MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, February 12, 2018

MENU WOW DI GOKAKO MALAYSIA

Assalamualaikum...

MAKAN LAGI!

Ni jer cerita yang best.  Nak cerita pasal jalan-jalan macam tak adalah berjalan sangat.  Asyik pergi kerja balik kerja..  Pergi kerja balik kerja.  Kerja pula melambak-lambak sampai tak tahu mana satu nak dibuat dulu.  Stress dibuatnya tapi kita istighfar banyak-banyak.  Walaupun nak aje dijeritkan tapi sejak menjak dah berusia ni Sk memang agak cool sikit. Sabar tu paling utama,  kalau tak sabar maka takut hilang sebahagian iman yang memang dah nipis macam kulit bawang ni,  huhuhu.

Haaa..  Inilah antara favourite restoran Sk setiap kali singgah di Paradigm Mall,  JB.
Sebab apa,  ia adalah satu-satunya restoran yang menghidangkan ayam panggang berkonsepkan menu satu Malaysia. 
Seperti yang pernah Sk beritahu sebelum ini,  Gokako itu sendiri membawa makna bagi tiga cara masakan kaum utama di Malaysia. 
Kali ini Sk datang untuk mencuba menu baru di Gokako..  Apa dia?  
Jommmmm kita masuk! 

Kini,  individual set di Gokako lebih menarik di mana anda bukan sahaja boleh memilih ayam panggang,  malah anda juga ditawarkan hidangan ayam goreng,  burger dan pizza.  Ini semua adalah individual set yang didatangkan bersama side dish yang berbeza termasuklah jus buah-buahan. 
Terdapat tiga perisa jus yang boleh anda pilih iaitu mangga,  roselle dan epal hijau. 
Ketiga-tiga jus sarat dengan rasa buah yang pastinya dapat menghilangkan dahaga setelah penat mengukur luas keluasan Paradigm Mall..  Kahhhhh! 
Kalau anda sukakan ayam goreng,  maka individual set A ini memang sesuai untuk anda. Anda boleh pilih ya,  sama ada nak flavor berempah,  gula melaka atau original untuk ayam goreng anda.  Siapa yang tak geram kan tengok peha ayam yang gebu-gebu macam tu.
Ayam goreng ini dihidangkan bersama nasi dan acar.
Atau anda sukakan burger,  pilih set burger ni.  Jangan takut dengan warnanya kerana ia selamat untuk dimakan dan mematuhi peraturan makanan di Malaysia. Pun ada tiga perisa iaitu original, spicy dan gula melaka didatangkan bersama pumpkin soup dan sweet potato fries yang digoreng rangup yang tidak akan anda jumpa di tempat lain. 
Anda suka pizza? 
Maka anda boleh pilih set pizza ini yang juga dihidangkan bersama pumpkin soup dan sweet potato fries. 
Terdapat dua pilihan perisa pizza di gokako iaitu gula melaka dan nasi lemak. 
Apa?  Nasi lemakkkk?? 
Pizza nasi lemak..  Ada brani?? 
Percaya tak jika Sk kata Sk sukakan pizza ini kerana ia mempunyai rasa nasi lemak yang betul-betul sedap.  
Lengkap pula dengan hirisan timun dan telur rebus serta taburan kacang tanah dan ikan bilis,  memang sungguh awsome lah! 
Sambil makan pizza,  kita hirup pulak pumpkin soup ni,  memang terangkatttttt! 
Kalau nak juga ayam panggang,  eh apa salahnya order lagi. 
Nahhhh!  Sk belanja dua set ayam panggang ni,  makan sampai habis tau,  hehehe. 
Yang kat atas tu perisa original dan yang bawah tu spicy. 
Sk tahu...  Anda pilih yang spicy kannnn..  
Samalah dengan Sk. 
Kepedasannya meresap sehingga ke isi walaupun tanpa mencicah sosnya dan ia sememangnya memenuhi citarasa Sk. 
Setiap hidangan ayam panggang akan datang bersama gokako rice dan acar termasuklah jus yang Sk cerita mula-mula tadi. 
Nasi tu setiap perisanya lain-lain tau iaitu pandan,  kunyit dan beetroot.
Tapi kalau datang ramai-ramai,  apa kata anda mengambil kombo set yang lebih jimat ni. 
Memang berbaloi-baloi sebab semua makanan anda dapat rasa dan nikmati bersama. 
Paling best yang bawa anak-anak kecil tu,  tahulah dorang tu bukan nak makan sangat kan..  Makan sikit, mainnya lebih,  heheh. 
Bagi jer dorang berejin dalam playground ni. 
Hati senang perut pun kenyang..  Tak gitu. 

Dah..  Dah.. 
Jom kita ke Restoran Gokako Malaysia
Aras 4, Paradigm Mall,  JB. 

Jom!!! 

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

JALAN-JALAN CUTI CNY 1

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH..  dah dua hari Sk kembali bertugas selepas mengambil cuti panjang sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. ...