INI masakan yang SK buat beberapa purnama sudah. Entah macammana SK jumpa gambar-gambar ini masa memindahkan gambar-gambar dari folder gambar telefon ER. SK ingatkan gambar-gambar ni dah tak ada jadi terlanjur dah jumpa, SK nak kongsikan resepi nasi ayam hainan yang sungguh marbelous ini. Rasa nasinya betul-betul sedap mungkin kerana penggunaan lemak ayam menggantikan minyak. Awwww... ada yang seram ke? Menurut Kak Azie, resepi ini digoogle dari satu blog masakan negara seberang tambak dan Kak Azie sendiri lupa sumbernya. Kepada pemilik resepi sebenar dan Kak Azie sendiri, SK ucapkan terima kasih kerana berkongsi dan SK panjangkan lagi di sini untuk rujukan pengunjung Alam Sari.
Nasi Ayam Hainan
Sumber : Azie Kitchen
Bahan-bahan :
Untuk Ayam :
1 ekor ayam
kosher salt (SK guna garam biasa aje)
4" halia muda
2 batang daun bawang
1 sudu kecil minyak bijan
Untuk Nasi :
2 sudu besar lemak ayam
3 ulas bawang putih (cincang)
1" halia muda (cincang)
3 helai daun pandan dikerat besar
2 cwn beras (cuci dan rendam 10 minit)
2 cwn air rebusan ayam
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil kosher salt (SK guna garam biasa)
Untuk Sos Cili :
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chilli sauce (SK guna sos cili biasa)
4 tangkai cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1" halia
sedikit garam
Untuk Sos Ayam :
1 sudu besar minyak garlic (SK tak letak)
1 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar kicap cair
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam
Untuk sampingan/ hiasan :
1/4 cawan kicap pekat
sedikit daun ketumbar
hirisan timun
SK tambah salad dan tomato (wajib ada bila masak nasi ayam, hehehe)
Cara-cara :
1. Bersihkan ayam, gosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kotoran. Bilas bersih-bersih. Ambil/ asingkan lemak ayam lebih kurang dua sudu besar atau secukupnya. Lumur lagi dengan garam luar dan dalam. Sumbatkan halia dan daun bawang ke dalam ayam.
2. Letakkan ayam ke dalam periuk besar. Isikan air sehingga menenggelamkan ayam melebihi seinci. Buka api besar, biarkan air rebusan menggelegak.
3. Bila air sudah menggelegak, perlahan ke api sederhana.. biar air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk paha ayam dengan chopstick bagi memastikan ayam sudah masak.
4. Bila ayam dah masak, tutup api dan keluarkan ayam. Masukkan ayam terus ke dalam besen bersih yang mengandungi air ais untuk menyejukkan dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini petua bagi memastikan kulitnya rangup dan isinya lembut. Buang halia dan daun bawang, simpan air rebusan.
5. Untuk memasak nasi : Toskan beras yang direndam tadi. Panaskan lemak ayam dalam kuali dan masukkan bawang putih serta halia, goreng hingga wangi bersama daun pandan yang dikerat. Masukkan pula beras, goreng sekejap selama dua minit. Masukkan pula minyak bijan dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masak dalam periuk nasi elektrik.
6. Sementara menunggu nasi masak, keluarkan ayam dari air sejuk dan lumurkan luar dalamnya dengan minyak bijan. Potong ayam untuk dihidangkan. Boleh juga potong dahulu baru dilumur dengan minyak bijan. (SK nak kokah sekor-sekor jadi tak potong, hehehehe). Tuang sos ayam sebelum menghidang.
7. Untuk membuat sos cili : Kisar semua bahan sehingga halus. (SK masak sekejap di atas api untuk menghilangkan bau cili.
8. Untuk membuat sup : Panaskan sup dan masukkan garam. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang yang dihiris.
* Hidangkan nasi dengan sos cili, kicap pekat, hirisan timun dan sup. Taburkan sedikit hirisan daun ketumbar ke atas nasi.
p/s Betul-betul sedappppppppppp!!!
Saya memang sukaaa sangat Nasi Ayam Hainan. Tapi betul lah..lemak ayam tu seram...tapi dah tau..confirmmm sedap!
ReplyDeleteMmg sedap nasi ayam ni..dah pernh try..
ReplyDeleteaduh...! nmpk sdapnya...perlu kerajinan ni...
ReplyDeletemenariknya tentang lemak ayam tu.. cikda baru tau. caner nak ambik lemak ayam tu KA. cikda suka jugak buat nasi ayam ni..
ReplyDeletetgk pun dah tau sedap ni !
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya singgah dan follow blog ni :) telan air liur tgk nasi ayam hainan ni.. sedapnyerr!!
ReplyDeleteBanyak kerja itu yg kakak mim alif lam sin SK. Tapi tengok ayam tergolek tu yg buat kakak geraaaammmm aje nie:)
ReplyDeletebontot ayam pun tak lulus untuk tayangan ker?? hahahaha.. apapun memang menyelerakan.. ni yg rasa nak cari nasi ayam ni
ReplyDeletehehehe utk tayangan 13thn ke atas..sedapnya kak yus..
ReplyDeleteMenggoda.. Ayam ini terlalu seksi la kak.. hehe.. Patut cuba resepi ni.. tq for sharing..
ReplyDeletehahaha.... bab sensored yang tak menahan tuu....
ReplyDeleteAduh terus rasa lapar tengok nasi ayam ni. Insya Allah nak masak nasi ayam lagi lh minggu ni.
ReplyDeleteHomestay murah untuk disewa bertempat di bachang melaka . http://homestaymansorchoot.blogspot.com/
ReplyDeletetak pernah makan lagi nasi ayam hainan
ReplyDelete