MENJALA DI RUMAH, MAKAN DI KEDAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT


HARI tu kononnya nak makan Roti Jala dengan Kari Tulang (pasal nak habiskan kari tu), tapi Pak Inche kata, dia nak makan kat Restoran Al-Anisah. Sk balik kerja gigih eh menjala sebab nak bawa ke restoran tu. Biarlah Pak Inche aja makan, kita bawa bekal, hehehe.


Jala klasik aje, tak dan nak menggulungnya. Lipat-lipat macam mak kita ajar dulu-dulu, la. Dulu-dulu memang roti jala ni selalu dibuat, sebab tu kami adik-beradik semua terror menjala. Paling terror Cik Ani la, sampai boleh cari makan jual Roti Jala.



Tapi tu la, Restoran Al-Anisah tutup pulak. Pak Inche ajak ke Pak Mus Kitchen. Sampai jer, orang yang katanya tak nak Roti Jala tu la yang paling semangat buka bekal 😃.


Terpaling lapar bagilah kat Pak Inche.


Nampakkkk!


Pak Inche pesan Mee Bandung, Sk makan roti jala tu jer. Tapi, rasa tak sedap hati pulak, dahlah bawa makanan dari luar, takkan nak minta ais kosong aje, jadi kita pesanlah Teh Tarik dua cawan 😃.. hahahaha.. Alasan!! 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nasib baik owner kedai ok je bawak makanan luar hehe. Sedapnya roti jala dgn kuah kari tulang 🤤

    ReplyDelete
  2. sementara tunggu makanan sampai. yang ada depan mata...balun dulu..hihihi

    ReplyDelete
  3. nampak sedpa roti jala tu..mana gambau mee bandung nya....x aci ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!