Assalamualaikum WBT
LEPAS check out dari Bertam Resort Penang, kami balik semula ke Kuala Ketil mengikut jalan lama. Dekat sangat, dalam setengah jam jer berbanding jika ikut lebuhraya. Walaupun BRP tu dekat dengan plaza tol, tapi nanti kena keluar pulak dekat Plaza Tol Sungai Petani, lagi jauh nak sampai Kuala Ketil. Tu Sk cakap dengan PI, lain kali balik kampung, kita duduk BRP jer, duduk SP lagi jauh. PI senyum jer, aaa.. macam ada harapan boleh repeat, hahaha. Oh, hari tu, masa datang, kak tak ada sebab ke Putrajaya buat pemeriksaan susulan dari rawatan kanser sebelum ini. Alhamdulillah, kak dah bebas kanser dan tak ada simptom baru. Doktor juga telah pindahkan kak semula untuk buat temujanji pemeriksaan akan datang di Hospital Sungai Petani.

Setiap kali balik KK, mesti ada kucing kak yang terbaru. Ada aje orang buang kucing depan rumah. Sk kata, agaknya depa nampak ada rumah kucing kat laman, tu yang depa ingat situ rumah kebajikan kucing, hehehehe. Yang ni pulak manja kemahen, dahlah muka dia sebijik muka
Vester, anak bongsu kesayangan PI, hehehe.
Jadinya, kami pilih ke Restoran Mak Jah. Dekat Kuala Sepetang ni, memang banyak Restoran Mee Udang ya. Mak Jah la, Mak Teh laaa. Dua tiga tempat jugak kami pernah makan. Yang banyak kali makan dekat Salleh Stall dan Mak Jah ni la.
Boleh baca old post di bawah
Rupanya, dah hampir 6 tahun tak singgah Kuala Sepetang ni makan Mee Udang. Sunyi restoran, agaknya sebab bukan hujung minggu.
Kiri kanan kami tak ada pelanggan. Tapi, di sebelah sana, ada satu meja penuh. Tak lama, datang satu van pulak duduk kat meja ni.
Tengok tu, PI sekarang rajin eh post gambar masuk dalam status whatsapp, entah nak tunjuk kat sapelah tu? Hahaha. Oh, sejak dua menjak ni, kami selalu pesan makanan dan minuman yang sama. Yang ni, kami dua-dua pilih mee kuning. Selain mee kuning, anda boleh pilih kuey teow dan bihun. Bagi Sk, mee kuning yang paling serasi jika nak masak mee udang.
Ada mee di sebalik udang. Udangnya 5 ekor, tak begitu kecil dan tak besar jugak. Kalau nak senang kopek udangnya, pindahkan dalam pinggan alas mangkuk tu. Udangnya mudah dikopek menandakan ia udang segar. Udang jugak dah dibuang janggutnya, tak la panjang macam zaman mula-mula kami makan kat sini dulu.
Semangkuk Mee Udang ni RM15. Bukan sahaja bilangan udang berkurangan, harganya juga berganda. Cuma dia sekarang ada satu pilihan sahaja, tak ada yang special macam sebelum ni. Kuahnya pekat dan bagi Sk sedap cuma dia macam ada rasa yang tak selesa di tekak, tak pasti perisa seperti msg atau stok udang tu sendiri. Namun begitu, ia tidaklah mengecewakan. Agak-agak orang Perak khasnya orang Taiping, hari-hari kome makan Mee Udang tak?
Nampak teo panas, itu lah yang saya oder ..minuman ni detok
ReplyDeleteSA baru sebut dan share resepi Mee Udang, sekali SK dah belanja gambar ha...dapnya...dah takde yang special..semua sama aje...alaaaa.....
ReplyDeleteCie baru je buat mi udang weekend baru ni. Takdan nak share resipi lagi. Baru pertama kali buat alhamdulillah menjadi.
ReplyDeleteBalik Taiping asyik tak sempat je ke sini. Pernah dua kali je dulu2.
ReplyDeleteDekat 6 tahun tak datang, tapi Sk masih ingat udangnya tak buang janggut ya 😄
ReplyDeletePernah makan sekali je dulu, mee udang Mak Jah Kuala Sepetang ni. Waktu kami pi, ramai orang. Kuah dia, rasa macam sos je, biasa je la, waktu tu. Sejak tu, tak repeat lagi.
ReplyDeletePI x jumpa jalan shortcut tu from SP to Kuala ketil...kalo jumpa jalan shortcut x la jauh sgt...
ReplyDeleteSelama ke Utara belum pernah singgah sini. Mi udang Mak Jah memang popular di Kuala Sepetang ni. Banyak perubahannya selepas 6 tahun tak ke sini ye.
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga kakak PI sihat² selalu...
ReplyDeletePernah sekali makan mee udang mak jah ni. En suami cakap nak repeat sampai skrg tak repeat² lagi huhu ...
Paatutnya bilangan udang kurang, harga pun kurang lah kan?
ReplyDeletesuka mee udang tp yg original kt kuala sepetang tk pernh try lg...ada cawangan kl dlu pernh cuba tp tk menepati citarasa..tk silap mcm dh tutup
ReplyDeletePernah makan di sini sekali.. mmg sedap makan di sini.. tak sah kalau ke kuala sepetang tak singgah ke sini.. 😎
ReplyDelete