AKHIRNYA... hari ni berjaya gak menyajikan sajian ala western untuk sambut ulangtahun Yaya yang ke-9. Walaupun dah happy belated, tapi Yaya tetap puas hati sebab permintaannya supaya bondanya ni buatkan kek hari lahir telah terlaksana.
Sebenarnya, hari ni memang 'gamble jer' buat birthday Yaya ni memandangkan rancangan yang sebenar dah jauh tersasar. Lagipun bukan ada jemput sesapa, cuma adik beradik dengan ibu jer, itupun masih tak cukup korum pasal Along kat Melaka dan Wawa kat KL. Kalau ikut perancangan,memanglah nak buat birthdaynya hari ni tapi tiba-tiba Khamis lepas dapat surat menyatakan hari ini merupakan hari persekolahan ganti sempena cuti Tahun Baru Cina. Nak buat malam, En Rizar pula kena cover perlawanan bola antara 'sapa tah' (tak pernah ambil tahu pun) di Stadium Larkin. Jadi plan A diganti dengan plan B, buat pada hari Ahad.
Tetapi, benarlah, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalo-galonyo. Seluruh sekolah di negeri Johor telah ditutup kerana pemergian baginda Sultan Iskandar ke Rahmatullah. Tapi plan B gak kena pakai pasal En Rizar pulak kena kerja, tempahan iklan takziah dan telefon berdering-dering, cukup memenatkan. Saya yang dengar pun penat, sebab tu apabila hari ni dia buat muka toya, saya buat tak tau jer, dah faham dah, pressure lah tu..
Tapi tiba-tiba terlintas nak buat birthday Yaya malam. Benda ni tiba-tiba jer terlintas di atas batu jemala saya. Dahlah bangun pagi tadi saya termenung dok fikir apa nak buat dengan roti yang dah 'expired' tiga hari tu. Mmm.. buat puding roti boleh kot (tak penah buat pun). Lalu saya ambil roti yang ada lima enam keping tu, (lupa nak kira) saya masukkan terus dalam loyang dan saya tuang lebihan 'filling' tart telur minggu lepas. kemudian saya tuang pulak susu cair, susu segar.. belasah jer. Tabur gula perang, badam cincang dan bintang warna-warni tu, bakar dekat-dekat 1 jam dan jeng.. jeng.. inilah hasilnya.
Untuk makan tengahari pula, saya masakkan Yaya ayam percik US.. hehe, sebab ambil resepi dari orang yang duduk kat US tu.. huhu. Tapi tak masak nasi.. ratah ayam jer.. jadi meow-meow.
Saya mula buat kek lebih kurang pukul 1, kek apalagi kalau bukan favourite Yaya, kek lapis cream cheese. Suka hatilah Yaya, janji sedap. Tapi agaknya pasal asyik buat kek ni jer, dah macam takde hati nak makan pulak.
Mungkin kepenatan agaknya sebab selain daripada tu, saya buat gak 'Apple Pie'. Boleh tahanlah, rasa intinya sebijik macam McD punya cuma kulitnya agak keras di bahagian tepi, mungkin sebab saya kelim agak tebal. Tapi bahagian tengah rangup, cuma saya rasa lain kali kalau dapat buat terus makan masa suam-suam tu mesti syiok!
Lepas tu saya masak lasagna. Pasal dah biasa buat 'spagetti bolognese' dan 'carbonara' jadi saya tak ada masalah menyediakan 'filling'. Tapi saya gagal menyediakan kulit lasagna. Habis koyak dan melekat antara satu dengan lain. Adalah sekeping dua yang elok. Rupa cam koey teaw 'reject' pun ada gak.. hehe. Tapi rasa ok, cuma terbarailah, tak macam lasagna yang dijual di Pizza Hut. Ni kena belajar lagi ngan Kak Yatie, cemane nak dapatkan kulit lasagna yang elok, padahal saya dahpun masukkan minyak dalam air rebusan.
Bagi menambahkan lagi juadah, saya sediakan juga 'spagetti carbonara'. Ha, yang ni memang dah biasa buat. Pejam mata jer.
selalu buat kuah tu pekat tapi pasal takut tak cukup, saya cairkan sikit. Kali saya letak sosej bagi menggantikan daging cincang sebab dah campak dalam lasagna..
Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada ibu, Aini, Angah, Abg Jamal, Izat, Ilham dan Indah yang sudi makan semua masakan bonda tu ye. Thank You gak pada Angah yang datang bawa pizza..
Happy Birthaday To You, Yaya
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih