Assalamualaikum WBT
PAK Inche beli tulang (lembu) kat pasar tani hari ahad dua minggu lepas. Dia beli tu sebab keliru, pasal ingatkan Sk nak guna untuk masak Soto Ayam hari tu. Dah nak soto ayam, takkanlah nak letak tulang lembu, kan. Jadi, tulangnya tu, Sk masuk freezer. Jumaat, bila kita tanya, nak masak apa untuk makan malam, Pak Inche kata, sama ada Sotong Masak Kicap atau Kari Tulang. Sk pilih masak Kari Tulang.
Tulang tu Sk rebus dulu dalam pressure cooker berbanding cara biasa Sk sebelum-sebelum ni, Sk tumis dulu rempah dan masukkan bersama tulang, masak dalam pressure cooker. Kentang tak ada, tomato aje yang ada, hehehe.
Kari Tulang Lembu
Bahan-bahan :
1 kg tulang lembu (rebus sehingga empuk)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
Rempah 4 sekawan
2 tangkai daun kari
3 tbs Rempah Kari Daging
1 tbs Serbuk Cili
1 tsp serbuk kunyit
Sedikit air
Air rebusan tulang/daging
2 keping asam gelugor
1 kiub pati lembu
Garam
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Tumbuk hingga lumat bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan tumbuk, tumis hingga mesra.
3. Masukkan daun kari, rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit serta sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
4. Tambah air sedikit, kacau lagi hingga pecah minyak, buat berulang kali sehingga rempah sebati.
5. Masukkan secawan air rebusan atau secukupnya. Kacau mesra, masukkan tulang. Tambah lagi air rebusan jika perlu.
6. Masukkan asam gelugor, kiub pati lembu. Biar merenih.
7. Akhir sekali, masukkan garam, kacau sekejap dan masukkan tomato.
Pak Inche singgah kedai beli bahan-bahan nak masak sayur chap chai. Aaa.. sila masak sendiri la sayur tu. Sk dah penat gosok kabinet dapur, gosok lantai, gosok periuk belanga, mendobi lagi.. tahulah kerja rumah, mana pernah habis, kannnnn. Kalau bukan kita yang buat, siapa la nak buat 🥹🥹🥹.
blum lunch ni...lpr la plak kari tulang...biasa mkn sup tulang
ReplyDeletebetul..kat rumah ni pun sama. yg masak orang lain (yang kene kerjakan dinding dapur, sinki) semua bagi kilat ni muka ni ha...harapkan yg lain tu hmmmm
ReplyDeleteada leftover cicah lempeng sedapnya kak....
ReplyDeleteSedapnya... cicah dgn roti pun sedap ni.
ReplyDeleteKita pun ada 2 kilo tulang selangka...x tau nak masak apa..lepas tu ada perut muda...pun x masak lagi...
ReplyDeleteBestnya tulang baru pagi tadi terlintas kalau masak sup tulang sedap jugak 😬
ReplyDeleteMeriah sayur cap chainya tu.Pandai Pak Inche masak. Mak Inchenya sibuk buat kerja dapur.
ReplyDeleteDah lama saya tak sebut sayur masak chap chai. Selalu arwah bapak yang sebut gitu. Saya panggil sayur campur.
ReplyDeleteNgam dah ni Kari Tulang & sayur campur tu... kalau kitorg tambah kicap sekali dlm nasi, licin sepiyok nasi 😆
ReplyDeleteNampak sedap tu kak
ReplyDeleteTapi baguuus juga pak inche bisa memasak. Suami saya tak bisa, kec masak telur goreng dan Indomie 🤣🤣. Di suruh masak cap cai ntah apa jadinya nanti 😄
ReplyDelete