UDANG GALAH GORENG BERCILI
January 11, 2011
4
ASSALAMUALAIKUM wbt
INI merupakan resepi tertunda. Ingat tak cerita kami beli udang galah yang kena tipu harga tu. Inilah dia udangnya tu dan ini hasil masakan En Rizar. Saya rasa masyuk betul rasa bercilinya tu. Malas nak cerita banyak, jom tengok resepi ulang tayang ni... hehehehe.
Bahan-bahan:
1/2 kg udang galah sederhana (lagi besar lagi sedap)
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2" halia*
3" serai*
15 tangkai cili padi kampung* (tumbuk halus bahan bertanda*)
2 sb cili kering dikisar
1 sdb sos tiram
1/2 sk garam
1 sdb gula
1/4 cawan jus limau nipis
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
~ Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan tumbuk sehingga agak garing. Masukkan cili kering kisar, tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan sos tiram, garam dan gula. Gaulkan semuanya hingga sebati.
~ Masukkan udang, gaul rata dan masukkan jus limau nipis dan biarkan sehingga udang masak dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.
Tags
perrrhhh...meleleh air liur tengokk...
ReplyDeleteUdang galah masak lomak cili padi pun sodap!!
ReplyDeleteMas, erkkk! lap air liur tuh..
ReplyDeleteKak Anie, lagi 1/2 kg, sy msk lomak cili api... hehehe, kan ada n3 dia
sedap nyer.. boleh try lepas ni.. hehee.. :)
ReplyDelete