NASI AYAM HAINAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Assalamualaikum...

DAH beberapa minggu tak ke pasar.  Kalau nak beli lauk pun,  Encik Rizar selalunya akan pergi sendiri ke Pasar Tani atau pasaraya berhampiran rumah.  Jadi taklah beli banyak-banyak sebab tak banyak pilihan.  Semalam,  ER kata nak beli ayam aje untuk masak makan malam.  Lalu Sk pesan,  belikan sekali salad.  Sekali otak dia yang bergeliga tu terus cadangkan untuk Sk masak nasi ayam.  Ya ampunnnn..  Baru nak lunjur kaki balik kerja dah kena masak nasi ayam pulak.  Walaupun ramai yang kata nasi ayam ni mudah memasaknya namun bagi Sk ia agak renyah.  Nak kena rebus ayam dulu,  baru boleh masak nasi dan sediakan sos kicapnya.  Sabar ajelahhhh... 

Jadi,  sementara tunggu ER balik bawa ayam,  maka Sk sediakan rempah ratusnya dulu. 
Kopek dan hiris bawang dan halia siap-siap letak tepi.  ER sampai aje terus Sk capai ayam yang Sk suruh potong empat,  cuci dan masukkan dalam periuk noxxa bersama hirisan halia. Sk pilih butang HP selama 12 minit sahaja. Sambil tunggu tu,  Sk siapkan salad,  timun, tomato dan cuci beras siap-siap.  Rendam beras sementara tunggu noxxa siap.

Ayam yang siap direbus,  kena keluarkan cepat-cepat dari periuk dan masukkan dalam air sejuk untuk menghentikan proses memasak. Bila dah sejuk tu,  kita curahlah minyak bijan dan kicap cair.  Kemudian bolehlah hidangkan ayam bersama salad. 

Lebihan minyak bijan dan kicap cair tu,  campurkan sedikit kicap pekat dan air,  kacau rata untuk dicurahkan atas ayam masa nak makan nanti. 

Untuk nasi,  Sk panaskan lemak ayam bersama buttercup kemudian tumiskan hirisan bawang merah dan putih serta halia dan sedikit rempah tumis.   Toskan beras dan goreng sekejap bersama bahan tumis tadi kemudian masukkan dalam periuk nasi.  Tambahkan air rebusan ayam mengikut sukatan biasa masak nasi. Jangan lupa letak garam,  hehehe. 

Sambalnya pula Sk kisar halus lada merah dan dua ulas bawang putih,  kemudian masak atas api.  Masukkan sedikit air,  jus limau,  cuka,  garam dan gula.  Siappppp!! 

Sorrylah..  Malas nak ambil gambar satu set nasi ayam sebab malas,  hehehe.  Yang penting ER kata sedap sangat..  Makan sampai tergeleng-geleng kepala ko!! 
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wow tergoda baca ayat, terasa nasi ayam hainan tu di dalam mulut. hehehehee ^_^

    ReplyDelete
  2. lizz pun suka nasi ni..kadang kala ade masak kat rumah i.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!