Assalamualaikum...
APA khabar semua?
Sk di sini, dah seminggu batuk.. alahai..
sebenarnya, Sk dah laaaaaama tak kena batuk yang berlanjutan.
Biasanya kalau dah batuk tu, cepat-cepat Sk beli ubat batuk
macam Woods ke..
Kelapa Laut Africa ke...
Ibu dan Anak ke..
berserta dengan lozenge dari jenama yang sama
kadang-kadang Sk beli jer lozenge Strepsils untuk batuk
yang kertas pembungkusnya warna ungu muda tu
memang cepat jer batuk hilang
walaupun ubatnya belum habis
Entah kenapa kali ini
macam melarat pulak
huk huk huk
dah makan dua jenis ubat batuk
mujur demam yang Sk alami minggu lepas
tak melarat-larat
tapi tulah.. batuknya tak baik-baik
bertabah sahajalah..
Hemmm... ini aktiviti makan dua minggu lepas kot
Jumaat.. Iman dan sepupunya Izzat merancang nak main rollerblade
Sk dan ER pun hantarlah budak berdua ni
rupanya ada masalah sikit di sana
jadi mereka batalkan niat nak main tu
Kakak Sk pulak yang datang jemput
Sebab Sk dah ke bandaraya.. macam sesak aje jalan skudai tu nak pusing balik kan
Jadi, malam tu.. Sk ajak ER, Angah dan anak-anak
makan di Sarcasteak
dah beberapa kali Sk lalu di bangunan banglo lama hitam putih
yang terletak di hadapan Petronas, Jalan Datin Halimah
(google image) |
Sebagaimana namanya
Kebanyakan hidangan adalah goreng dan panggang
Sk ingatkan nak makan pasta
tapi rupanya tak ada
kita makan daging-daging sajalah ya
Hidangan utama di Sarcasteak
Harga berpatutan
Tempat yang moden, cantik dan selesa
serta agak privacy
Pilihan Sk
Meatball
Bebola daging bersos cendawan
dihidangkan bersama blueberry jam
dan kentang goreng berempah
Sup cendawan
Sk punya jugak ni
dihidangkan bersama roti bawang putih
Masa ni belum batuk
bukan main lagi lepas gian
Root Bir Float
hahahaha
Kecuali Sk, Indah dan Er..
semua malam tu makan kambing
setiap hidangan disertakan bersama salad, kentang dan roti bawang putih
memang kenyanglah
Indah makan Chicken Grill
lupa pulak nak ambil gambar pinggan Indah
sebab sampai paling lambat
semua orang dah sibuk makan
heheheheh
Sirloin Steak ER punya
Haaa.. tukang bayo kenalah ambil yang paling mahal
tak gitu Pak Inche???
Semoga Allah swt menambah dan melimpahkan lagi rezeki
Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Pasal makan semua happy!
Imannnn..
ni kalau mak mertua lalu pun tak sedar ni
hahahaha
Angah
nilah kawan gaduh dan kawan main masa kecik
jarak umur kami setahun je
sehinggalah Sk berusia lima tahun baru dapat adik
jadi memang kami berdualah sahaja ke mana-mana
siapa kawan Angah, kira kawan Sk jugaklah.. hahaha
tapi kalau bergaduh.. macam naga ngan rimau
dulu larrr
sekarang dah insaf.. muahahha.
Okeylah.. hingga jumpa lagi
dengan cerita makan yang lain.
Wassalam.
Masa kecik main-main pun kadang berakhir dgn gaduh-gaduh. Biasalah tu tapi berkawan balik
ReplyDeleteDah tetua ni kalau gaduh lain macam SK.
Kakak selalu lalu tak pernah singgah sini lagi.
lain macam bunyi nama restoren nya yer... mujur ejaan belakangnya ada steak.. barulah terbayangkan makanan..hihi..
ReplyDeleteSelalu juga lalu Jln Datin Halimah ni, tapi belum pernah singgah lagi tempat makan ni.
ReplyDeleteNanti boleh cuba try test makan.