HARGA LAMA... KENAPA TAK DITUKAR?

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM wbt

AGENDA wajib setiap kali pergi ke Kuantan ialah singgah di Leban Condong, Rompin menikmati juadah pelbagai jenis masakan udang galah. Kebetulan hari tu semua kedai di medan selera Leban Condong dibuka, jadi boleh pilih nak makan di gerai yang mana, taklah terikat dengan satu kedai jer. Sambil makan, kami tengok-tengok jugalah senarai harga udang galah mentah yang dipamerkan di situ. Ada dua gred, Gred A dan Gred B. Tak silap saya gred A, RM55 dan gred B, yang ni memang saya tengok RM38. Jadi apabila mendapat panggilan telefon dari kakak saya yang memesan membeli udang galah, saya pun beritahulah harga tadi dan kakak saya pesan nakkan yang gred B.

Jadi, dalam perjalanan balik ke Johor Bahru, sekali lagi kami singgah ke Leban Condong. Kali ini dengan niat cuma nak membeli udang galah mentah. Alamak! Tak buka pula kedai yang kami makan semalam, jadi tiada pilihan, kami pun masuk ke gerai yang pertama. Masuk-masuk ke dalam kedai saya bertanya kepada tuan punya kedai, "udang galah mentah ada kak? Dia mengangguk. Saya menjeling tanda harga yang dipamerkan untuk udang galah mentah.

GRED A = RM45
GRED B = RM35

Wah, lebih murah dari kedai yang kami makan semalam. "Boleh kurang, kak? Saya nak ambil 3kg ni." Kakak itu menggelengkan kepala. "Memang harga dia, tak boleh kurang dah."

Memandangkan harganya saya anggap murah juga dari kedai sebelah yang tutup tu, saya setuju sahaja dan kakak tersebut terus membungkus setiap kilogram udang galah yang siap difrozen dengan suratkhabar. Saya terus menuju ke kaunter bayaran dan mengeluarkan wang RM100 yang dibank-in kakak saya untuk membeli 2 kg udang. Kanak-kanak yang menjaga kaunter memulangkan wang baki kepada saya, dua keping not warna merah. Saya cakap, RM70 kan, kurang RM10. Kemudian seorang lagi wanita, berkata, "sekilo RM40," dengan nada yang agak serius.

"Tu, bukan tulis RM35?" saya memuncungkan bibir ke arah tanda harga yang tertampal di dinding belakang kaunter bayaran.

"Tu harga lama, sekarang RM35 tu harga modal," perghhhhhhhhh!! Menyirap jugalah darah saya. Rasa panasssssss je kat muka ni ha. Tapi hendak tak hendak, semua udang telah dibungkus. Sepatutnya saya ada pilihan untuk tidak jadi membeli, tapi mungkin memang dah rezeki dia, kami terpaksa membayar dengan hati yang sebal. Encik Rizar menarik semula lima helai wang kertas RM1 yang disertakan bersama not RM50. Tanpa terima kasih, kanak-kanak yang sama tak ada budi bahasa tu memulangkan baki RM10. Kalau anda macammana? Kami ni memang rasa macam nak mengamuk jer kat situ, tapi memandangkan orang ramai dan kami tahu malu juga, jadi memang malas nak banyak cakap. Karang terlebih cakap, silap-silap boleh kena santau, sapa nak jawab.

Bila sampai rumah, udang galah yang dikatakan gred B tu, alahai.. amatlah comel loteh semuanya, macam gred C jer. Tapi kami masak jugalah.. separuh masak lemak cili api untuk santapan malam itu. Sambil makan, mulut tak henti-henti mengumpat... huk.. huk.



Resepi sama jer macam masak lemak cili api yang lepas-lepas, hehe... boleh tengok di sini. Santan tu agak berketul sebab saya guna baki santan dalam peti ais. Tak mahu membazir buka santan yang baru... huhu...

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kalau mas pun mesti sakit hati.....itu menipu pelanggang....
    memang tak jujur kedai tu kan kak....compom tak datang lagi lepas tu kan kak....

    ReplyDelete
  2. sari,
    akak selalu hadapi kes macam ni..u tau apa i buat?..i pun dgn muke bodoh selamba akan tolak baik2..tak jadi beli..ckp je tak cukup duit...pernah kena di Giant..letak rege sekotak RM49.90..harga runtuh RM30.00!. Tapi dek dah pernah kena kat Giant ni, akk suruh counter tgk rege dulu...sah2 harga tak runtuh pun...masih rege lama.akak pun kata tak jadi ambik sebab rasa tertipu...rase2nya kat pasaraya tak pe ckp direct je sbb tak de santau ..hihi...dlm hal ni, kesimpullannya manusia jenis ini nak untung..untung lagi...tak taulah sari..

    ReplyDelete
  3. berziarah di sini.salam ukhuwah.cerianya blog..moga bermafaat..

    ReplyDelete
  4. salam sari..ehh geramnya..tapi selalu macam tu kan..walau pun geram..tapi tak sampai hati nak tolak..ambik dan bayo jugak sudahnya..
    sama lah kita sari..walaupun dalam hati nak marah kemain..

    ReplyDelete
  5. Salam, Mas. Akak setuju dengan Mas, memang lepas ni tak datang lagi. Tapi yang peliknya orang ramai kat kedai dia... hehe.

    Kak Nor, saya pnah juga tkena kat pasaraya cam giant, hwa thai.. Selalu tu saya tuntut duitnya balik, tapi yang ni tak tertuntut pulak. Kelu lidah nak berkata-kata.

    Sal, Salam Ukhwah, terima kasih sudi berziarah, ya.

    Kak Erna, betullah, kak. Pulak tu memang dah ingin sangat nak beli udang tu... adoii!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!