ENAM SEBAB KENAPA PERLU ABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
ASSALAMUALAIKUM...

PERINGATAN untuk semua di samping untuk mengingatkan diri sendiri. Marilah kita saling mengingati.

ENAM SEBAB KENAPA PERLU ABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT

PERTAMA ~ Tujuan kita dicipta Allah swt adalah untuk beribadah kepada-
Nya. Firman Allah dalam surah Az-Zariyaat ayat 56 yang bermaksud: Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya beribadah kepadaku.”

KEDUA ~ Kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya, atas nikmat yang terlalu banyak yang kita terima dalam kehidupan ini yang tidak mampu kita menghitungnya yang kita dapati dengan percuma.

KETIGA ~ Wajib beribadat kerana kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah mengingatkan kita di dalam surah al-A’raaf ayat 72 yang bermaksud:”… ketika Allah berfirman bukankah aku ini Tuhanmu. Mereka menjawab bahkan betul.”

KEEMPAT ~ Wajib beribadat kerana antara tugas dan kewajiban rasul adalah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan taghut (kejahatan). Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat apa lagi kita. Firman Allah yang bermaksud: “… dan sesungguhnya kami mengutus setiap umat itu rasul untuk menyeru sembahlah Allah dan jauhilah taghut.” (Surah an-Nahl ayat 36)

KELIMA ~ Kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita kerana itu kita tidak boleh leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.

KEENAM ~ Kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti kita di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka kepada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut nabi membuat pengakuan, Ini terbukti dalam firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah sesungguhnya aku amat takut, jika aku menderhakai Tuhanku akan azab hari kiamat.” (Surah al-Anaam ayat 15)

Dipetik dari tazkirahRemaja/ Variasi Metro Jumaat
Bersama Mohd Zawawi Yusoh
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!