Assalamualaikum WBT
DUA hari ini, Pak Inche ke KL kerana bertugas. Pertama, menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya petang ini. Yang kedua.. uruskan client dalam program Malaysia Hari Ini, esok pagi. Dia ajak Sk ambil cuti dan teman. Jadi hari ni, Sk ambik cuti tahun kerana nak menemankan Pak Inche. Disebabkan semalam cuti hari pekerja, Sk bagi cadangan untuk jalan-jalan ke Melaka dulu, jadi, taklah jauh sangat nak sampai ke KL.
Plan asalnya nak bertolak lepas subuh, rasa macam dah lama tak sarapan kat Muar. Tapi, memang tak lahhh, sebab baju pun belum sempat kemas kerana malam tu sampai rumah pun dah lewat lepas dinner kat Restoran YX. Dengan nak kemas pasir dan sediakan keperluan budak-budak bulus dalam rumah ni sebelum ditinggalkan, kan. Dari nak makan sarapan sate, kami sarapan nasi goreng baki hari tu dan telur separuh masak je. Pukul 11.40 baru nak masuk highway, hehehe. Berdua aje lah, Iman hari khamis ada kelas.
Kedai legend memang dah ramai kenal tu. kena cepat la kalau nak makan.
ReplyDeleteSK yang di tepi sekali yang pegang gelas tu ke?
ReplyDelete