KISAH DI SUATU MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Hantu!!!!

Kisah Serammmm...

Peringatan bagi mereka yg menggunakan jalan melalui (Kuala selangor).
Kisah bermula pada suatu malam...

Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam ada seorang pemuda bersama rakannya (nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakan. Pemuda ini tidak dapat menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicubanya berulang kali walaupun kereta tersebut baru sebulan pakai.

Pemuda ini dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan. Mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor.

Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Tanpa membuang masa mereka pun pergi ke arah bas tersebut. Oleh kerana terlalu perlahannya bas tersebut, pemuda itu dan rakannya dapat jugak menaiki bas tersebut walaupun ia sedang bergerak. Alangkah terkejutnya mereka berdua kerana tiada pemandu yang memandu bas itu. Mereka memberanikan diri untuk masuk ke dalam bas kerana seolah-olah ada perasaan ingin tahu yang mendorong mereka berbuat demikian. Apabila mereka tiba di bahagian kerusi terakhir bas tersebut, mereka ternampak sesuatu di luar bas melalui cermin belakang bas Dan...ya Allah!......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah... Hehehe


Tahniah kerana minat membaca. Membaca amalan yang mulia.
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dah agak ..citer hantu ko ni endingnya tak seramm mana pun....hehehehe :)'..cari ler lagi citer2 lawak..best baca ..

    ReplyDelete
  2. ha, nanti aku cari yg bagi ko tak tido mlm punya.. hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!