UDANG SAMBAL PETAI PUNYA CERITA

Seri Kandi Tanah Jauhar
13
ASSALAMUALAIKUM...

SEHARI dua ini Seri Kandi agak sibuk. Seri Kandi berhajat untuk mencungkil lagi cerita tentang Tanah Jauhar ini tapi sayangnya masa begitu mencemburui Seri Kandi. Bila sibuk dan penat, otak Seri Kandi kurang berfungsi untuk perkara yang serius. Tapi kalau pasal makan, otak yang sempit pun boleh jadi lebar selebar-lebarnya.. hahaha.


Udang sambal petai ni Seri Kandi masak dua minggu lepas hasil merempit ke Sungai Rengit, Kota Tinggi. Jadi, jangan ada pulak yang nak bawa pinggan mintak udang ni, memang dah selamat, hehe. Tekak ER tu ingin sangat nak makan bapak udang katanya. Udang kat JB ni dah tak ada yang besar, semua pangkat cucu-cicit aje. Mahal pulak tu. Jadi, jomlah kita ke Sungai Rengit. Sambil jalan, sambil makan angin, sambil cari udang. Jom!!

masa kami sampai di Sungai Rengit, air tengah pasang. Eiiii.. dah macam nak melimpah atas jalan, ada yang tak balik rumah karang.. hahaha...
indahnya pemandangan.. tenang dan menenangkan...
warung yang tidak berorang
jalan punya jalan rupanya dah ada Terminal Jeti di penghujung jalan Sungai Rengit




konon-konon baru tiba.. keh keh keh

tengok-tengok lagi





okey, sekarang dah balik rumah, kena masaklah pulak, huhu
Resepi Udang Sambal Petai Seri Kandi ni rasanya sama jugalah dengan resepi orang lain. Kalau rasa teringin nak resepinya bolehlah digali dalam label udang.petai. Cuma sekarang ni, Seri Kandi kalau kisar lada dah tak bubuh bawang putih lagi. Seri Kandi belajar kisar lada tak ada bawang putih ni dari tauke Citarasa Rinduan. Jadi, kalau nak kisar lada memang cepat siap tambah lagi Seri Kandi lebih suka guna bawang besar terus. Tak adalah Seri Kandi nak kopek-kopek bawang merah dan bawang putih lagi, memang dasar pemalaskan.. huhu.



Memang besar giler udang ni. Bayangkan lebih besar dari tapak tangan Seri Kandi dan lebih lebar dari jejari runcing Seri Kandi. Seri Kandi kurang periksa kenapa udang ini terlalu besar. Adakah memang gennya dari keluarga yang berbadan besar atau pun kerana ia kuat makan. Tapi pada hemat Seri Kandi mungkin sebab udang ni dah tua. Buktinya??? Janggutnya yang panjang itulah buktinya, hiks.

lebih besar dari gunting dapur Seri Kandi
Harganya??? RM42 sekilo. Murah gilerrrrr. Dan memang nasib-nasiblah kami dapat beli sebab cuma itu sahajalah yang tinggal. Tak sampai sekilo pun kami dapat, bayar cuma RM31 sahaja, berbaloi-baloi sebab udangnya masih segar dan belum dicampur dengan air batu. Kepala masih kukuh melekat dengan badan. Mesti masa duduk dalam laut dulu, udang ni ada makan Pure Marine Collagen. Badannya tegang, licin berkilat tauuuuu :p


Petai tu pulak, Seri Kandi singgah di satu kedai menjual tanaman kampung. Seikat RM4. Seikat 4 papan. Dan selepas dikupas semua empat papan tu, itu sahajalah yang ado. Yang tak memberikan 'special effect' langsung seperti yang sepatutnya bila kita makan petai... huhuhu.


masukkan petai... alaaaaaaaahaiii.. sikitnya!


Sekarang, mari kita memasak. Seri Kandi kalau masak memang suka masak dalam kuali ni. Kecuali kalau masak lauk yang berkuah banyak. Kalau masak sambal atau kari yang pekat-pekat memang inilah kuali yang Seri Kandi guna termasuk nak buat puding kastard dengan puff. Sayang betul kuali ni, hahaha. Senduk nipun sayang juga. Dah sompek-sompek pun tulah yang paling sedap guna, haishhhh!


Okey, dah siap masak, udang pun dah posing elok-elok, hihi. Walaupun petai tu tak seadanya tapi apa nak buat, baiklah ada dari tiada, betul tak??? Betollllllllllllllllllll....


Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahhh besarnyaa!!! udang besar ni kalau buat udang goreng tepung, sedap ni..hehe.. terliur tgk smbal udang tu..huhu

    ReplyDelete
  2. Sedapnyeeee...... aduhai teringgat ms makan udang besar nie kt mersing... huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. udang yang melingkar tu...compehemmm la sedap kan, cantik..suka tgk pic2 tajaan Seri Kandi..seriess..heheee..

    ReplyDelete
  4. murahnyerrrrrr... nak pindah sanalah! dpt beli udang segar, besar & murah... untung seri kandi...

    ReplyDelete
  5. freshhhhnya udang tu....
    mengancam sangat buat sambal petai..

    ReplyDelete
  6. mesti rasanye manis nie..mmg besar2..bila dimasak bersam udang bertmbah2 kecur nengok:)))

    ReplyDelete
  7. Sodappp....febret kak kalo sambal udang potai ni.....cubo torai x yah buang kulit potai ni....laee sodapp dek oi....bolah duo jor..x yah nanggal baju eh....hehehe....

    ReplyDelete
  8. menu feveret KA sekeluarga ni sedap !

    ReplyDelete
  9. peeghh.. terkenang pulak masa duduk di sabah dulu.. semuanya fresh dan murah2..

    cikda baru beli petai kat hyper market..dah le cinonet2 matanya - mahal giler pulak tu dekat sepuloh hengget satu ikat..

    port jeti ni jugak abang cikda selalu mancing dan di sinilah jugak hobi mancingnya bermula..

    (masih geram tgk udang atas tapak tangan tu..huwaa... mana nak carik udang besar ini...)

    ReplyDelete
  10. aiyooo sedapnye akakkkkk..selalu buat org terliur

    ReplyDelete
  11. Aduh besarnya udang tu. memang sangat puas makan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!