LEGOLAND... JALAN SAMPAI LEBAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
23
ASSALAMUALAIKUM...


SAYA hampir melompat kegirangan apabila ER memberitahu yang beliau mendapat jemputan menghadiri Media Preview Day di Legoland Malaysia. Wow! Wow! dan Wow!!! sahaja dan semua orang jadi tertunggu dan menunggu harinya yang akhirnya sampai juga kami ke Legoland. Taman tema yang menjadi igauan dari kalangan bapak-bapak budak hingga ke emak-emak budak yang mungkin mempunyai nostalgianya sendiri tentang permainan Lego yang telah wujud sejak tahun 1949 lagi.


Bukan setakat lebam tapi rasa nak pengsan, bayangkan kami tercangak di sini sebaik pintu gate dibuka sehingga menjelang 6.30 petang barulah rasa beransur nak pulang siap tengok semua tayangan 4D, alert sungguh dengan jadual tayangan tu, huhu.


Tapi cuaca yang panas membuatkan kami jadi penat sehingga tak terdaya (sebenarnya takut) untuk menaiki semua permainan yang disediakan. Jadi kami tengok-tengok dan bergambar sahajalah mujur free kalau tidak memang rugi rasanya.


Entah macammanalah saya begitu teruja mengajak ER, Yaya dan adik-adik menaiki Dragon Coaster. Mati-mati saya ingat dia pusing-pusing perlahan dalam bangunan tu saja tapi bila petugas Lego meminta saya menanggalkan cermin mata hitam dan menyerahkan beg tangan, masa tu dah mula rasa nak pitam. Aiyooo.. rasa macam nak turun tapi saya nekad untuk teruskan. Sebaik sahaja Dragon Coaster tu keluar dari bangunan The Dragon tu, saya terus pejam mata dan tutup mulut rapat-rapat takut lidah putus akibat jeritan yang terlampau, hahaha. Saya peluk tangan Yaya kuat-kuat, kami duduk rapat-rapat, dalam hati fikir kalau mati biarlah mati bersama ;p


Buat orang yang penakut macam saya, naik Dragon Coaster memang kerja giler!! Huhuhu... serik!!! Sampai rasa nak tercabut jantung tapi bagi orang lain, alahhhhh.. mesti gelakkan saya ya.. ER pun takut tau, lagilah dia duduk depan sekali kat kepala naga tu, huhuhu. Dalam hati tak habis berdoa, Ya Allah, peliharalah suamiku jangan jatuh, paling tidak jangan kena lemah jantung, mujurrrrr semua ahli rombongan turun dengan selamat. Lepas tu segala coaster yang ada dalam Legoland, kami dah tak naik dah, paling selamat kita naik bot jerlah.. tu pun takut terbalik, mampus tak pandai berenang, ekeke.


Terdapat tujuh kawasan taman tema di mana Legoland Malaysia mempunyai lebih dari 40 permainan, pertunjukan dan tarikan yang tidak sempat saya teroka kerana cuaca yang terik membuatkan badan ini menjadi letih dan malas. Terasa ruginya sebab takut nak naik itu, takut nak naik ini, hihihi. Cadangan terbaik kepada mereka yang bercadang untuk ke sini adalah dengan membeli Annual Pass, barulah berbaloi.


Di tengah-tengah taman tema ini pula adalah MINILAND, di mana mercu tanda Asia dan tujuh keajaiban dunia telah dicipta menggunakan lebih 30 juta blok kecil LEGO. Pembinaan monumen dari LEGO ini merupakan satu dunia interaktif pada skala 1:20, di mana replika model seperti kereta api, kapal terbang dan sebagainya dapat dihidupkan dengan hanya menekan butang (Tu pun Yaya yang tunjuk kalau tak memang tak tahu yang model-model kenderaan tu boleh bergerak.. hehe).
 

Saya betul-betul kagum dengan kebolehan mereka yang memasang lego-lego ini kerana bagi mereka yang pernah menonton Majalah Tiga berkenaan Legoland ini pula tentu tahu kebanyakan mereka adalah anak Melayu kita. Bestkan, bermain lego dapat gaji pulak tu. Kalau bagi dekat saya, semuanya mesti cuma jadi bangunan segiempat jer.. hohoho.


Bayangkan berapa banyak lego dipasang untuk membina Taj Mahal


Berapa ketul nak pasang untuk jadikannya Menara Kuala Lumpur ???


Tingginya susun lego!!
 
 
Itulah jawapannya kenapa bayaran masuk ke Legoland itu mahal..
 
P/S : Teringat lak cerita Marimar ~ Mahal Na Mahal Kita.. urmmmm

TERIMA KASIH LEGOLAND MALAYSIA!!!
 


Post a Comment

23Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bestnya. Hehehe kena susun jadual n kumpul duit. Harap2 dapat le menjejakkan kaki ke sini.

    ReplyDelete
  2. peehhhh.
    annual pas mmg bbaloi ya? boleh guna berulang kali kesitu kah?

    ReplyDelete
  3. ala..bestnya..tp dh jauh la..sy bar pindah ke keyel..

    hari tu stay kt masai..huhu
    kak, meh sini nk belanja mkn pelam..hehe


    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/jom-menyicah.html

    ReplyDelete
  4. untung laa dpaat masuk n main sblum org lain..

    ReplyDelete
  5. haaa kan? amik annual pass lagi berbaloi kan??

    tapi akak punye review mmg menarik!

    ReplyDelete
  6. Wehhh Yus... Baru jer Naz berangan2 nk gi sini..tgk2 Yus dah pergi.. Uiiiiii..bestnyaaa... sakan betul berjalan dari mula pintu gate bukak sampai kul 6.30 ptg.. Syok betul tu...

    ReplyDelete
  7. bestnyer..bila lah dapat pegi agaknyer

    ReplyDelete
  8. Jeless...jelesss...uwaaaa. Tapi kita pun sama, penakut nak naik segala macam coster2 nie. Kalau pergi kena pakai topi besar tu ekk, atau bawa payung and bawak beg untuk isi bekalan air sejuk (Beg MyChef tu pun ok kaan...)

    ReplyDelete
  9. wahhh.. btuahnya sari..baca cete sari pun dah seronok.. akk nk kene kumpul duit dulu ni..hihihi..

    ReplyDelete
  10. wah bestnyer.. dah sampai sana yer.. sana panas kan..

    ReplyDelete
  11. akk tak katam baca ni, ada keje skit...nnti akk sambong balik..hehe...sape yg lebam lps tu? Korang eh? Haha....haruslah lebam sb panas terik!

    ReplyDelete
  12. wahhhhhh!!!! Bestnyaaaa dpt pegi sana!! jeles2!!

    ReplyDelete
  13. wahh..seronoknyer...dh sampai sini ye.. teringin gak nak ke sini..cantik sgt tmpat ni..bdk2 la y suka kalo dpt kesini

    ReplyDelete
  14. 15 Sept ini open ceremony Yus pergi lagi ke? Kakak belum ada cadangan lagi. Tunggu bapak kakak betul-betul sembuh dulu..

    ReplyDelete
  15. Menyenangkan sekali perjalanannya.

    Salam kenal ya dan semoga senantiasa dalam rahmat Allah Ta'ala.

    ReplyDelete
  16. Beruntung boleh melawat masa media preview. Bayangkan tiketnya saja berharga RM100++ utk dewasa saja, adoiiiii...kena kumpul duit kalau nak ke situ (bagi kak zu lah). Satu hari berhajat juga nak ke sana. tengok post sari pun dah teruja kan.

    ReplyDelete
  17. waaaaa.. Nak gi legoland gak... Kumpul duit seposen sehari bole... ?? Hihihi

    ReplyDelete
  18. waaaa... mahal erh? huuu ase cm nk p..

    jemput baca en3 baru..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/09/inilah-insan-yang-wajib-kita-cintai.html

    ReplyDelete
  19. nampak best la..aritu ank pun sbuk nk g..klu mahal kna kumpul duit nie..:)

    ReplyDelete
  20. bestnyer dpt gi legoland nih..salam aidilfitri & maaf zahir batin wat yus sekeluarga ye!

    ReplyDelete
  21. Salam..Wah best baca review Kak Sari..Bertuah dapat tiket free..

    Nur memang bercadang nak ke sana..but kena kumpul duit dulu.. Kalau tak naik roller coaster tu memang rugi laaa..Nasib akak masih ok.. hehee..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!