Tat Keju Berry Biru

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
TAT KEJU BERRY BIRU??? Blueberry Cheese Tart-lah, atau popular dengan nama 'cistat'. MESTI ramai yang dah ada resepi ni kan. Penat jugalah saya mengutip dari satu blog ke satu blog resepi ni, boleh dikatakan hampir semuanya menggunakan resepi yang sama. Tapi semalam, masa jalan-jalan kat satu kedai buku yang fofular tu, saya telah terjumpa satu buku resepi 'kompilasi hidangan berkeju' oleh Noraini Zakaria. Mmm, ada 60 resepi yang best2, terselit juga lah resepi ni. Bila saya bandingkan nampaknya ini cara yang paling mudah untuk membuat cheese tart. Mula tu takut gak tak jadi, tapi sukses, cuma rupa tu memang agak teruk gaklah, maklum.. first time buat. Acuan tart pulak takde, saya pun tak tahulah acuan saya ni untuk kuih apa sebenarnya.. lego jerlah. Tapi penat gila... patutlah orang jual mahal ek.. mmm, aku ni pandai komplen mahal jer, dah buat baru tau.
Jadi nak gaklah selit2 resepinya di sini.. mana tau ada gak yang baru belajar kan.. jom.. makan blueberry cheese tart. Oh, ya.. ni komen adik saya, "walaupun rupamu buruk.. tapi rasanya sedap. Memanglah sedap, pasal buat sendiri.. mewah dengan cheese dan blueberry filling.. Satu lagi bahan-bahannya saya dah beli sebelum Tahun Baru Cina lagi tapi asyik tak berkesempatan nak membuatnya.. ni baru betul-betul sempat..

Tat Keju Berry Biru
Bahan Pastri:
45ogm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula kastor
1 biji telur
2 sudu teh air
1 sudu teh esen vanila

Cara Menyediakan Pastri:
1. Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur dan air. Putar lagi hingga adunan berkrim
2. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata hingga menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh kecil-kecil,(Langkah ini tidak diberitahu dalam buku resepi atau pada mana-mana resepi tart, telah saya praktikkan dahulu, ini cara yang mudah). tekan setiap ketulan doh dalam acuan tart dan bakar antara 15 hingga 20 minit.

Bahan Inti:
250gm krim keju
60gm gula kastor
50 gm mentega
1 biji telur
200gm inti blueberry

Cara Menyediakan Inti:
1. Putar krim keju, mentega dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati.


Cara mengisi inti... (nak bagitahu jugak.. hehe)
Sebenarnya ada banyak ragam mengisi inti ni, bergantung kepada citarasa masing-masing. Orang yang nak meniaga mestilah tak sama dengan orang yang nak makan sendiri kan.., terpulanglah kepada anda. Saya lebih suka meletakkan inti blueberry dahulu diikuti adunan keju, kemudian barulah saya tambah sedikit lagi inti blueberry dan lorekkan pusingan2 dengan lidi... mmm, barulah betul-betul rasa blueberry dan cheesenya.. lemak2 masam gitu.. cuba tau.

jangan pandang pada rupa ya..
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!