JUS CACAMERBA.. kih3
November 06, 2010
0
ASSALAMUALAIKUM wbt
CUACA malam ni agak panas walaupun hujan. Mungkin wap panas siang tadi tengah naik, tu yang jadinya berkuap... pernah dengar tak perkataan tu??? Kih.. kih... kih, tu Encik Hubby selalu sebut, bahasa orang utara.. dia kata. Untuk malam yang panas dan tak berapa nak romantik ni, marilah pekena jus cacamerba ni, segala macam buah yang ada kat dapur ni.. nenas, belimbing, epal, limau dan strawberry telah dikisarkan semuanya bersama air dan gula dan diletakkan ketulan ais.... Nasib baiklah takde buah durian.. hehe. Awas ya, kurangkan gula dalam minuman tambahkan gula dalam senyuman. Mekasih babah untuk jus yang sedap ini.... sruppppppppppp!! Two thumbs up!
Tags
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih