MEE BANDUNG BERACUN CITARASA RINDUAN... & BLOGLIST KESUMA ANGSANA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM...
 
APA macam, seram tak tajuk entry saya hari ini? Tak seram ke??? Seramlah... seramlahhhh..  Nak-nak bila dibaca masa hujan-hujan macam pagi ni kan. Terus jadi seram sejuk ;p
 
Memang meracun kalbu sungguh la Mee Bandung CR ini. Sesuai sungguh dengan namanya Citarasa Rinduan, boleh mimpi-mimpi tau. Tu yang jadi beracun tu, hehehe. Berkurun lama saya menyimpan pes mee bandung Citarasa Rinduan ini... Ya Ampun, Ayuuuu, mesti dia pelik kenapa kakak siber dia ni tak tayang-tayang mee bandung kan? Memang lama betullah, dari sebelum puasa lagi, haa.. entrynya ada di sini. Jadi, bagi peminat mee bandung, bolehlah risik-risik dengan pemilik Citarasa Rinduan ni bagaimana nak mendapatkan pes mee bandungnya. Pes ini didatangkan dengan dua pek, satu pes rempah mee bandung dan satu lagi udang kering dan kacang tanah yang siap dikisar. Simpan pes rempah di dalam peti beku dan keluarkan letak di bahagian bawah sehari sebelum kita nak masak. Kacang tanah dan udang kisar tu letak di bahagian bawah sahaja (fridge). Nak masak pun mudah sangat, tak perlu nak tumis bawang lagi sebab semuanya dah siap. Cuma perlu masukkan pes ke dalam seliter air (saya letak 1.25 liter) dan kacau sebati kemudian barulah dipanaskan. Kalau rasa tawar, tambahlah garam. Bila dah mendidih barulah masukkan daging yang telah siap direbus, udang atau fish cake jika suka. Kemudian bila udang dah masak, masukkan mee dan telur. Errr.. saya suka telur yang setengah masak kuningnya.. bestttttt!!
 
suka kuning telur goyang inul gitu.. hehe
Jemput makan!!!
 
Eh! Ada segmen dari Kesuma Angsanalah. Jom join!!
 

Kesuma Angsana nama diberi,
Siapa empunya sungguh misteri,
Rajin mengomen di setiap entry Sari,
Hanya terima kasih ku ucap setulus hati.
Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bilalah agaknya kakcik boleh sampai ke Citarasa Rinduan itu? :(

    ReplyDelete
  2. Masih teringat mee bandung kat section 14, PJ semasa masih bergelar staff nurse di UHKL....kenangan mengusik jiwa..

    ReplyDelete
  3. Mee bandung antara fevert menu KA, tq sudi jon segmen ye, sgt2 KA hargai

    ReplyDelete
  4. Baca tajuk hati bergegar
    mee bandung meracun kalbu
    terpandang terus mata segar
    sayangnya mata saja dijamu

    ReplyDelete
  5. mas pun tak rasa lagi mee ayu tu..
    sedapnya tengok kak yus..
    meh la sepinggan..

    ReplyDelete
  6. seksinya.. macamana masuk blog nie. daku terliur mee bandung.

    thanks sbb mencuba kakakku.
    adikmu tak kisah jika belum buat. sbb klu dibiarkan lama, paste sambal tu mmg masih boleh dimasak..


    ReplyDelete
  7. mmg sedap mme bandung CR.. lia penah beli dgn ayu (masa awal2 kenal dia dulu) & masa beraya ke rumah ayu tahun lps kami juga dihidangkan dgn mee bandung 'beracun' ni...

    lia klu nak makan mee bandung kene pi kedai kak sbb en.suami x makan mee bandung...klu buat sendiri x b'baloi sbb cuma lia sorang yg makan....


    ReplyDelete
  8. sedapnyaa..daku sdh terliur..tgk pulak telor kuning separuh msk itu..waduhhhh..xmo ckp dh ^_^.. rs nk pegi cr kak ayu je nii :-)

    ReplyDelete
  9. Slm ziarah. Sy pnh mkn mee racun di batu pahat johor tp xpasti sama x dgn mee bndung ni..

    ReplyDelete
  10. Sari....nampak mudahnya buat kuah mee bandung ni...sesuai utk org tak pandai masak mcm kak zu ni kan kan!
    Hmmmm boleh juga nak try nih...thanks darling.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!