AKU RINDU PAPA...

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM...

sambungan 'SUAMI DIA.. DUDA AKU!'

KAMIL terkebil-kebil memandang siling putih. Kipas yang berputar ligat menyesakkan hidung. Tiba-tiba pintu biliknya terkuak dan muncul cahaya mata bongsu yang dirinduinya.

"Papa.. papa!" Kamil terkejut. Dia terus duduk dan menyambut pelukan dari gadis kecil yang dirindu-rindu itu.

"Papa, papa buat apa? Kenapa nangis?" Becok mulut comel si kecil itu bertanya. Walaupun masih pelat namun tidak sukar untuk Kamil memahami.

"Gegirl datang dengan siapa?" Anak kecil itu menuding jari ke arah pintu bilik yang terbuka. Mata Kamil terarah ke luar bilik. Tiada sesiapa di situ. Tiba-tiba guruh berdentum di langit seiring dengan hujan lebat mencurah. Dalam masa yang sama, anak kecil tadi hilang tidak berbayang. Kamil menerjah ke luar bilik, mencari di dapur, di balkoni namun tiada. Kamil cuma berkhayal kerana terlalu rindu anaknya.

"Dah seminggu Emi tak hantar Gegirl ke sini...", sayu nada suara Kak Ros yang amat memahami hati seorang bapa yang rindukan anaknya. "Kamil tak pergi tengok ke rumah Pak Jalal ke?" Kamil menggeleng kepala. Malas nak bercerita kejadian dia diketuk dengan tongkat. Malu mengenangkan dirinya diintai jiran-jiran Pak Jalal. Tiada siapa yang sudi membantu. Semua gerun dengan Pak Jalal, siapa berani masuk campur pastinya akan dibalun sekali.

"Kak Ros dengar sepatutnya Gegirl tu dapat dekat Kamil, betul ke?"

Kamil mengangguk. Sebagai wali yang sah, dia mendapat hak penjagaan ke atas anak perempuannya manakala anak lelaki mereka akan mengikut Emi. Namun, Kamil tak mahu dua adik-beradik itu terpisah, dengan rela diserahkan hak penjagaan kedua anak itu kepada Emi. Tapi lain pula jadinya. Jangankan si abang, si adik pun dia tidak dapat bertemu lagi.

...

"Aku dah cakap dengan kau kan, aku tak nak budak ni. Kalau kau dah kahwin dengan aku, kau tolong dengar cakap aku. Aku ni suami kau, tau tak?"

"Tapi dulukan abang janji, Emi boleh bawa budak-budak ni duduk dengan kita. Dia anak Emi, bang. Bukan anak orang lain."

"Memang anak kau, Emi. Tapi.. anak kau dengan orang lain, bukan dengan aku. Aku kata, aku tak nak.. aku tak naklah. Menyusahkan aku je karang!"Muktamad sudah. Azman tak mahu Boboi dan Gegirl tinggal bersama mereka. Emi perlu cari jalan penyelesaian siapa yang akan memelihara Boboi dan Gegirl. Namun, untuk meminta pertolongan Kamil, dia malu.

...

"Kakak.. kenapa papa kakak tak datang beraya dengan kita?" Tersentak Diana dengan pertanyaan dari adik sepupunya, anak Pak Long. Budak baru sekolah tadika, mulutnya macam bertih. Kalau ikut hati mahu sahaja diramas mulut yang tak henti-henti bertanya tentang papanya.

Sejak kecil, Diana tak pernah jumpa papa. Dia tak ingat wajah papa. Setiap kali cuba bertanya, teruk Diana dimarah atuk. "Kau jangan sebut-sebut lagi pasal papa tak guna kau tu!" Bentak atuk. Sejak itu Diana tak berani bertanya lagi. Hanya Faizal, abangnya sahaja tempat dia mengadu. Rawan di hati tiada yang mengambil tahu. 15 tahun hidupnya tanpa ayah dan ibu tempat bermanja. Mujur ada atuk dan nenek untuk menumpang kasih. Mujur ada kawan-kawan tempat bergurau senda. Bila malam menjelma hatinya kembali sayu. Diana ingin jumpa papa. Diana rindu papa.

Bersambung...

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Boboi and Gegirl suka makan McD tak?
    Atuk, nenek ada bawak Boboi and Gegirl ke Istana Budaya tengok Lawak Ke Der tak?

    ReplyDelete
  2. Kakak kalau baca novel/cerpen macam ini mulalah nak bergenang airmata SK...

    ReplyDelete
  3. Aduhaii....sedihnya. Kenapalah anak2 pula yang jadi mangsa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!