam-malam orang dah tak nyalakan lilin, kita onkan switch jer lampu menyala.. jadi saya ibaratkan cikgu ni umpama TNB, boleh gitu...

P/S Buah dalam kek buah ni tak tenggelam tau, GERENTI!!




Monday, May 14, 2012

HARI LAHIR TAK BERMAKNA TANPA KAMU SEMUA


ASSALAMUALAIKUM...

LOMPAT SI KATAK LOMPAT,
LOMPAT TINGGI-TINGGI,
APA PUAN SARI DAPAT,
HADIAH HARI JADI?

MAIN LARI-LARI,
JANGAN LANGGAR DURI,
TAHUN INI DAPAT LCD,
YANG KENA BAYAR DENGAN DUIT SENDIRI... HUHUHU...

APA NAK BUAT.. nasib badannnnnnnnnnn... hiks

Lappy pemberian ER selepas beliau mendapat lappy pemberian majikannya, mula meragam sejak dua tiga bulan lepas. Nak kata tak cukup power, mungkin juga kerana saya bukanlah orang yang arif tentang masalah dalaman komputer ini. Tup-tup, Jumaat lepas, ia bernyawa-nyawa ikan. Skrinnya putih bercahaya begitu sahaja, kena masuk ward. Rupanya menurut kata yang pakar, LCDnya perlu diganti. Memikirkan saya akan terlibat dengan bengkel membangunkan kertas kerja bagi kursus baru esok, maka saya pejam mata, saya kata, TUKAR.. dan itulah hadiah hari jadi saya tahun ini yang ditaja oleh diri sendiri. Eh, kadang-kadang kita kena juga menghadiahkan sesuatu untuk diri kita tau, lagipun hadiah hari jadi ber'cop' Poh Kong tahun lepas tempoh tamatnya ada empat tahun lagi, kui kui. Maknanya tahun ini tak boleh minta hadiah,, 2016 nanti baru boleh dapat hadiah yang mintak-mintaklah dari Poh Kong juga ;p

Habis tu, tak ada makan-makan ke???

Adaaaaaaaa.... Alhamdulillah, ER membawa saya nun jauh ke Kong Kong (bunyi macam King Kong ek), Masai bagi meraikan hari lahir saya pada petang sehari lebih awal dari tarikh lahir saya kerana saya mempunyai agenda lain pada tarikh yang sebenar. Tahun ini saya menyambut perayaan berganda, semua sedia maklum Hari Ibu tahun ini jatuh pada 13 Mei, mungkin masih ada yang tak pasti tarikh sebenar Hari Ibu adalah pada hari Ahad, minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun. Bermakna sambutan tahun ini akan menjadikan saya orang yang sibuk kerana perlu membuat persiapan untuk meraikan ibu yang tersayang. Jadi tahun ini Birthday Girl tak bolehlah nak mengada-ngada duduk bersandar, kena bergerak pantas tu.. huhu.

Jadi... jom kita ke Kong Kong dulu...
pergi Kong Kong makan Siput Gong Gong

siput gong gong rebus.. hari jadi saya tapi kenapa ER yang makan lebih.. tak aci!!

minta sos untuk siput gong-gong diberinya sambal belacan.. ahakz!
lagi sedap dari siput sedut.... favourite kami anak beranak
Balik dari Kong Kong sambung pulak projek Cake In Jar... masyukkkkkkkkkk!!

botol atas terbalik.. tak perasan.. hiks
buat kek kukus untuk ibu... resepinya akan menyusul kemudian.. cepat, senang & sedap!
gigih membuat ini juga untuk budak-budak dan mak bapak budak... kena buat banyak sebab bapak budak paling suka makan ni.. tengah-tengah pagi buta bangun cari benda ini.. resepinya menyusul kemudian ya..
manis manis buah


sila perhati daun pudina itu betul-betul...

perhati lagi daun pudina itu betul-betul
tak payah bagitahu.. semua dah tengok daun pudina itukan, berikan kesimpulan anda... ;p

pesanan dari CIK EMBUN.. lepas makan berus gigi... hihihi

sebelum makan ambil gambar dulu...
yang berjaya dikumpulkan semalam... tak cukup korum ni...

dorang ni semalam ponteng... hehe family my lovely Along

comelkan saya??? duduk paling kiri.. hihi..


Akhir kalam, di kesempatan ini saya ingin menzahirkan ribuan terima kasih sayang yang tak terhingga yang tak terucap dengan kata-kata atas ucapan-ucapan dan doa dari para sahabat. Ratusan ucapan yang saya terima membuat saya begitu terharu. Suhaily, aku suka hadiah dari kau, wangiiiii.. Ayu, suara Ayu nyanyi tu, sedap.. mesti Ayu selalu nyanyi kat bawah khemah orang kahwin, kan.. ahakz!
ibu... ibu... engkaulah ratu hatikuuuuuu...
Ibu, terima kasih kerana melahirkanku ke dunia ini, menyusu dan menyuapkan makanan ke mulutku. Air tangan ibu tak terbanding dengan segala masakan chef  di hotel-hotel ternama. Apabila abah pergi, ibu menjadi pengganti membesarkan kami dengan tulang empat keratmu yang tidak ku terbalas sehingga kini. Abah, terima kasih kerana menyekolahkanku, berguna ilmu sehingga ku dewasa. Kalau abah masih ada, ku pasti abah akan berbangga dengan anak-anakmu bah. Jalan dekat Pantai Lido tu dah besar, masih ku ingat abah selalu bawa kami mandi di situ.. rindunya dengan abah.

Babah... terima kasih belanja bonda lain kali belanja lagi ya. Yaya, terima kasih tolong bonda masukkan filling dalam jar. Terima kasih, Angah yang susah-payah masak nasi arab, Cik Embun masak kambing, Hnyprincess, kau buat apa? Oh, kau tukang buat air... hehe,  terima kasih Abang Jamal kerana tolong jaga mak. Saya sayang semua... muah.. muah.. muahhhhhh!!

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua sahabat yang bergelar ibu, semoga anda sentiasa menjadi idola & memberi inspirasi kepada anak-anak dan menjadi contoh yang terbaik.









Friday, May 11, 2012

DUNIA KACA & AWARD KAK SHA MCM

ASSALAMUALAIKUM...

BERTALU-TALU pesanan dan pertanyaan yang masuk ke dalam chatbox saya bila saya postkan gambar kek dalam botol ini. Minta maaf banyak pada mereka yang pertanyaannya tergantung dan lambat dijawab kerana saya lupa nak matikan wifi setting, oleh itu setiap kali termasuk dalam zon wifi maka anda akan melihat saya sedang online padahal saya mungkin sudah bemimpi bulan masa tu... maaf.. maaf.. maaf.

Antara soalan yang paling popular sekali ialah di mana dapat botol tu... berapa satu... jual tak... Soalan nombor dua popular ialah boleh minta resepi tak... macammana nak masak... masuk dalam oven ke... Tetapi nak ucapkan juga terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi membeli dengan saya yang memberi soalan tu pun terima kasih juga kerana itu maknanya anda begitu prihatin dengan insan kerdil macam saya ni, huhuhu.

Dunia kaca ini tiba-tiba merubah hidup saya yang sudah beberapa bulan menyepi dari membaking. Rasa seronok mengadap botol-botol berbentuk heksagon ditambah dengan tudungnya yang hitam menawan. Saya berangan alangkah bagusnya jika dapat sudu warna hitam juga tapi sayangnya saya tak jumpa. Mungkin perlu ronda-ronda lagi sehingga dapat apa yang dicari. Terima kasih atas cadangan rakan-rakan untuk saya supaya botol-botol kek saya tampil lebih ekslusif, akan saya usahakan, insyaALLAH. Cuma saya percaya sebahagian dari pelanggan saya tiada agenda lain selain untuk makan-makan sahaja. Alangkah ruginya kalau saya terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos membeli sudu dan riben yang cantik kalau akhirnya nanti ia dibuang begitu sahaja. Kecuali botol, botol cantik itu saya percaya anda tidak akan membuangnya, mungkin boleh tanam pokok kaktus, siapa tahu.. atau letak daun keladi cantik letak atas meja pejabat, sangat comel. Saya seperti menyesal mengenangkan begitu banyak botol jem, mayonis, sos prego yang saya campakkan dalam tong sampah sebelum ini. Kalau tidak tentu banyak lagi yang boleh diteroka dengan botol-botol ini... haishhh!!

Mari kita teroka apa yang ada dalam botol ini....

Oreo Cheese Cake dilapisi inti blueberry & strawberry... masam manis lemak sedap!
korek isi tu samapi habis ya... ;p
Anda boleh gunakan sebarang resepi untuk menghasilkan kek dalam botol. Saya lebih senang menggunakan resepi kek jenis chill (betul ke ayat ni). Boleh tengok resepinya di sini. Atau anda juga boleh gunakan tepung kek segera yang dijual di sini. Kalau anda masih berminat untuk membakar kek dalam botol kaca ini boleh lihat resepinya di sini, okey.

Untuk memudahkan anda memasukkan adunan dalam botol, masukkan adunan kek dan filling ke dalam piping bag. Tak perlu pasang nozzle, gunting sahaja hujung piping bag dan picitkan ke dalam botol lapisan demi lapisan. Guntingan perlu lebar untuk adunan kek dan kecilkan sedikit untuk filling. Jangan letak filling terlalu tebal kerana ianya manis, silap-silap ada yang hyperactive karang, hahaha. Simpan kek dalam peti sejuk antara 5 hingga 6 jam atau semalaman, nak senang, buat malam... tidurrrrrrrrrr... zzzzzzzzzzzzz.. bangun pagi dah keras. Picitkan fresh cream sama ada yang siap dalam botol yang ada dijual di pasaraya atau putar sendiri non-dairy whipping cream yang dijual di kedai-kedai kek. Taburkan hiasan mengikut citarasa anda.

contoh whipped cream siap sedia untuk terus digunakan tanpa perlu diputar.. pastikan halal
Non-dairy Whipping Cream.. kena putarrrrrrrrr dulu.. pinjam gambar dari blog Masam Manis ni.. hehehe
Kalau nak buat hantaran bolehlah dihiaskan dengan riben-riben cantik yang banyak jual kat Mydin.. hehe.

Saya juga menerima banyak sekali permintaan untuk menghasilkan kek ini di dalam container plastik. Bagi memuaskan hati semua pihak saya telah menjalankan eksperimen (ececeh) dengan menggunakan botol plastik dan hasilnya... jeng... jeng.. jeng..

belum letak fresh cream lagi..  botol plastik tidak kedap udara dan kurang cantik.. hehe
Botol plastik menyerap bau makanan lain yang disimpan di dalam peti sejuk kerana kebanyakan botol plastik tidak kedap udara. Kandungan kek juga mudah hilang suhu sejuknya apabila diletakkan di luar peti ais. Namun bagi botol kaca pula ia kedap udara, tidak menyerap bau makanan dan suhu sejuknya lambat hilang setelah dikeluarkan dari peti sejuk. Betul, harga botol plastik murah tetapi apabila telah dimasukkan adunan kek, kosnya sama dengan kek dalam botol kaca. Contohnya lebih kurang beginilah, kalau satu adunan tu boleh dapat 13 botol kaca tetapi bila menggunakan botol plastik saya cuma boleh dapat 10 botol. Ini kerana dinding botol plastik lebih nipis berbanding botol kaca. Lagi satukan, dah namanya Cake In Jar, takkanlah letak dalam botol plastik pulakkan, itulah ekslusifnya kek ini ;-)))

Berita terbaru yang saya terima, botol kaca kehabisan di pasaran, biar benar?? Masa saya pergi kedai lebih kurang dua minggu lepas, berkotak-kotak botol dalam stor tu, nampaknya saya kena terjah lagi kedai botol esok... hehe.

Alhamdulillah, saya mendapat respons yang amat baik dari mereka yang telah menikmati Cake In Jar ni. Semua sukakan rasanya dan ada yang nak mengulang semula, boleh.. boleh.. selagi ada kudrat dan masa saya tak akan hampakan permintaan anda.

Urmmmm... ini award yang saya ambil dari blog Kak Sha, peserta Masterchef Malaysia musim pertama. Rupa-rupanya Kak Sha ini sangat ramah dan mesra orangnya. Kak Sha dah jadi public fugure sekarang tapi tetap merendah diri. Walaupun dulu-dulu masa tengok Masterchef tu ada juga terrrrrrr.. kutuk Kak Sha, tapi kata Kak Sha, beliau dah maafkan siapa-siapa yang kutuk dia dulu. Hiks, sorrylah Kak Sha, kita sebagai penonton kadang-kadang memanglah teremosional sikit... hihi. Haiiii.. bak kata Kak Sha, kita yang tengok dekat tv tu senanglah, peserta yang kat dalam tu lagilah macam-macam rasa. Jadi, Kak Sha, saya & ER (dia lagi kuat kutuk.. hahaha... adeh!) dengan rendah diri memohon ampun dan maaf ya, cayangggggggg Kak Sha, busyuk.. busyuk.. jangan marah naaaaaaaa. Kak Sha, bib tu comel, kita angkut sekali naaaaaa...


sungguh jelita Kak Sha kita.. p/s ini bukan mengampu.. ini kenyataan..
kalau dapat yang betul-betul lagi bagus.. hiks

P/S Kalau tak jumpa kedai botol, guna jer apa-apa botol yang ada di dapur tu, jangan guna botol kicap sudah.. hiks

Wednesday, May 9, 2012

CIK EMBUN DAN BERUS GIGI AJAIB

ASSALAMUALAIKUM...

Happy Birthday, CIK EMBUN!!

SEMALAM... 8 Mei 2012 adik saya yang dalam fb-nya dikenali sebagai Cik Embun menyambut hari lahirnya yang ke 29. Wallaaaaaaa... ibu saya siap masak nasi arab lagi untuk anak busuk bongsunya ni. Sedap sangat nasi arab tu sebab dalamnya ada daging dan tulang hingga membuatkan saya lupa diet dunia. Tapi minta maaf banyak, memandangkan semalam hari bekerja dan saya pun sampai lambat maka saya terlupa untuk mengambil gambar sebab tak sabar tengok saiz nasi yang panjang-panjang tu, hihi. Tak tahan tengok Cik Embun pasang lilin sendiri atas kek hari jadi, belum sempat kami nyanyi Happy Birthday, dia dah tiup lilin tu. Amboiiiiiiii Cik Embun, tahulah dah 29, dah tak boleh disuruh dan dilarang... muahaha.

Lepas tu saya lepak-lepak dengan ibu sambil tengok tv. Sempat juga tengok Ustaz Don mengajar tentang cara sujud yang betul. Cik Embun dan Angah keluar hantar Monavie pada pelanggan (siapa nak tahu tentang Monavie boleh tanya dengan Cik Embun). Tak lama Cik Embun pun balik. Lepas tu saya nampak Cik Embun bawa satu cawan yang berwarna putih.

"Siapa nak tengok cawan ajaib?"

Sebelum ini Cik Embun pernah cerita yang dia ada cawan ajaib, kalau tuang air nanti cawan tu akan tukar warna. Saya terus bangun dari baringan... "Ooo.. tu ke cawannya," teruja gitu.

Saya nampak Cik Embun tuang air sejuk kosong dalam cawan tu. Gelas sebenarnya, bukan cawan tapi Cik Embun sebut cawan, kita sebut cawanlah.. hehe.

"Tengok eh, nanti dia tukar colour," kata Cik Embun.
tengok ya.. gelas warna jernih, bila masukkan air, warna air jadi biru.. ajaibkan...

"Kau ni telah mengingatkan aku kepada sesuatulah... hahahahaha.., Angah, kau ingat tak apa dia?"

Angah pun ikut ketawa. Adoi, sampai sakit rahang gelak.. Cik Embun pun gelak juga. Siapa nak gelak sekali mari baca kisah CIK EMBUN DAN BERUS GIGI AJAIB ni... hihihi.

**********

Saya tak ingat tahun bila sebenarnya peristiwa kelakar gila ini berlaku yang saya ingat pada awal tahun 90-an. Saya mungkin dalam tingkatan 3 atau 4. Isk, langsung tak ingatlah, Cik Embun, kau ingat tak masa tu darjah berapa?? hehe.

Yang amat jelas dalam fikiran saya masa tu ialah apabila satu jenama berus gigi tak silap JORDAN mengeluarkan produk terbarunya, nama produk yang sebenar tak ingat, tapi mungkin ada perkataan MAGIC ke RAINBOW ke kat situ.

Aiiii... semua tak ingat, ni cerita betul ke tipu???

Kisah betul-betullah, bukan tipu... huhu..

Kami adik-beradik memang teruja sungguh dengan iklan tu. Haiiii, siapa tak teruja bila tengok berus gigi boleh tukar-tukar warna, siap background iklan tu yang warna-warni. Lepas tu semua orang dalam iklan tu sorak gembiralah, seronok sangat bila berus gigi tu tukar-tukar warna dia. Maka kami pun bertekad untuk membeli berus gigi tersebut.. huhuhu.

Memandangkan mak abah kami ni bukan orang kaya yang asal mintak jer dapat, maka dengan gigihnya saya dan adik-adik pun mengumpul duit untuk membeli berus gigi magik tu. Tak ingat berapa lama kumpul, duit tu saya punya seorang ke atau hasil kutipan adik beradik, kami telah berjaya membeli sebatang berus gigi Jordan yang boleh tukar-tukar 'kaler' semasa sedang memberus. Dan saya tak teringat adakah kerana syer saya yang paling banyak maka saya telah diberi penghargaan untuk membuat demo pertukaran warna berus gigi tersebut atau memang saya seorang punya duit (takkanlah berus gigi nak kongsi pakai pulak tak???). Dengan diiringi Cik Embun dan seorang lagi adik bawah saya, Hnyprincess (nama kat facebook), tak ingat Angah ada ke tak, kami semua berderet pergi ke bilik air. 

Jeng.. jeng.. jeng. Saya mencalit ubat gigi sepanjang berus. Nasib baik ibu tak ada kalau tak mampus kena marah letak ubat gigi banyak-banyak. Lalu saya pun mencangkung sambil memberus gigi dengan pintu bilik air terbuka. Yang lain cangkung depan pintu bilik air... huhu.

Masa mula-mula berus tu, ubat gigi masih banyak sangatlah segar rasanya. Berus gigi depan punyalah lama, berus tepi kanan.. berus tepi kiri.... gigi bawah kanan, gigi atas kanan, gigi atas kiri... gigi bawah kiri dan setiap bahagian tu saya berus dengan jangkamasa yang luar biasa dari yang biasa sambil diperhatikan orang kat luar bilik air ;p

Dah habis berus semua bahagian, berus gigi masih warna asal... ishhh! Tipulah iklan tu, tak tukar pun...

Saya ulang balik berus gigi depan..

Saya mengerling batang berus gigi tersebut. Ada tona warna pelangi terjadi disitu. Tanpa melepaskan genggaman pada batang berus gigi dan masih memberus saya menunjuk-nunjuk (dengan tangan kiri) perubahan warna batang berus gigi tu kepada Cik Embun dan Hnyprincess yang sedang bersorak-sorak... keterujaan yang terlampau.. huhuhu.

Aduhai... tangan saya dah semakin lenguh memberus. Saya mengangkat tangan 'surrender'

"Oiii.. aku dah penatlah, siapa nak sambung?" huhuhu...

"Ani sambung! Ani sambung!" Cik Embun mengangkat tangan dan terus masuk ke dalam bilik air. Saya terus menyerahkan berus gigi tu kepada Cik Embun dan Cik Embun sambung memberus giginya pulak. Saya berkumur dan tunggu pulak di luar bilik air bersama Hnyprincess. Memang seronok sangat tengok batang berus tu berubah-ubah macam warna pelangi. Cik Embun terus memberus sampailah warna tu statik dan tak berubah lagi. Bila Cik Embun habis berkumur, kami ramai-ramai gelakkan dia sebab sambung guna berus gigi tu. Punyalah teruja sampai terlupa nak basuh dan ganti dengan ubat gigi baru sebab takut warna tu patah balik ke warna asal, kui kui. Nasib baiklah adik beradik dan nasib baik saya tak ada penyakit mulut... kih kih kih. Cik Embun... Cik Embun... jangan marah ya...
Cik Embun suka bergaya depan kamera


P/S Rasanya berus gigi tu dah tak ada jual lagi sekarang.

P/S Warna batang berus gigi bertukar kerana proses pertambahan haba bila kita menggenggam batang berus gigi tersebut... hihi

P/S Puas saya cari youtube iklan berus gigi ajaib tu tapi tak jumpalah.. siapa boleh tolong bagi linknya kat saya. Sebagai ganti mari kita tengok YOUtube kelakar giler ni... hehehe


P/S Zulfikar Hazri - awak mesti suka entry nostalgia macam nikan... hehehe






Sunday, May 6, 2012

NIKMAT DALAM KACA

ASSALAMUALAIKUM...

SEPATAH kata dari Kak Jun Cupcakekasih.. inilah nikmat dalam kaca namanya... ;-)

Cerita akan menyusul kemudian.. insyaAllah.. Lumrah hari minggu banyak benda yang nak dikerjakan dalam rumah ini. Hujan yang turun tiba-tiba menterbengkalaikan semua kerja. Apapun syukur dengan hujan rahmat hari Ahad ni. Rasa macam nak tertutup-tutup pula mata ni, hehehe...

baru cuba-cuba.. aduhaiiiiiiiii.. nikmatnya tak terkata..

semuanya dah ada tuan

blueberry atau strawberry

Oreo Cheese Cake In Jar With Strawberry Filling & Fresh Cream




DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?