Assalamualaikum WBT
SALAM MAALHIJRAH 1447.
Selamat menyambut tahun baru dengan penuh azam agar kita menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga amal ibadah bertambah seiring dengan usia yang juga bertambah, Amiiinnn YRA.
Hari ini juga merupakan hari cuti am sempena awal Muharam. Bila cuti, banyaklah kerja kat rumah nak buat. Sebelum tu, Sk nak blog kisah sebelum pergi Penang, nak menghabiskan saki-baki bahan mentah dalam esbox. Tambah lagi dengan malas nak bersiap makan kat luar, maklumlah, kita ompompuan ni bukan setakat nak sarung baju dengan seluar, kan, hihi. Jadi, Sk masak sambal sotong, sambil menghabiskan jugak stok cili dan bawang kisar.
(Macam meleret-leret pulak cerita sambal sotong aje pun)
Lepas tu goreng udang 4 ekor. Sebenarnya udangnya tinggal 6, Sk goreng 4 aje, bakinya goreng esoknya pulak. Kira makan sambal sotong dengan udang goreng ni untuk dua kali. Tu pun tak habis jugak ya, Sk bawa pulak bekal ke pejabat. Begitulah.. apa yang ada kita jangan membazir, selagi tak basi, kita makan, burppp.. Alhamdulillah.
Betul tu...selagi x basi makan aje...syg kalau dibuang..beli dengan duit kan..bukan beli ngan daun
ReplyDeleteItulah kisah nya..penat masak tapi asyik tak habis je...hahaha
ReplyDeleteAamiin...
ReplyDeleteYe benar Mak Inche'. Makanan yang ada jangan bazir. Simpan, esok esok panaskan boleh makan lagi.
Salam Maal Hijrah.
sama la kat umah ni rasa macam masak sikit dah tapi tak habis juga duk keluar masuk peti ais
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah SK...sedap tu sambal sotong..
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah... Hari ni masak sotong juga tapi sotong masak asam.. hihi..
ReplyDeleteMenarik warna sambal sotong tu.
ReplyDeleteSAlam maal hijrah dan selamat makan sotong
ReplyDeletekalau ada nasi + sambal sotong + kicap cukup dah utk sy kekenyangan ni hehe
ReplyDelete