MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, May 27, 2013

BUAH HATI BARU

ASSALAMUALAIKUM...

dalam kereta... mamai-mamai lagi diangkat tengah tidur... "mana nak bawa saya ni???"
PAGI-PAGI lagi Seri Kandi dah tercegat depan pintu restoran yang nampaknya tidak dibuka. Sebaik sahaja menghantar Iman ke kelas tambahan, SK terus bergegas ke sini. SK cuba pusing-pusing balik ingatan SK tentang apa yang berlaku hari sebelumnya.

dah mandi... "di manakah aku???"
"Suka kucing ke? Kalau nak ambiklah, sebab bapak saya kata kalau dia balik nanti kucing ni masih ada, dia nak buang kat pasar."

termenung sampai tertidur :)
Besar mata SK mendengar kucing kecil yang comot itu hendak dibuang ke pasar. Terus terbayang kucing-kucing gemuk yang seronok makan ikan mentah di pasar. Gemuk tapi comot, nasib tidak baik berkurap. :(

Subhanallah.. makluk Allah paling comel..
"Bapak saya tak suka kucing duduk dalam kedai. dah dua tiga hari dia kat sini, kita suruh dia keluar pun dia masuk balik duduk dalam kedai," oh, SK faham apa yang nak disampaikan. Kucing ini tak mahu duduk luar kedai. Tuan kedai tak kisah ada kucing di persekitaran tetapi tak mahu ada kucing di dalam kedai mungkin takut mengganggu sesetengah pelanggan yang takut atau geli dengan kucing.

eiiiii.. geramnyaaaaaaaa!!
SK mengecek-ngecek dengan ER untuk membawa balik kucing comot itu. ER mengeleng. Alah, SK tahu, dia memang geleng tapi nanti dia yang terlebih melayan kucing, macam Zonan dulu. SK kenyit-kenyit mata dengan tuan kedai, SK bisik, esok pagi-pagi SK datang ambil si kecik comot itu.

ER pakaikan baju Zonan.. tak muat sebab boyot, ekekeke
"Tapi... kenapa dia tak bagitahu kedai tutup?" SK pelik, pintu kedai terbuka tak sampai suku. Ada orang ke tak ada orang ni. SK dail nombor telefon tuan kedai yang memang SK kenal.


tolong buka baju saya.. sakit perut saya.. tak muat... huhu
"Alah, saya lupa hari ni kedai tutup. Tapi nanti tukang masak nak datang, nanti saya bagitahu dia," lega hati, mintak-mintaklah kucing oren belang-belang tu ada lagi. Beliau pesan, cari kucing tu belakang stor, dia suka menyorok bawah meja katanya.


nak nyorok dalam kotak kasutlah

Dipendekkan cerita (nanti kamu-kamu bosan pula), si tukang masak sampai depan kedai. Tersengih-sengih dia nampak sangkar kucing dalam kereta SK. SK agak, bosnya dah beritahu tentang kedatangan SK. Dia terus masuk dalam kedai dan kelihatan meninjau-ninjau. Selepas lima minit lebih mencari dia mengangkat-angkat tangan mengisyaratkan tak jumpa di mana si meow berada. SK hampa. SK beritahu tuan kedai suruh cari dekat dengan stor bawah meja. Dia tuju ke situ, haaaaaa.. dia tengah tidur, katanya.



sempitnyaaaaaaaa
Susah payah dia menarik budak kecik itu keluar. Si meow bertukar tangan. SK usap kepalanya. Amboih, berminyak satu badan. Jadi tukang masakkah budak ini. Lepas usap terima kasih, SK bawa si meow masuk kereta. dalam kepala berfikir-fikir nama apa yang sesuai nak bagi. Badan boleh tahan berat, perutnya bulat, kakinya pendek. SK rasa ini bukan baka kucing biasa, tentu ada kacukan sedikit-sedikit. Dan SK syak juga, dia mungkin sesat dan dia bertuan... kesian tuan dia, tentu tengah sedih kerana kehilangan si comel ini.


mana lagi mahu sembunyi ni??
Bising suaranya sepanjang perjalanan. Bila berhenti di lampu merah, dia senyap. Kereta menderum saja dia menjerit, sabarrrr.. kata SK. Bonda nak jaga kamu, bonda tak mahu kamu kena buang kat pasar. SK pesan lagi, nak bera* ke.. nak kenC ke... tunggu sampai rumah. Terus teringat pulak susah payahnya dulu nak mengajar Zonan bab nak membuang najis ni, huhuhu.


alaaa.. tak boring ke asek amek gambar saya jer
Orang yang semalam geleng-geleng tak bagi lampu hijau bila SK minta bawa balik si meow rupanya adalah orang yang paling gembira. Cepat-cepat dia suruh SK bagi makan. SK dah tahu dahhhhh.. Suka betul dia bila dapat makan whiskas pocket. Maaflah kecik, bonda tak mampu nak belikan makanan kucing yang mahal-mahal tu :(

dah tak mo amek gambar lagi
Lepas makan SK bawa masuk bilik air. SK jirus sikit kaki dia, mana tahu kalau tiba-tiba mengamuk pulak nanti. Dia cepat-cepat lari belakang mangkuk tandas. Ops! Dia kenC pulak. SK basahkan lagi badan dia, dia bergerak ke tempat lain pulak. Langsung tak berbunyi (kalau Zonan dah meraung satu taman). Tiba-tiba SK nampak ada benda hitam keluar dekat ekor. Laaa.. pandailah pulak budak ni bera* kenC dalam bilik air. Lepas buang najisnya, SK mandikan dia bersih-bersih. Tubuhnya yang berminyak SK sabun dengan sabun khas untuk si comel.

gaya tidur kuak lentang
Diam sahaja bila SK lap badannya. Lepas tu SK letak semula dalam sangkar dan letak tempat panas, biar dia berjemur sekejap sementara SK gantung baju-baju basuhan. Habis menggantung baju, bulunya hampir kering. Si kecik leka menjilat bulu. SK ambil bawa masuk ke dalam. ER ajak bermain, amboi suka betul dia menggigit dan menangkap tangan kita. Mencengkam sungguh-sungguh, menggigit habis-habisan, boleh menangis dibuatnya.

makan dengan tertib jangan berebut-rebut
ER pula hampir satu malam tak tidur menjagakan dia yang asyik nak lompat ikut tingkap. Kami memang jenis tidur ditemani angin malam. Tiada kipas, tiada pendingin hawa. Tidur dengan angin malam sepoi-sepoi seribu bahasa... hehe. SK??? Macam biasa.. tidur mati, hihihi.


Sekarang, dialah buah hati kami. Balik rumah jer masing-masing berebut nak memeluk si boyot. Mula dulu SK letak namanya Gomez tapi sebab perutnya boyot betul lama-lama jadilah pulak Boboiyot. Zonan?? Si abang yang suka mengusik. Menderam-deram si boyot bila nampak si Zonan padahal Zonan tu saja nak menyakat. Zonan pulak asyik tak lekat di rumah, maklumlah orang bujang trang tang tang. Bila pergi kerja, Boboiyot dikurung dalam rumah bagi mengelak di serang kucing-kucing gagah di luar sana. Rasanya, daripada beberapa ekor kucing yang pernah SK bela, Boboiyotlah yang paling senang jaga sebab dari mula datang pun dia membuang cuma di bilik air sahaja walaupun tengah main di luar kalau ada hajat memang dia akan cari bilik air, pandaikan...


7 comments:

  1. Comelnya boboiyot. Untung dia bertemu dengan SK. :)

    ReplyDelete
  2. comey!! tun suka kalau meow boncit2 nih.. hihi

    ReplyDelete
  3. comel...sebijik mcm Timi & boboi saya..

    ReplyDelete
  4. Comel plk klu dh tido cmtue..hr heee

    ReplyDelete
  5. alahai comel dia... rindu nak tidur dengan kucing tapi nak buat macam mana keadaan rumah tak mengizinkan bela kucing.kang bising 1 blok pula. aritu baru bagi kucing makan depan pintu dah kecoh satu blok ckp kita bela kucing.. ada jiran kepoh tahap lahar gunung berapi ni susah sikit

    ReplyDelete
  6. Tahniah...tahniah...ada family baru. Comelnyaaaa

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...