ASSALAMUALAIKUM...
TAK menjadi kehairanan di rumah Seri Kandi ni bila menu yang sama diulang-ulang selagi tak jemu. ER pula memang jenis yang tidak kisah kalau dihidangkan dengan lauk semalam atau kelmarin yang telah dipanaskan. Mudah bagi SK dengan manusia macam ER ni. Asalkan apa yang kita masak tu dia suka, ulanglah sampai dia jemu dan tekak kita pun jemu... hihi. Memandangkan tortilla wraps yang SK buat sebelum ni masih berbaki jadi SK meneruskan misi yang terkandas yang SK pernah cerita sebelum ni. Yup! Tortilla gulung dengan nuggets.. hehe.
Mudah sangat nak buat, budak-budak pun boleh buat. Tapi kenalah ada orang dewasa memantau di dapur kerana ada penggunaan api dan minyak panas menggelegak. Mula-mula gorengkan nugget macam biasa, (Oh, Ya! SK suka nugget tempura daripada nugget yang bersalut dengan bread crumb tu). Tortilla wraps tu pula kita panaskan di atas kuali leper. Nugget yang dah siap digoreng tu, kita hiris kasar dan isikan dalam wraps, pancitkan sedikit mayonis dan sos cili dan gulungkan macam kita menggulung kuih dadar. Kali ni SK dah pandai sikit, dah tak taruk inti banyak-banyak macam sebelum ni.. hihihi.
Tortilla Chips tu pula, SK beli yang dah siap. Sebenarnya, ER ada ajar SK cara membuat tortilla chips tu sendiri tapi biasalah, M besar juga ada. Kebetulan memang ada stok tortilla chips di dapur dan jenama yang sama pula dengan tortilla wraps tu. Jadi, tak payah nak membazir bil elektrik ya tuan... :p dan.... Tak lengkap hidangan ala mexico ini kalau tak ada tomato salsanya ;-)))))
Tomato Salsa
Bahan-bahan :
2 biji tomato masak (potong dadu)
1/2 batang timun (buang tengahnya dan potong dadu)
1 tangkai daun ketumbar (cincang)
3 tangkai cili padi dihiris (jika suka pedas)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
2 sb jus limau nipis
Cara-cara :
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau rata. Hidangkan bersama set tortilla gulung dan tortilla chips.
TQ RESEPI DIATAS...
ReplyDeleteNAMPAK SEDAP DAN MENARIK
slm kak sari.. tun pun suka beli tempura nugget :) yg salut breadcrumbs pun sedap juga, tp x suka sbb kotorkan minyak goreng tu. hihi...
ReplyDeleteklu akk hidangkn utk en hubby dirumah nie pasti laju jgk dia ngap ..menarik nie..
ReplyDeletewahh
ReplyDeleteayu tgh nk diettt
thanks syer resepi.
like!!
Mak oiii kak...Mexican dinner kan,,,
ReplyDelete