Assalamualaikum WBT
HARI ini rasa macam nak baring-baring aje satu hari. Dua hari ni PI bertugas membuat liputan The Sultan Of Johor Cup, International Junior Hockey Tournament di Stadium Hoki Taman Daya. Iman pulak sejak semalam ke UTM Jalan Semarak, KL mengikut program Kelab Studio UTM Skudai. Entah dia tu, padahal dah tamat pengajian tapi sebab masih ada kroni kat sana tu la tu, kadang memang dia selalu ke UTM tu jumpa kawan-kawan.
Sarapan pagi hari ini, terjadi Nasi Goreng sekuali tanpa niat. Awalnya PI kata nak pergi Pasar Tani, tapi tak jadi. Jadinya, kenalah Sk masak sarapan. Nasib la ada nasi putih banyak dalam esbox tu dalam tiga pinggan jugak tu. Sengaja goreng semua, kalau ada lebih, boleh panaskan esok bawa sarapan ke office. Tapi, ni PI cakap, tengahari dia nak repeat makan nasi goreng, jadi tak payah masak.
Sedap jugak nasi goreng Sk kali ni. Rencahnya ayam dan daging yang memang dah siap hiris dan frozen. Tumisannya SK guna pes cili kering dan lada hidup kisar yang semua memang dah ada dalam esbox, senang keroje. Tumis sampai terbit minyak, kemudian masukkan daging dan ayam, kacau dan biar hingga daging empuk. Masukkan sos tiram, pecahkan telur, masukkan nasi. Tips untuk dapatkan nasi goreng yang mesra, goreng sampai nasinya menari-nari dan berasap-asap, hehehe. Selain tu buat juga telur separuh masak untuk PI.
Bancuh Musang King White Coffee ni secawan. Ni dapat dalam hamper, baru pagi ni bancuh sepeket. Sebelum ni tak berani nak bancuh kopi durian ni sebab dua tiga kali baca berita negatif pasal minum kopi durian. Takut jugaklah kita yang umur dah tak berapa remaja ni nak minum, hahaha. Kopi durian ni rasa kopi dengan durian aje la, sedap jugak, tak ada rasa pelik-pelik.
Kisah semalam pulak, sarapan dengan PI di Restoran Thoufeeq. SK la tu yang ajak PI sebab rasa nak makan Puri, lama tak makan. Puri dihidang bersama kentang masalah atau ada yang panggil chutney potato, kuah Kari Ayam, dal dan chutney kelapa. Lama tak makan, sedap beno rasanya mencicah dan laju menyuap ke mulut, heheh.
SK dah habis makan, baru tosei PI sampai ke meja. Yang ni cicah kuah kari kambing dan chutney kelapa, mantap!!! Lambat tu rasanya sedap dorang guna kuali yang sama jugak untuk buat roti canai. Dah separuh makan, baru PI teringat nak pesan Telur separuh masak. Dalam kawasan taman Sk ni ada dekat enam buah jugak la restoran mamak tapi Thoufeeq ni antara yang menjadi pilihan ramai. Tu pun ada tiga empat cawangan eh Thoufeeq ni. Ni memang India Muslim ya, tutup waktu solat Jumaat dan hari raya. Bulan puasa pun tutup siang, boleh makan di sini tanpa was-was.
ammi pernah minum kopi perisa durian. Aik Cheong punya kot...entahlah lepas minum tu mmg trigger kat heartbeat ammi lah... ini kisah sebelum ammi buat prosedur jantung. jadi pastu mmg tak belilah kopi durian ni lagi
ReplyDeleteNasi goreng atau mee/bihun ke kalau letak daging as rencah, memang lebih sedapkan Sk. Kami pun kalau kedai mamak, mmg ambil kira juga faktor diorg tutup ke tidak time Jumaat, bulan puasa buka ke siangnya sbb lebih confident la kita nak makan kan.
ReplyDeletewow kopi durian..nasi goreng ltk daging kita suka
ReplyDeleteRasa macam lama pulak Cie tak masak menu nasi goreng.
ReplyDeleteSA x pernah minum or berani minum kopi durian...kalau suami cuba SA amik satu sip je..apa2 kopi la..nanti nak buat nasi goreng macam ni la..
ReplyDeleteNtahlah salahnya di mana. Tapi saya masih gagal tiap masak nasi goreng 😄. Selalu rasanya so so atau tak sedap sekalian 😅
ReplyDeleteSaya sukaaaa kopi durian. Di sini sempat viral tahun 2017. Saya beli 1 paket. Memang sedaaaap, wangi durian sampai masuk ke ruangan2 kantor yang lain 🤣🤣. Tapi tak berani sering minumnya kak. Apalagi dah ingat umur. Sesekali saja.
Kalau di jogja, bahkan ada warung kopi yang memang daging duriannya langsung masuk dalam kopi. Jadi fresh. Itu sedaaap.
Ada beberapa kafe kopi di sini yang juga sedia kopi durian. 👍.
Waktu itu ada influencer yang buat konten tentang puri. Saya langsung beli yang tinggal di goreng. Trus isi macam2. Tapi agak dimodifikasi supaya sesuai dengan lidah sini 😄. Jadi kuahnya buat yang versi lokal, bukan india.
Tapi teringin nak rasa yang versi asli saat nanti saya ke JB atau KL desember. Penasaran juga. Saya coba datangin yang thoufeeq ini