RESEPI CHEESE TART BAGI PESAKIT DIABETES

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM...

gambar hiasan
BOLEH manis tapi jangan terlebih manis, banyak manis akhirnya menangis...

Oh, ya! Kata-kata di atas dicuit oleh pengarang veteran terkemuka, Abdul Jalil Ali, yang kini merupakan Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf dalam buku 'Cendol Pulut Santan Lebih'. SK suka 'tagline' itu kerana bagi SK ia bukan sahaja menggambarkan tentang kemanisan dalam makanan dan minuman tetapi juga pahit manis kehidupan. Bak kata ibu SK dulu kalau kami terlebih ketawa, 'Jangan banyak sangat ketawa nanti akhirnya menangis'. Memang betul, ketawa bagai nak rak, bergurau yang tidak-tidak, akhirnya bergaduh, kui kui!

SK teringat satu kisah lawak yang Seri Kandi pernah baca lama dulu. Kisah seorang makcik yang berasal dari negeri Pantai Timur yang datang hendak melawat anaknya di sebuah hospital di Kuala Lumpur yang kemalangan. Maaflah, kalau ayat yang SK tulis ni salah, SK ingat-ingat lupa ejaan yang betul tapi lebih kurang begini dialognya...

Makcik : Assalamualaikum, nak... Mokcik nak tumpang tanye.. kat mane wad kecemase?

Attendan Hospital : Maaf, makcik. Wad kencing masin takde, wad kencing manis ade....

:p

gambar hiasan
Ramai yang mengeluh, resepi kuih-muih pada hari ini mengandungi banyak gula dan SK juga diberitahu bahawa tahap manis gula di negara kita adalah lebih tinggi dari negara luar. Ini membuatkan ramai pesakit khususnya diabetes yang tidak dapat menikmati kuih-muih yang dijual di pasaran kerana kandungan gulanya. Tidak bolehkah mengurangkan gula dalam bahan? Apakah ia akan menjejaskan struktur kuih itu. Jawapannya, boleh sahaja untuk kita mengurangkan malah tak jadi apa-apapun kalau tidak meletaknya langsung. Kecuali manisan yang bahan utamnya ialah gula seperti pavlova atau macaron, yang itu mesti kena ada gulalahkan, tapi masih boleh dikurangkan kandungannya.

gambar hiasan
SK ada seorang pelanggan tetap yang selalu meminta SK mengurangkan gula dalam adunan cheese tart SK. Itulah untungnya kalau kita membeli makanan terus dari pembuatnyakan. Kita boleh minta tempahan kita mengikut citarasa kita. Menurut sahabat SK ni, ahli keluarganya ramai yang mengidap diabetes kecuali beliau. Inti blueberri pun dipesan letak sedikit sahaja. SK pada mulanya musykil juga, takut tak ada rasa. Tapi beliau yang tidak mengidap diabetes mengakui rasanya tetap sedap dan pengurangan gula langsung tak menjejaskan keenakan cheese tart. Alhamdulillah, jadi SK ingin berkongsi resepi cheese tart bagi pesakit diabetes. Resepi masih sama, cuma SK gunakan sukatan sudu untuk gula ya.

RESEPI CHEESE TART BAGI PESAKIT DIABETES

Bahan-bahan :
170 gm margerin
1 sb gula icing
1 biji telur C atau B
1/2 st esen vanilla
270 gm tepung gandum

Cara-cara :

~ Pukul margerin dan gula icing (ayak dahulu) dengan senduk kayu. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul hingga sebati.
~ Masukkan tepung sedikit-sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
~ Tekan pada acuan cheese tart dan bakar 30 minit pada suhu 170 darjah selsius.
~ Keluarkan dari oven. Biar suam kemudian terbalikkan acuan untuk keluarkan crust. Tidak perlu cungkil crust.

* Boleh dapat lebih kurang 75 keping crust saiz mini.

Inti :
Jem blueberry

Krim :
250gm cream cheese (keluarkan dari peti sejuk 30 minit sebelum digunakan)
1 sb gula kastor
1 biji telur B
1/2 st esen vanilla

~ Putar cream cheese dan gula kastor hingga sebati.
~ Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati dan lembut.
~ Masukkan dalam piping bag.

~ Susun semua crust yang telah dikeluarkan dari acuan ke atas dulang pembakar.
~ Masukkan inti blueberri (boleh ganti dengan perisa lain) ke dalam piping bag dan gunting sedikit hujungnya.
~ Paipkan sedikit sahaja ke dalam crust.
~ Kemudian picitkan pula krim sehingga memenuhi tepian crust.
~ Picit sedikitttttt sahaja inti blueberri tadi di atas krim dan lorekkan dengan lidi.
~ Boleh buat corak kalau suka dengan cara yang SK tulis dalam entri2 yang lepas.
~ Bakar 10 - 15 minit pada suhu 170 darjah selsius.
~ keluarkan dari oven, biarkan sejuk baru disimpan di dalam bekas.

* Sukatan adunan krim hanya untuk 50 keping cheese tart sahaja.

tempahan dibuka sekitar Johor Bahru sahaja
kredit resepi asal : Puan Azita Zain

DIABETES

Diabetes atau kencing manis adalah satu keadaan yang berlaku apabila tahap gula dalam darah lebih tinggi daripada biasa. Ia berlaku apabila pankreas dalam badan tidak menghasilkan insulin atau apabila badan kita sudah tidak sensitif dengan insulin dalam badan.

Apabila insulin gagal dihasilkan atau tidak berfungsi dengan baik, ia tidak dapat membawa masuk glukos atau gula ke dalam sel dan tisu badan kita sebagai simpanan. Akibatnya, darah akan mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi untuk sel-sel badan kita. Secara amnya, seseorang dianggap menghidap penyakit kencing manis apabila kadar gula dalam darah semasa berpuasa lebih daripada tahap 7 atau kadar gula selepas makan adalah daripada tahap 11.

Diabetes terbahagi kepada jenis 1 (bergantung kepada insulin) biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin) selalu dihidapi oleh golongan orang berumur atau mempunyai berat badan berlebihan. Terdapat juga kencing manis semasa mengandung (gestational diabetes).

Diabetes adalah pembunuh senyap (silent killer) kerana penyakit ini boleh menyebabkan seseorang pesakit menjadi buta, mengalami komplikasi buah pinggang, masalah jantung, strok dan gangren - selalunya mengakibatkan amputasi kaki akibat luka yang lambat sembuh atau mengalami jangkitan kuman kronik.

Pada tahun 2011, Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) melaporkan kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia disahkan mengidap kencing manis. Malah, didapati bahawa satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menghidapinya. Keadaan ini amat membimbangkan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa Malaysia berada di tangga ke-10 di dunia sebagai negara yang mempunyai jumlah penghidap kencing manis yang sangat ramai.

Punca

Di antara punca utama yang dikenal pasti adalah berat badan berlebihan (obesiti), faktor keturunan, tahap kolesterol tinggi, stress atau tekanan emosi berlebihan dan berterusan, pengambilan alkohol yang banyak, amalan pemakanan tidak berkhasiat atau tidak seimbang, kurang membuat aktiviti fizikal (senaman) dan tekanan darah tinggi.

Selalunya, sesiapa yang mempunyai lebih daripada satu punca yang disebut tadi mempunyai risiko tinggi untuk menghidap diabetes.

Tanda-tanda awal

1. Penurunan berat badan mendadak
2. Luka lambat sembuh
3. Sering buang air kecil
4. Selalu lapar dan haus yang luar biasa
5. Kabur penglihatan
6. Rasa kebas di kaki dan tangan, otot lemah, sentiasa letih, cepat marah
7. Bagi wanita... gatal di bahagian kemaluan.

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Dari segi perubatan moden, penyakit diabetes tidak dapat diubati, tetapi boleh dikawal. Selain itu, beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk merawat dan mencegah diabetes adalah dengan pengambilan makanan dan diet seimbang, melakukan senaman dengan kerap, mengawasi kadar gula dalam darah, tidak merokok dan mengawal berat badan.

Kepentingan pengambilan makanan berzat dan yang tidak memudaratkan badan turut ditekankan di dalam al-Quran seperti di dalam firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 168 yang lebih kurang bermaksud, "“Hai manusia! Makanlah sebahagian daripada makanan yang ada di bumi ini yang halal dan baik."

Rakyat Malaysia yang mempunyai risiko tinggi mengidap diabetes harus mempunyai kefahaman tentang bahaya diabetes dan perlu melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan bagi mengenal pasti diabetes di peringkat awal.

Rawatan Moden

Matlamat utama dalam rawatan penyakit diabetes adalah untuk mengurangkan tahap gula dalam darah dari kadar yang luar biasa ke tahap gula lebih rendah dan normal.

Penyakit diabetes jenis 1 boleh dirawat dengan pengambilan insulin, senaman dan pemakanan sihat dan seimbang.

Penyakit diabetes jenis 2 pula boleh dirawat dengan penurunan berat badan, mengamalkan diet sesuai dan aktiviti senaman yang konsisten.

Jika langkah ini gagal mengawal kadar gula darah yang tinggi, ubat-ubatan hospital boleh digunakan.
Jika ubatan masih tidak mencukupi untuk mengawal kadar gula dalam darah, maka rawatan dengan suntikan insulin boleh digunakan.

Rawatan Menggunakan Ayat-ayat Al-Quran

Ayat-ayat yang perlu diamal di samping memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan antaranya...

Surah Al-Anbiya’ ayat 62 hingga 73

Surah An-Nahli ayat 66 hingga 74

Surah Huud ayat 46 hingga 53

Surah Al-Kahfi ayat 28 hingga 44

Surah Al-Qasas ayat 29 hingga 40

Surah Al-Maidah ayat 62 hingga 75

Cara amalan ayat-ayat al-Quran tersebut adalah pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Anbiya’ tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah An-Nahli tiga kali pada waktu siang.

Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.

Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.

Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah berikutnya.

Adalah dinasihatkan agar pesakit yang ingin berubat menggunakan ayat-ayat al-Quran ini tidak berhenti terus mengambil ubat yang telah diberi oleh pihak hospital, tetapi boleh mengurangkan dos pengambilan ubat hospital secara perlahan-lahan mengikut kadar pemulihan pesakit.
   
Terapi penyembuhan melalui ayat al-Quran ini memakan masa, disiplin dan kesabaran. Kaedah rawatan ini bukan seperti magic, hari ini pesakit membaca ayat yang diberi dan esok pesakit mengharap penyakit itu sembuh.

Pesakit mesti yakin akan mukjizat ayat-ayat al-Quran dan yang paling penting berdoa kepada Allah memohon penyembuhan serta keberkatan dan rahmat-Nya.

Yakinlah dengan mukjizat ayat al-Quran, penyakit kencing manis boleh dirawati, insya-Allah.

Dari Abu Hurairah r.a: Bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda: "Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan ubatnya" ( Hadith Sahih Bukhari).

Kredit : http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130127/kn_05/Merawat-diabetes

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memula kakak lihat resepi tart tapi last banyak pengisian rohani resepi dalaman yg terbaik ada di sini. Thanks Seri..

    ReplyDelete
  2. selalu kita dengar kata2 "kurangkan manis dlm minuman/masakan.. lebihkan manis dalam senyuman" ehehe...

    setiap kali pun akak kurangkan sukatan gula tiap kali buat kuih utk keluarga sendiri.. bak kata org.. selalu sgt derhaka.. tp takpelah kan.. derhaka untuk kebaikan.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Bila ada ahli keluarga yg menghidap diabetes, secara tak langsung selera dan lidah ahli keluarga yg lain pun terbiasa dengan makanan dan minuman kurang manis. Baguslah kalau rakyat Malaysia dah ramai yg sedar kan kak...

    ReplyDelete
  4. salam sri
    moga dbtes akk nie akn hilang lps bersalin..pmbawakan budak nie mcm2 kan..tq share resepisi cistart less sugar tue..terbaekkk :)

    ReplyDelete
  5. Bila agaknya ibu yusuf dpt rasa tart puan sri ni ye.. hehe..

    ReplyDelete
  6. masa peknen tahun lepas cikda ada diabetis .. harap2 lepas bersalin ni takde la.

    sayangnya order sekitar JB je.. huwaa.. resepi SK ni memang patut dikongsi penjual2 cistart ni.. tak lama lagi nak puasa, kurang kan gula - modal ukt meniaga pun kurang.. kan..kan...kan..

    ReplyDelete
  7. tq share this bermanafaat sgt ni !

    ReplyDelete
  8. Assalam Sari, baik utk kesihatn,akk pun memangselalu kurangkan sukatan gula dlm buat kek atau apa2 pun, lagi pula mkn anak beranak je.

    Tq perkongsian info

    ReplyDelete
  9. Mmglah kak...kuih2 kat malaysia ni byk yg manis, tp klu kita buat sendiri boleh adjust gulanya kan...akk tayang cheese tart selalu...kepingin sesangst ni..tp blm on time nk buat sbb 'malesan' je nih..boleh jd cream cheese n buter asyik kusr masuk dlm peti sbb tuannya hangat2 tahi ayam je kerjanya..so, tak jadi le cheede tartnya..tq dgn sukatan kuih yg diberi tu..klu teringin yg low sugsr..tinggsl jenguk terus ke sini kan..

    ReplyDelete
  10. TEIMA KASIH ATS INFO DAN RESEPI YG SEDAP...NEXT TIME BOLEH POST RESEPI SIHAT LAGI UNTUK MRK YG PEKA AKAN KESIHATAN

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!