MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, January 16, 2018

NASI AYAM HAINAN

Assalamualaikum...

DAH beberapa minggu tak ke pasar.  Kalau nak beli lauk pun,  Encik Rizar selalunya akan pergi sendiri ke Pasar Tani atau pasaraya berhampiran rumah.  Jadi taklah beli banyak-banyak sebab tak banyak pilihan.  Semalam,  ER kata nak beli ayam aje untuk masak makan malam.  Lalu Sk pesan,  belikan sekali salad.  Sekali otak dia yang bergeliga tu terus cadangkan untuk Sk masak nasi ayam.  Ya ampunnnn..  Baru nak lunjur kaki balik kerja dah kena masak nasi ayam pulak.  Walaupun ramai yang kata nasi ayam ni mudah memasaknya namun bagi Sk ia agak renyah.  Nak kena rebus ayam dulu,  baru boleh masak nasi dan sediakan sos kicapnya.  Sabar ajelahhhh... 

Jadi,  sementara tunggu ER balik bawa ayam,  maka Sk sediakan rempah ratusnya dulu. 
Kopek dan hiris bawang dan halia siap-siap letak tepi.  ER sampai aje terus Sk capai ayam yang Sk suruh potong empat,  cuci dan masukkan dalam periuk noxxa bersama hirisan halia. Sk pilih butang HP selama 12 minit sahaja. Sambil tunggu tu,  Sk siapkan salad,  timun, tomato dan cuci beras siap-siap.  Rendam beras sementara tunggu noxxa siap.

Ayam yang siap direbus,  kena keluarkan cepat-cepat dari periuk dan masukkan dalam air sejuk untuk menghentikan proses memasak. Bila dah sejuk tu,  kita curahlah minyak bijan dan kicap cair.  Kemudian bolehlah hidangkan ayam bersama salad. 

Lebihan minyak bijan dan kicap cair tu,  campurkan sedikit kicap pekat dan air,  kacau rata untuk dicurahkan atas ayam masa nak makan nanti. 

Untuk nasi,  Sk panaskan lemak ayam bersama buttercup kemudian tumiskan hirisan bawang merah dan putih serta halia dan sedikit rempah tumis.   Toskan beras dan goreng sekejap bersama bahan tumis tadi kemudian masukkan dalam periuk nasi.  Tambahkan air rebusan ayam mengikut sukatan biasa masak nasi. Jangan lupa letak garam,  hehehe. 

Sambalnya pula Sk kisar halus lada merah dan dua ulas bawang putih,  kemudian masak atas api.  Masukkan sedikit air,  jus limau,  cuka,  garam dan gula.  Siappppp!! 

Sorrylah..  Malas nak ambil gambar satu set nasi ayam sebab malas,  hehehe.  Yang penting ER kata sedap sangat..  Makan sampai tergeleng-geleng kepala ko!! 

Sunday, January 14, 2018

MAKAN DI DULANG LIMA CAFE

Assalamualaikum...

BURPPP!  Alhamdulillah..  Baru lepas menikmati santapan tengahari yang Sk tapau di kantin kolej.  Pilihan Sk hari ni,  nasi putih bersama asam pedas ikan mayong besar 2",  sayur bunga kubis goreng dan sambal belacan.  Semuanya baru RM5.50. Nikmatnya makan pedas di kala perut sedang lapar dengan cuaca sejuk-sejuk macam ni..  Hehehhe.

Lalu teringatlah peristiwa Khamis lepas,  Sk bersama kawan-kawan sekerja mengubah citarasa, makan di luar kawasan. Destinasi kami adalah Dulang Lima Cafe yang terletak di Jalan Simbang,  Taman Perling. Teringin pulak nak mencuba hidangan di sini dalam suasana dulu-dulu katanya,  gituuuu.

Kami sampai awal juga,  hanya beberapa meja diduduki pelanggan.  Kebanyakannya seperti keluarga.  Makin lama,  makin ramai yang datang,  kali ini kebanyakannya merupakan rakan sepejabat mungkin. Terkejut jugak sebenarnya bila baca menu. RM32 untuk dua orang makan iaitu semangkuk masakan gulai,  dua ketul ayam goreng atau ikan keli goreng,  sepiring ulam dan sambal belacan. Maklumlah,  macam Sk cerita tadi,  biasa Sk makan tengahari dengan dua lauk asas tak sampai RM6 pun,  hehehhe. 
Setelah berbincang dengan teman-teman,  kami memilih hidangan asam pedas ikan pari bersama ayam goreng,  ulam dan sambal belacan serta dua nasi putih (Sk datang berempat) 
Sk juga meminta tambahan Bendi Goreng (RM5 sepinggan) 
Haa..  Dalam gambar tu cencaluk kan sebab dia salah hantar. 
Betul-betul rasa macam kembali ke zaman kecik makan kat rumah nenek ayah duduk tepi tingkap.  Cuma sudu jer bentuk tak sama,  hehehe. 
Asam pedas ikan pari yang terlalu masam di tekak Sk. Bila tanya Kak Imah yang duduk sebelah dia kata okey.  Lepas tu tanya dengan Naza, dia kata masam. Lepas tu Kak Min kata nak tambah kuah,  dah tambah kuah dia berhenti makan pulak,  yang pelik kuah tambah yang datang rasa manis,  errrr. 
Bendi goreng yang tak mengecewakan dan sememangnya gandingan serasi untuk asam pedas. 

Pakej Asam Pedas RM32
(2 potong ikan pari, 2 ketul ayam goreng,  sepiring ulam,  sepiring sambal belacan) 
Bendi Goreng RM5
Nasi Putih 2 RM4
Tambah kuah RM3

Jumlah RM44
Bahagi 4 orang seorang RM11.

Okeylah tu..  Bukan selalu... 

Selain tu ada juga masakan lain seperti masak lemak cili api dan masak tempoyak. 
Ada juga hidangan ala carte seperti nasi ayam penyet dan hidangan mee. 

Jika anda inginkan kelainan dan suasana 70-an ketika menikmati hidangan,  bolehlah singgah ke sini mengimbau nostalgia. 

Monday, January 1, 2018

MAKAN DI GOKAKO MALAYSIA, PARADIGM MALL JB

Assalamualaikum...

ANDA dah pergi ke Paradigm Mall yang kini dibuka di Taman Bukit Mewah,  JB? Warga Johor dan Singapura tentu ramai yang dah sampai ke sini,  kan.  Rasanya sejak Paradigm mula dibina ramai yang tertunggu-tunggu bila ianya akan siap dan dibuka.  Termasuklah Sk,  hehehehe.

Akhirnya Sk berkesempatan jugalah ke sini.  Amboiiii..  Bukan main besar dan banyak cabang.  Ada beberapa kawan yang mengadu sesat sebab keliru. Ada juga yang tak keluar-keluar sebab shopping sampai tak ingat dunia,  keh keh keh. Dah puas shopping maka perut pun lapar dan mata pun rambang tak tahu nak makan di mana? Jomlah kita ke Restoran Gokako Malaysia yang terletak di aras 4 Paradigm JB.

Kalau nak tahu, Gokako Malaysia merupakan Restoran Ayam Panggang berunsur tempatan yang pertama di Malaysia. Ia merupakan restoran francais jenama Malaysia yang mengutamakan perasaan rakyat berbilang kaum di negara kita. Tidak hairanlah hiasan dalamannya  serta menu yang dihidangkan menggunakan unsur-unsur kaum sebagai asas.
Semua bahan makanan adalah melalui pertimbangan, kawalan dan keselamatan yang tegas serta bahan yang sihat dan segar. Makanan di Gokako adalah halal dan sesuai untuk semua kaum.

Gokako merupakan fusion makanan tempatan Malaysia yang inovatif dan kreatif dengan ciptaan yang berani dan baru dari resipi yang unik dengan rempah-rempah yang berbeza untuk melahirkan ayam dan makanan yang berkualiti dan lazat.
Signature Gokako ayam yang panas dan rangup itu pasti membuatkan air liur anda meleleh.
Aaaaaaaa...  Jom masuk!
Tuuuu dia!  Pasal makan laju sungguh Iman.
Ialah,  kalau pergi mana-mana mall asyik jumpa tempat makan yang serupa aje tapi bila nampak Gokako ni terus rasa ada kelainan sebab tak ada di tempat lain. Ia merupakan restoran ayam panggang berkonsepkan masyarakat majmuk di Malaysia. 
Sk diberitahu,  nama Gokako itu sendiri di ambil dari tiga perkataan setiap satu iaitu
 dalam Bahasa  Melayu - Goreng  Bahasa Cina - Kao dan Bahasa Tamil- Koli 
iaitu goreng,  bakar dan panggang.  Menarik,  kan! 

Dah..  Dah..  jom kita pilih menu apa nak pesan.  Lapar giler dah penat shopping,  hehehe. 


Mula-mula kita tengok Appetizer dululah kan.
Semua nampak sedap maklumlah tengah lapar penat berjalan, beli barangnya adalah sikit, hehehe.


Orang kata, kalau nak sihat kenalah pilih makanan sihat.
Sk memang dah terbiasa sebelum makan mesti nak kunyah salad atau buah dulu.
Jadi, kita pilih Caesar Salad. Potion besar ni, empat lima orang makan pun boleh tau.
Sedap pulak tu, berebut-rebut makan, hehehe.


Favourite Iman ni, Tortilla Chips with Salsa.
Siapa yang biasa baca blog Sk tentu perasan, ini adalah antara menu appetizer yang selalu menjadi pilihan Sk.


 Tortilla Chips yang dipanggang rangup dan dicicah dengan salsa tomato yang segar.
Salsa Tomatonya mendapat sentuhan citarasa India dengan sedikit rasa berempah.
Satu gabungan yang mantap bagi peminat salsa macam Iman.


Terdapat tiga hidangan main dish yang boleh anda pilih dari senarai menu.
Disebabkan suka pedas, Iman pilih Gokako Spicy Chicken manakala untuk side dishnya kita boleh pilih dua dari lima side dish yang disediakan. 
Iman terus pilih Mashed Potato dan Coleslaw.


Tengoklah Iman punya happy bila dapat makan makanan kegemaran dia.
Kalau nak tahu, Iman ni celik aje biji mata dia dah fikir pasal dinner, kah kah kah.


Suapan pertama terus dia terbeliak mata sambil senyum lebar.
Suka sangat dengan rasa ayam panggang tu yang meresap sehingga ke dagingnya sebab biasa kalau beli ayam panggang, rempah ratusnya rasa kat kulit aje lebih.


Yang ini pula kita makan dengan nasi dan jagung.
Sungguh satu gabungan yang mantap. Sampai terpejam-pejam mata di sebalik setiap suapan.
Diet? Tolak tepi dulu, hehehehe.


Oh ya! Kalau yang datang ramai-ramai tu, boleh juga ambil Combo Set ni tau.


Kalau datang lagiiiii ramai, ambil combo set yang ini. Boleh makan sehingga 6 orang.
Berbaloi, kan!


Eh! Eh! Ada orang nak pizza pulak laaa...


Teringin nak mencuba sesuatu yang lain dari yang lain?
Zicasa Pizza.. Crust yang nipis, rangup dan gebu di'topping' pula dengan Coconut Gula Melaka.
Rasa manis-manis masin, Iman macam biasa.. suka.. senyum sampai telinga, hahaha.


Kalau rasa nak makan burger, burger pun ada tau.
Setiap hidangan burger dihidangkan bersama kentang goreng yang sangat sedap, rangup, gebu dan berempah.


Haaa.. tengok kentang goreng ni, gebu giler kan.
Tak kisahlah kalau lepas ni makin gebu ke apa, kan kan kan.
Hidup biar sedap, kata iklan tu, hehehe.


Sambil makan-makan, kita cuci tekak dengan Pumpkin Soup ni.
Lemak berkrim dan pastinya ada penggemar yang tersendiri.
Sk la tu, sape lagi.. hihi.



Dan, anda boleh juga mencuba Chicken Platter ini yang dihidangkan bersama Masala Fries.
Setiap hidangan ayam berlainan perisa dan setiap perisanya menjanjikan pengalaman berbeza.
Ha... inilah dia Gokako!
Goreng! Bakar! Panggang!




Minuman di sini pun sedap luar biasa.
tak percaya, sila cuba.
Kalau nak cantik dan awet muda, boleh cuba minum air rose dengan taburan kelopak mawar kecil ni.


Sekiranya nak adakan jamuan tertutup
Gokako juga menyediakan ruangan khas untuk tujuan tu.


Cantikkan dekorasi restoran ni.
Interior designer dia memang awsome lah!


Berapa orang pun yang datang, anda pasti mendapat layanan sempurna dengan tempat duduk yang selesa.

Image may contain: pizza, text and food

Kebahagiaan tak boleh dibeli
tapi alangkah bahagia kalau dapat makan pizza, kan kan.
Setiap pembelian pizza di Gokako anda boleh dapat satu minuman ringan percuma.


Sekarang ni, Gokako sedang mengadakan promosi istimewa sempena pembukaan restoran.
Pehhhh!!! Kena pergi lagi ni.


Yang ini lagi berbaloi3!!

Image may contain: drink

Kalau anda ke sini, jangan lupa untuk check-in tau.
Lepas tu boleh dapat voucher minuman 50% potongan harga pada kunjungan yang akan datang.

Caranya :
1. Like Gokako Malaysia's page DI SINI.
2. Ambil gambar & check-in FB akaun anda.
3. Hashtag #gokakocheckinpromo
4. Tunjukkan pada cashier semasa pembayaran.

Jom ke Gokako Malaysia sekarang.

Alamatnya :
Lot 4F-49, Level 4, Paradigm Mall,
Taman bukit Mewah, 81200 Johor Bahru.

Datang jangan tak datang!

NASI AYAM HAINAN

Assalamualaikum... DAH beberapa minggu tak ke pasar.  Kalau nak beli lauk pun,  Encik Rizar selalunya akan pergi sendiri ke Pasar Tani atau...