MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Saturday, July 17, 2010

UDANG LEMAK CILI PADI

ASSALAMUALAIKUM wbt



ADA yang panggil lemak cili padi, ada juga yang panggil lemak cili api tapi rasanya tetap sama. Ini merupakan lauk kegemaran saya sejak dolu-dolu lagi walaupun saya anak jati Johor tapi masakan orang Negeri Sembilan ni cukup dekat di hati saya. Ini kerana ibu saya merupakan surirumah yang suka mencuba pelbagai jenis masakan dari pelbagai negeri. Apa saja yang dimasak cara begini alamat memang boleh menaikkan bukan saja selera tetapi perut.. hahaha.

Udang Lemak Cili Padi ni walaupun suami tak berapa gemar tapi saya tetap memasaknya dan memaksa dia makan.. hehe. Ialah, takkan kita je yang nak ikut selera dia, ye tak. Dia pun tak kisah asalkan ada lauk sampingan lain.

Jom layan lemak cili padi saya style saya..

Masak sikit je untuk tiga beranak makan..

Bahannya:
Semestinya udang sederhana besar dalam 250 gm@ 20 ekor
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
15 biji cili padi* (tak mo pedas sangat.. terbakar perut.. hehe)
1/2" halia*
1/2" kunyit hidup*
(tumbuk halus semua bahan bertanda*)
1 batang serai dititik
3 helai daun limau purut
2 cawan santan cair
1 senduk santan pekat (saya guna santan kotak)
1/2 sudu garam
sedikit serbuk perasa
2 keping asam gelugor

Caranya:
1. Bersihkan udang, ketepikan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat, asam gelugor dan daun limau purut ke dalam periuk, panaskan hingga mendidih dan kacau selalu.
3. Apabila mendidih, masukkan udang. Kacau sentiasa sehingga udang kemerahan, masukkan asam gelugor. Kacau lagi.
4. Masukkan santan pekat dan daun limau purut, biarkan mendidih, kacau sentiasa dan boleh dihidangkan.

2 comments:

Anna Da Lady said...

sedapnya...laponya..lambat pulak nak tunggu makan kenduri ni..hehe

lizloteng said...

Kalo org nogori, gulai lomak cili api guno 2 bahan jor.... tumbuk cili api n kunyit hidup...x yah campur bwg apo pun...Kalo gulai ikan, tambah asam koping Kalo gulai ayam/daging bubuh sorai...

Share It

Anda Sukakan Ini?