MEDAN... CUKUPLAH SEKALI!

Seri Kandi Tanah Jauhar
30



ASSALAMUALAIKUM wbt



FUHHHHHHHHHH!! Bersawang betul rumah kita nikan, dah lama tak berjenguk kerana sibuk bercampur dengan penyakit M bila tak sibuk. Tahu-tahulah kan, kalau sibuk, makanya kita menjadi penat. Bila penat memang tak ada hati pula nak berblog apatah lagi berjalan-jalan ke blog sahabat yang lain. Pulak tu, entah apalah penyakit yang melanda, saya masih lagi tak dapat masuk ke blog sendiri kecuali menggunakan Samsung Tablet saya. Sedih.. sedih... Banyak jugalah blog kawan-kawan yang tak dapat dijengah, haiiii... apa nak buat, nasib badannnnnnnn.. nak hantar lappy gi berubat pun tak berkesempatan jadi dok diam-diam sajalah.. huhu.



Pada cuti sekolah kali ini (hehe.. macam karangan darjah lima pulak) saya sekeluarga telah berkunjung ke Medan, Indonesia. Punyalah gatal kaki nak sangat terbang di celah awan. Pulak tu bila klik harga yang tertera di laman web Malaysia Online cuma RM11 sahaja. Berbaloi-baloi tau sebab empat kali naik pesawat. Ialah.. memanglah tak termasuk caj-caj lain tapi kalau dah campur caj-caj lain pun masih murah lagi, jadi setelah berhari-hari berfikir semasak-masaknya, saya dan suami mengambil keputusan untuk bercuti ke Medan. Kalau ada yang belum kenal dengan kami, kami ni memang jenis yang orang kata tu, 'GAMBLE' jer. Ya.. ya.. saya tahu, gamble tu maksudnya berjudi, haram.. tapi gamble kami ni maksudnya.. mempertaruhkan nasib.. orang kata terjah jer, nasiblah macam mana nanti sebab percutian ke Medan ini adalah percutian yang tidak dirancang.. kwang.. kwang.. kwang..!! Belum mohon cuti, tak tempah bilik hotel, tour guide dan sebagainya. Elok-elok sahaja saya tempah tiket RM11 tu, esoknya harga tiket dah naik sepuluh kali ganda, jadi nasibbbbbbbbbbbb BAIK!



Alhamdulillah, cuti pun diluluskan. Misi diteruskan dengan menyelusuri laman sesawang tentang Medan ini. Hotel mana nak duduk dan tour guide mana yang nak diikut. Mujur saya ada dua orang kawan yang pernah bercuti ke Medan, yang seorang tu komennya positif yang seorang lagi positif +negatif.. urmmm. Masa ni hati pun dah berbolak-balik tapi apakan daya, tiket pun sudah dibeli dan hotel pun telah ditempah. Memang tak sangka sebenarnya, sewa mobil berserta supir di Kota Medan amatlah mahal berbanding Bandung dan Bali yang pernah saya kunjungi sebelum ini. Ops!! Ramai yang bertanya sebenarnya, kenapa kami suka ke Indonesia, meh saya selit sikit jawapannya, kerana di sini senang mencari makanan halal (tapi tidak di Bali, rupanya di sana banyak babi guling.. hehe). Berbalik kepada sewa mobil berserta supir tadi, rata-rata komen menyatakan, harga sewa di sana sekitar IDR600.000 iaitu bersamaan dengan 6 x RM35 = RM210. Pertukaran wang IDR100.000 = RM35. Lumayan kan... berbanding di Bandung dan Bali yang kami bayar dengan RM150 sahaja. Oh!Ya.. harga yang kami bayar ini tidak termasuk duit parkir ya.. adush!



Memang banyak tempat menarik yang dicadangkan di blog mereka yang pernah ke Medan tetapi rasa nak pengsan (tu belum sampai lagi) bila membaca perjalanan dari Kota Medan ke Danau Toba (tempat paling menarik dicadangkan jika ke Medan) adalah empat jam. Sebab dah biasa menempuh perjalanan jauh dan panjang pergi kerja.. balik kerja... balik kampung lebih lapan jam, tersangkut di kesesakan lalu lintas berejam-rejam maka saya dapat rasakan perjalanan empat jam ini pasti membuat saya separuh pengsan maka Danau Toba terkeluar dari senarai lawatan. Saya tidak sanggup.. tolonggggggggg!! Jadi, saya cakap dengan ER, kita sampai Medan nanti kita cerita mana nak pergi dan ke mana akan pergi. ER yang dah mula suspens pun bersetuju saja dengan agenda saya. Yang penting kami mahu makan nasi padang... erkkk!!! Agenda utama ya ;))



Sebaik sahaja pesawat mendarat di Lapangan Terbang Polonia, Medan, hati bersorak girang. Wah!! Hari ini saya dapat menjejakkan kaki di Medan. Ibu kota ketiga yang terbesar di negara Indonesia yang terletak di Sumatera Utara. Sebaik turun dari pesawat kami dibawa menaiki bas menuju ke Balai Ketibaan. Prosedur mengecop pasport tidak serumit di Bandung. Ia berlangsung dengan cepat dan kami cepat-cepat mendapatkan beg. Menurut seorang teman, kalau anda sampai di Medan, jangan sesekali membiarkan orang lain yang tidak anda kenali mengangkat beg anda, jangan melayan sapaan mereka yang beriya-iya menolong anda kerana semuanya inginkan tips. Silap haribulan mereka akan mengambil beg anda kecuali anda bersetuju untuk mengikut tour guide mereka. Owh! Itu cerita negatif yang saya dengar dari teman, jadi sentiasa berhati-hati dan awas! Huhu. Tapi tunggu punya tunggu (kami sampai jam 3.10 waktu Indonesia) sehingga jarum jam hampir mencecah ke angka 4, kami masih lagi belum mendapatkan beg. Semua beg dari penerbangan KL dan Penang dicampur aduk, langsung tiada prosedur. Berpinar mata bila melihat beg bertimbun-timbun yang hampir sama. Hampir sejam, barulah beg kami ditemui. Peh! Lega... selesai satu perkara. Hati risau sebab kami dah berjanji dengan pihak hotel Garuda Plaza yang akan menyambut ketibaan kami. Memang tak boleh pakai langsung, sampai hampir jam 5 bayangnya pun tak nampak. Berkali-kali ER telefon dan jawapannya dalam perjalanan. Adoiiii!! Sedih tak??



Sedih tauuuuuu... Tak pernah jadi macam ni... huhu




AKAN BERSAMBUNG.....

Post a Comment

30Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mmg pon jgn sesekali bg dorg angkat....berjuta2 rupiah ler kena byr...Garuda Plaza ok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. EE, nsb baik ada kwn bgtau sblum brangkat tu. Garuda Plaza okey bangettttt!!

      Delete
  2. ala....bersambung!

    *

    takpe, saya faham maksud gamble. sebab saya pun jenis mcm tu. :D

    ReplyDelete
  3. aduhh.. bersambung la pulak.. hehe...
    kami pun jenis yg 'gamble' jugak.. aritu pegi melaka hotel tak booking main terjah jer.. satu melaka pusing.. haa.. padan muka semua hotel full... hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Madiha, kalu Melaka mmg ssh dpt hotel kalu tak book awal. Tapi Mahkota selalunya bleh dpt kalu walk-in. Kita dah biasa buat, hehe

      Delete
  4. bestnyer gi medan..hari tu ada dapat cop masa tambang sposen tapi hubby plak takut nak gi..hehehe

    ReplyDelete
  5. alamak..

    hati ayu jadi tak senang..
    nanti syer lagi
    harap2 kalau kak syer, tolong tag ayu..
    maklumlah, kadangakala ayu kurang BW

    kasihannya kak....

    ReplyDelete
  6. Ohohoooo permulaannye lg udah stressss!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza, mmg stresssss, sepatah kata Ayu CR, pitammmmmmm!!!

      Delete
  7. hehehe..lepas2 ni pegi la padang dan bkt tinggi..bes bes saya sukaaa..hehe..apapon tak saba nak tunggu part 2 walaupon part 1 dah stress hihihi

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Kak Zu, yg kedua tak suspens sgt kannnn, hihi. Nantikan yg ketiga, huhuhu, sayuuuuu

      Delete
  9. Saya rinduuuuuu..

    Saya rinduuuuuu..

    Saya rinduuuuuu..

    Saya rinduuuuuu..

    Saya rinduuuuuu..

    Saya rinduuuuuu..





    Sedih tauuuuuu...




    AKAN BERSAMBUNG.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oeya, blog kamu juga, bykkn sikit cerita ya, spaya sy juga tak mrindu, huhu

      Delete
  10. waduuhhh bukk...
    cepatin update blog nya..
    gambarnya mana bukk??
    enggak sabarin mau lihatin..
    hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Winnie, gbrnya susah nak uploading, aku hilang sabarrrr, grrrr!!

      Delete
  11. Bersambong la pulak ye? mcm penerbit tak cukup bajet je....akak pegi dulu tahun berapa tah, best sgt gi Danau Toba tu, nnti nak ajak hubby honeymoon la.....bertiga la pulok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, kak Zana. Mmg sikit terkilan tak pergi Danau Toba tp sy mmg kalah bab jln jauh2 ni. Lagilah kalu jln mcm ular dipalu. Ada yg muntah pelangi karang, huhu

      Delete
  12. Assalamualaikum...
    Pernah beberapa kali ke medan atas urusan kerja. Kalau untuk bercuti memang tak akan ke sana. Lagi 1 kalau ada kenalan di sana adalah lebih baik dan lebih selamat.

    ReplyDelete
  13. K.Ham, jom. Sy lom amek gbr kat depan tu lg, hihi

    ReplyDelete
  14. Wkumslm, kakSam. Betul kak. Sy rasa ngeri bila ingat2 balik. Kata hubby, cukuplah sekali.

    ReplyDelete
  15. aduh intronya udah ngak enak nie.hehe..

    ReplyDelete
  16. lorrr...baru ingt nk ke sana.. agak-agak mne lagi best ye klu nk ke indonesia ni? utk shopping n "moonmoon" hehe

    ReplyDelete
  17. uik, agensi mane hang ambik nier?

    ReplyDelete

  18. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  19. salam , kita ada buat pakej Melancong ke Medan, hanya termurah di sini, tiada tempat lain. Berpengalaman menguruskan beratus ratus trip ke Medan-Danautoba-Berastagi

    insyirah 017 5367426 emel: melancong_murah_baloi@gmail.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!