MAKAN KENDURI, PUTU MAYAM STATION & BUBUR NASI NO 1

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT


MALAS betul ya nak kemaskini blog sekarang. Tengoklah, semalam pun tak update padahal sebelum ni kalau hari sabtu tu, pagi-pagi dah masukkan entri sarapan, hihi. Tengoklah kelmarin, cuma masukkan gambar jer masa blog tentang Rumah Kayu 1953 tu. Entah apa tah jadi pemalas sangat tu tak tahulah. Mungkin tanda-tanda nak bersara jadi blogger kot, hahahah. Ni nak letak tajuk apa pun tak pasti masa mula menaip ni sebenarnya.



Kita cerita pasal semalam la ya. Kami ada jemputan pengantin di Eco Palladium, Kira-kira 50 minit perjalanan dari rumah. Tu takpa, PI perlu bertugas perlawanan Liga JDT vs Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim. Jadual perlawanannya pukul 5 dan biasanya PI akan keluar rumah dua jam awal untuk tempoh bertenang, hahaha. Jadinya kenalah pergi pengantin awal. PI kata, gerak pukul 11.30. Pagi tu PI ajak sarapan dekat Restoran Thoufeeq tapi Sk rela masak sarapan dari keluar dua kali. Maka terjadi mihun goreng dan telur separuh masak untuk sarapan. Mihun goreng letak udang dan sotong.




Pukul 12.30 sampai tempat kenduri Majlis Perkahwinan anak kawan PI yang kami panggil King. Ini kali kedua menerima jemputan dari King. Kali pertama dulu juga diadakan di Bizmilla Wedding Hall Eco Palladium yang Sk blog DI SINI.


Buat pasangan mempelai 

Raja Nur Haziqah dan Imran Hafiz


BAARAKALLAHU LAKA WABAARAKA ALAIKA WA JAMA’A BAINAKUMA ALA KHAIRIN

Semoga Allah memberkahimu dan juga memberkahi isterimu serta mengumpulkan kalian berdua pada kebaikan. Amiiinnn YRA.



Menu utama ada Nasi Beringin dan Nasi Putih juga. Lauk-pauknya ada Dalca Sayuran, Pajeri Nenas, Ayam Masak Rose, Ikan Dory Masam Manis dan Kambing. Tapi, kambing masak apa, lupa.. hihi. Selain tu ada Laksa Johor jugak, Sk geram jer tengok tetamu semeja makan LJ tapi malas pulak nak ambil di buffet line sebelah sana.



Ada Bread Butter Pudding, ni rajin ambil sebab dekat dengan meja kami duduk.Pi kemudian merajinkan diri ambil buah tembikai dan bubur kacang hijau.



Faham-fahamlah kalau PI yang tolong snap pic, memang asbol jer la. Angin kuat dekat Eco Palladium ni. Pakai baju baru, beli kat Tik Tok, RM39.90, hihi. Shawl tu ready made tapi beli dah lama sebelum ni kat TT jugak, RM11.90.

Asbol : asal boleh



Masa dalam perjalanan balik, ternampak Restoran Putu Mayam Station ni, terus singgah. Beberapa kali PMS ni fyp di Tik Tok, jadi walaupun kenyang makan kenduri, kenalah singgah jugak.



Putu Mayam ni kategori street food, kan. Pertama kali rasanya jumpa restoran jual putu mayam sebagai signature dish. Sk tak pastilah sejak tahun 1980 tu mereka meniaga di mana. 



Kami kongsi satu set Putu Mayam. Cuaca panas tapi macam tak kena pulak makan putu mayam dengan minuman sejuk.



Satu set ni ada tiga keping. Putu mayam tak besar tapi tebal dan gebus. Lembut jer dan memang sedaplah makan suam-suam panas gitu. 



Nak lagi puas, tabur terus kelapa dan gula timbang (gula merah) atas putu mayam. Susah nak jumpa putu mayam makan dengan gula timbang sekarang. Kalau yang jual atas motor tu, biasa mereka bagi gula perang.



Hantar gambar dekat grup, Angah terus kirim 5 bungkus. Selain putu mayam ada jugak mi goreng mamak dan pasembur. Kalau ada cendol lagi best.



Meh tengok gelagat anabul kat rumah semalam. Diam tak diam dah lebih setahun bela anak yang jumpa bawah tangga asrama ni. Tengok tu tengah berangan apa tataw.



Yummy yang suka menyendiri dan layan perasaan sekor-sekor, hehe.



PI balik bola mengadu lapar. Dia ajak pergi makan buburrrrr. Jomlah kita, Sk sebenarnya memang teringat-ingat Bubur Nasi No 1.



Kami pesan bubur seorang semangkuk. 



Gaul semua lauk dalam semangkuk bubur nasi, itulah cara kami menikmati bubur berlauk. Lepas makan, PI ajak pergi pasar borong tapi Sk malas. Balik rumah tidur lagi syokkk, hahahaha.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!