RINDUNYA DENGAN KALIAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
ASSALAMUALAIKUM...

RASA lambat benar masa berlalu minggu ini. Minggu lepas rasa cepat pulak. Rindunya dengan kawan-kawan. Dua tiga menjak ni aktiviti ber'blogging' agak terbatas lantaran kejadian petir beberapa minggu yang lepas. Bukan saja lappy saya, malah ramai lagi kawan-kawan pejabat yang menjadi mangsa. Apa nak buat, redha sajalah.. dah tak ada rezeki.

Bila gunakan kemudahan awam ni tak bolehlah macam nak guna harta sendiri. Kenalah berpada-pada. Capaian kelajuannya pulak dah macam siput nak panjat bukit, dush! Boleh menangis dibuatnya. Sebab tulah saya jarang dapat ke rumah kawan-kawan. Ada juga cuba berkunjung, tapi sempat nak ketuk pintu jer, pintunya tak juga buka-buka. Tergantung macam tu sajalah.

Sampai rumah pulak, banyak sungguh tugasan yang menanti. Bila dah selesai semuanya, lutut lenguh kakipun letih, fikiran apatah lagi, rasa macam nak pitam. Jadi idea nak menulis dan mengentry tu pun 'hang' macam tu jer.

Nantilah, kalau segalanya telah pulih seperti sediakala, saya akan kembali bertandang ke rumah kawan-kawan. Saya sedang dalam proses membaik-pulih PC pemberian abang ipar. Hati saya yang remuk redam tu pun nampaknya kian pulih juga berkat penawar yang tiada tolok bandingnya tidak lain dan tidak bukan kasih sayang dari yang Maha Esa. Rindu sungguh dengan cerita-cerita kengkawan. Semoga jumpa lagi ya.. Wassalam.
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam yus...ooo patutlah dah lama tak nampak muka...rindulah kat yus jugak...selalunya ada je citer dari yus..moga cepat2 dibaik pulih..bolehlah gi jejalan...hehehe

    ReplyDelete
  2. siannya dia. tak pe lah. take ur time. bila semua dah okay, boleh la blogging balik!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!