DAH lama resepi Puding Lapis Kaca ini bersarang dalam draf saya. Sebenarnya setiap hari ada macam-macam yang saya nak tulis dan tunjuk tetapi setiap hari juga saya kesibukan dan bila kerjanya dah agak reda kepala pun penat jadi idea pun ikut sama kering-kontang macam bumi Johor yang asyik panas menyengat. Tetapi malam semalam sedang enak kami menjamu selera di Stulang Laut, hujan turun tiba-tiba. Mujur kami duduk di bawah bumbung kalau tidak terpaksa main lari-lari sambil bawa pinggan nasi yang banjir dengan kuah tomyam, hehehe. (Apa kena mengena cerita makan tomyam dengan puding lapis kaca ni Sari?? ;p) Oleh itu saya minta maaf banyak-banyak jika kebelakangan ini semacamnya tidak kelihatan saya singgah ke blog kalian, saya ini ibaratnya dah macam main kejar-kejar dengan masa pulak sekarang. Putaran jam tu rasanya macam begitu cepat
| cepat.. cepat.. tinggal satu!! |
Resepi : June Ahmad
Sumber : Kak Mardiana
BAHAN-BAHAN LAPISAN KOSONG
. 10 g serbuk agar-agar
. 220 g gula
. 1000 ml air
. 2 helai daun pandan
BAHAN-BAHAN LAPISAN SUSU
. 10 g serbuk agar-agar
. 220 g gula
. 700 ml santan (boleh ganti dengan susu segar/ susu sejat/ susu soya)
. 300 ml air
. 3 sb susu pekat manis
. 1/2 sk garam
. Bahan pewarna disukai (boleh guna berapa warna yang anda suka)
. 2 helai daun pandan
CARA-CARA :)
. Sediakan dua periuk..
. Masukkan bahan lapisan kosong dalam satu periuk dan bahan susu ke dalam periuk kedua (kecuali pewarna)
. Masak kedua-dua agar-agar tadi bersama sambil sentiasa dikacau hingga mendidih, kecilkan api.
.** Isikan 3/4 cwn lapisan kosong dan tuang dalam loyang acuan. Masukkan ke dalam peti ais, biarkan lima minit sehingga permukaannya mengeras sedikit.
.*** Isikan pula 3/4 cwn lapisan susu dgn pewarna pertama. Keluarkan acuan yang mengandungi lapisan kosong tadi dari peti sejuk, tuang perlahan lapisan susu yang telah diwarnakan. Masuk semula peti ais.
. Ulang semula langkah tadi ** dan *** dan ulang melapis sampai habis. (tukarkan warna yang berlainan jika suka untuk ***
.
# Tips #
. Masa proses melapis..kedua-dua periuk lapisan plain dan susu sentiasa di atas api (guna api paling kecil)
. Agar-agar yang dipalis jangan terlalu keras, nanti ia tak mahu melekat dengan lapisan seterusnya.
. Setiap kali melapis, tapiskan agar-agar supaya paras rupanya cantik..
Selamat Melapis ;-)))
p/s : saya ni kurang kesabaran sikit semasa melapis, dah sememeh sedikit, huhuhu.. sedeyyyy
p/s : untuk sebarang pertanyaan tinggalkan di bahagian komen, insyaAllah saya cuba jawab yang semampunya..













