MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, October 20, 2016

KERTAS DINDING

Assalamualaikum...

WOWWWW! Makin ramaikan sekarang yang minat memasang kertas dinding sendiri di rumah atau orang putih selalu sebut tu 'wallpaper'. Ialah, kalau dulu-dulu agak terhad jugak pemilihan kertas dinding ni dan tak banyak kedai yang menawarkannya, namun kini kertas dinding boleh didapati di rangkaian kedai hiasan rumah Kaison, Mr DIY malah kedai eco RM2 pun ada jugak jual kertas dinding ni. Tinggal rajin tak rajin jer la nak pasang sendiri.. kalau berlambak duit bolehlah terus beli di kedai perhiasan rumah yang menawarkan khidmat memasang terus kertas dinding. Yang tak berapa berlambak duit macam Sk ni, pilihlah pasang sendiri.. hihi.

Disebabkan Sk sangat minat dengan kertas dinding ni, maka bergulung-gulunglah beli. Sebenarnya, kalau ikutkan mengecat dinding lagi jimat tapi disebabkan merasa kerja mengecat tu agak renyah, Sk memilih memasang kertas dinding sebab nampak lebih elegan laaa kononnya.. huhu.


Ini bilik Iman. Bertahun jugaklah berjanji nak mentransform bilik dia ni.. 
sekejap kata nak cat, sekejap kata nak pasang wallpaper. 
Akhirnya pilih untuk pasang pada satu bahagian dinding jer sebagai titik tumpu. 
Tapi yang sebenarnya nak menutup dinding tu yang dah terlalu teruk dengan hasil tenyehan Iman masa kecik-kecik dulu.. 
dengan conteng dinding, tumpah susu coklat dan macam-macam lagi.. huhu.


Disebabkan Sk tak ada tangga dan rasa macam susah nak beli tangga 
(ko dah kedekut sangat dah kenapa) Sk pinjam tangga kakak. 
Rupa-rupanya tangga tu agak rendah dibandingkan dengan tinggi dinding rumah Sk. 
Sudahnya Sk mintak tolong dengan anak saudara Sk, Izzat. 
Pehhhh! Dalam hati tak putus doa supaya kerja memasang kertas dinding berjalan lancar. 
Bayangkan Izzat terpaksa berdiri di atas sekali anak tangga.. huhu.
 Tu kalau suruh Sk mahu telentang. Suruh Pak Inche???? 
Aaaaa.. tak payah. Ada senget benget wallpaper kita karang.


Wallpaper ni Sk beli secara online.
Rm100/3 gulung tak silap harganya.
1 gulung 10 meter panjangnya.
Kertas tak terlalu tebal.
Agaknya disebabkan kerja yang dilakukan agak mencabar.. 
sebab tangga rendah.. hampir suku bahagian atas wallpaper tercabut 
selepas satu minggu dipasang.
Nangis!

Tapi yang bagusnya bila pilih corak berjalur ni pulak, 
senang kerja kita nak mencantumkan dengan wallpaper bersebelahan.
 Memang tak perasanlah ada corak dan jalur yang lari kecuali belek dekat-dekat.. hahaha.


Ini pulak wallpaper yang Sk beli di Kaison Melaka. 
Ada siapa yang masih ingat kisah Sk tak nak keluar dapur tu?? 
Hahaha.

Harga wallpaper ni RM19.90 satu gulung sepanjang 10 meter.
Sk pilih corak batu-bata atau bricks ni sebab Sk suka design ala-ala rustic ni. 
Orang kalau jiwa seni nikan memang suka dinding bodoh-bodoh tak berlepa simen tukan.. 
huwa huwa huwa.
Sk beli tiga gulung sahaja nak tampal pada tembok luar bilik air 
tapi atas cadangan Iman dah tertampal di ruangan makan sekali 
dan tidak sengaja tak cukuplah.. hahaha. 
Nangis lagi!

Oh ya.. nak tahu.. nak pasang wallpaper ni punya pasal, 
Sk dan ER berkongsi membeli tangga yang berharga RM200. 
Hahahaha.. hidup berkongsi macam tulah. 
Wallpaper ni pun ER yang beli dan tugas Sk pula hanya memasang. 
ER ni tak ada tangan seni.. ko jangan pandai-pandai nak suruh dia pasang 
karang wallpaper ke mana, dia ke mana.. gituuu.


Disebabkan tak cukup gulung tadi, Sk beli pula secara online dari personal shopper. 
Rasanya empat atau lima gulung jugak Sk tambah.. huhhu.. giler!
Sk suka kertas dinding kaison ni sebab ia bertekstur kasar dan licin.
aaaa.. kasar tapi licin.. tak faham tak apa.. huhu.


Bagi Sk, wallpaper kaison ni lebih berkualiti dari wallpaper corak belang biru tadi la. 
Tapikan, lama-lama pandang nampak beno menipunya dinding batu-bata Sk ni.. hahahaha.
Nangis lagi!

Tengok sekali imbas memang nampak rustic
cam rumah batu kata Iman
cam rumah orang putih kata adik Sk
tapi sekali imbas laaaa
Jadi jangan pandang lama-lama tau.. huhu.



Berpeluh-peluh nak mencantumkan corak bricks ini tau bagi memastikan ia nampak real.
Nasiblah tangga tinggi. 
Daripada gayat sampai jadi berani.. sampai hati jadi kering.. haaaa.

La ni, corak bata ni makin banyak di Kaison, lebih cantik dan lebih 'real'. 
Tapi kalau nak yang lagi cantik, belilah wallpaper 3D, 
Memang terkeliru nanti batu-bata betul atau kertas.. gituuuu. 
Tapi tulah.. tak jumpa lagi wallpaper 3D di Kaison.. ke Sk yang tak cari???


Tak sengaja membeli wallpaper warna hitam dengan corak bunga emas ni.
RM3.50 dan panjangnya cuma 2 meter sahaja.
Adalah Sk beli beberapa gulung.. kononnya nak pasang di dinding kepala katil.
Tapi, bila balik rumah, rupanya warna keemasan tu ada yang pudar.
Tu pun bila dah tampal pada dinding baru perasan.


Cuba tengok, beza kan.
Nak cantumkan coraknya pun punyalah susah
akhirnya.. berserah ajalah dengan kata-kata.. bukan ada orang nak tengok pun dalam bilik tidur.. hahaha.

Dan... dua gulung lagi tu jenis yang berkilat macam plastik.
Memang tak perasan sebab masa beli tukan, ia bungkus dengan plastik.
ish.. ish.. ish.
Wallpaper jenis ni agak nipis ya
disebabkan tu memang nampaklah agak menggerutu sikit bila kita tampal di dinding.


Ini juga wallpaper dari Mr DIY.
Ni bukan tak sengaja beli tapi memang beli lima gulung untuk bilik Iman.
Dalam banyak-banyak wallpaper yang Sk beli,
Sk paling suka jenis ini.
Harganya agak mahal sikit
RM33 lebih kurang, dengan panjang 10 meter dan lebar 2"
kertas tebal dan gamnya juga kuat.
Memang terbaik.


Satu bilik Iman berterbangan rama-rama ungu ni.
Nampaklah rupa bilik remaja.. hahaha.
Gambar penuh bilik malu nak tunjuk, bersepah.. hahaha.


Tengok pandangan dekat.
cantikkan tekstur kertasnya.
Sayangnya pilihan corak wallpaper jenis ini sangat terhad.
Kalau ada yang cantik pun tak cukup untuk keluasan dinding yang kita perlukan.


Wallpaper jenis macam ni tahan lasak semasa dipasang
Cepat siap sebab ia lebih lebar.
Memang bercadang nak cari corak lain pulak untuk ruang tamu jika jumpa corak yang sesuai dan cukup untuk dinding.
Kena ukur betul-betul berapa gulung yang diperlukan sebelum membeli.
Agak-agak, raya tahun depan dah siap belum Sk pasang wallpaper kat ruang tamu ni.. hahaha.


Meh Sk kongsi tips berdasarkan pengalaman membeli kertas dinding ni.
Harap dapat menjadi panduan kepada mereka yang baru berjinak-jinak 
nak memasang kertas dinding sendiri.

Kertas dinding pun ada gred tau.
Ada yang 2D, ada yang 3D.
Ada juga 3D mural wallpaper, yang ini biasanya dijual dengan khidmat memasang terus pada dinding rumah anda.

Okey, kalau beli sticker wallpaper, anda tengok belakang atau stickernya warna apa
dengan melihat seperti dalam gambar.
Dari pengalaman Sk, yang paling baik adalah putih (sebenarnya kelabu muda).
Nombor dua merah, nombor tiga warna biru.
Mungkin ada warna lain jugak, tapi setakat ni Sk cuma jumpa tiga warna tu sahaja.
Oh, ya.. kalau anda membeli wallpaper dan tidak cukup.. 
kemudian nak pergi beli lagi, pastikan warna sticker tu sama sebab ada juga wallpaper corak sama tapi warna stickernya lain. Nanti bila buka baru perasan coraknya lain sikit.. kan haru.


Ni wallpaper rama-rama ungu tu.. nampak putih jerkan.
Sebenarnya warna kelabu muda.
Jenis ni lebih tebal dan gamnya pun kuat.

Nota : Tips Sk ni untuk kertas dinding yang menggunakan sticker sahaja tau.

9 comments:

  1. Kakak rasa sementara tengah bersemangat nak pasang boleh beli cepat
    Jadi sebelum raya semua ruang yg nak paang dah siap.

    ReplyDelete
  2. Salam lain kali sebelum pasang bersihkan dinding lepas tu unroll wp tu atas meja panjang macam org jual pasar mlm.
    Lepas tu pakai lagi additional adhesive yg ada dijual.
    Sbb cuaca kat msia panas.. bagus pakai plain paper biasa dan glue kan. Jadi semua yang dah lobang kasar jerawat dapat di licin kan.
    Kalau tak plaster dinding semula dan baru prime kan dan kertas. Sblm tampal wallpaper.
    Tapi kan kebanyakan kata engerland orang dah mula pakai cat. Sbb maintenance senang dan mudah serta murah

    ReplyDelete
  3. Salam lain kali sebelum pasang bersihkan dinding lepas tu unroll wp tu atas meja panjang macam org jual pasar mlm.
    Lepas tu pakai lagi additional adhesive yg ada dijual.
    Sbb cuaca kat msia panas.. bagus pakai plain paper biasa dan glue kan. Jadi semua yang dah lobang kasar jerawat dapat di licin kan.
    Kalau tak plaster dinding semula dan baru prime kan dan kertas. Sblm tampal wallpaper.
    Tapi kan kebanyakan kata engerland orang dah mula pakai cat. Sbb maintenance senang dan mudah serta murah

    ReplyDelete
  4. Ermmmm byk ilmu dlm ni... tq kongsi sarikusss

    ReplyDelete
  5. rumah e'in pun ade pasang wallpaper.. kalau pegi Korean Wallpaper tu, kemain naik juling biji mata sbb byk yg cantik2.. hihi

    ReplyDelete
  6. CH pun tengah mencongak juga ni SK..
    Sama ada nak cat baru atau guna wallpaper mcm SK ni..
    Tengok cantik sangat..
    Rumah CH ni dah 9 tahun tak bertukar cat..
    Cat2 tambahan dari kretiviti anak2 masih kecik pun ada hahaha..
    Dah jadi whiteboard dinding rumah..
    Segala tulisan dan lukisan ada πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

    Bertabahlah maknya ni..
    Tengok rumah mcm geleri pun ada..

    Tips yg berguna buat CH ni..
    Tq SK..πŸ˜†πŸ˜Š

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum SK...yer la sementara rajin ni boleh teruskan sekali memasangnya...nanti raya dah siap semuanya...mama pun pasang kertas dinding hari tu pun dah lepas raya...sebelum raya x ada pula teringin nak memasangnya..lagi pun bln puasa mmg x larat nak memanjat...nasib baik buat lepas raya kalau penat boleh la minum air kn...:)

    ReplyDelete
  8. chop..
    hehehe..
    banyaknya ke-ter-tak-sengaja-an-nya!!!!
    cantik jugak batu-bata tu!!

    kalau orang tua tua mesti kata
    dah elok elok dinging rumah licin.. di tampalnya gambar batu bata!!

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?