MASAK KARI AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


PENUTUPAN Institusi Pendidikan di Johor dilanjutkan lagi pada minggu ini, 19 Oktober sehingga 23 Oktober 2026 dengan pengecualian terhad bagi peperiksaan tertentu akibat jerebu. Namun begitu, minggu ini di kolej, kuliah diadakan secara bersemuka selepas dua minggu kuliah dalam talian. Bagi kolej kemahiran macam kami yang mengamalkan 60% amali, kuliah bersemuka amatlah penting. Jadi, minggu ni kolej dah mula meriah, pelajar di asrama pun dah balik ke kolej sejak semalam.



Cerita pasal makan pulak, Sk masak Kari Ayam pada 15 Oktober yang lepas. PI baru restock ayam dua ekor, jadi beberapa kali jugaklah menu ayam kat rumah ni. Kari Ayam kali ni lengkap dengan kentang dan tomato. Cili padi hijau tu memang favourite Sk la, patahkan dan suap dengan nasi. Dua orang tu cuma suka kentang jer, tomato semua tu habuan Sk.


Dah lama tak balik Kedah, stok rempah kari daging Cap O dah lama habis. Ni Sk guna rempah kari Babas. Dulu-dulu pun memang guna jenama Babas tapi bertukar ke Cap O lepas disyorkan kakak ipar. Yang mana sedap? Sedap jer dua-dua, maklumlah dah memang orangnya pandai masak kari, kan.. hahaha. Tapi tu la, pelik pulak masak Kari daging ke ayam ke, sedap aje. Tapi masak kari ikan selalu tak capai KPI Pak Inche.



SK kalau masak lauk-pauk berkuah macam gulai ni, memang tak reti masak sikit. Jadi, ulang makan lagi lauk Kari Ayam ni hari sabtu. Tinggal masak nasi jer la, PI pulak sabtu tu kerja masuk petang, jadi kami makan awal sikit dari biasa. Sebenarnya tak awal pun, pukul 3 petang jugak makannya, heheheh. Sebab malas nak defrost ayam, Sk tambah aje telur kicap sebiji untuk PI.



Masa tengah sarapan dekat Restoran Thoufeeq tu, kan.. nampak tukang masak dia bawa keluar dua tray sayur hijau-hijau baru siap masak dari dapur. SK ingatkan sayur peria, minta dia bungkuskan RM3 sayur peria tu. Rupanya, bukan peria la, sayur kundur atau labu air tu. Macam sayur yang tulis labu ular kat Restoran Q Bistro tu jugak. Dah buka bungkusan baru perasan tapi tak kisahlah sebab Sk memang suka sayur, kan. Untuk PI pulak, Sk bungkuskan bendi. PI tanya, patut sayur kubis untuk dia. Aaa.. sebab tak perasan pulak ada sayur kubis ke tak. Ni separuh jer la Sk hidangkan. RM3 dia banyak betul eh, puas hati.



Duduk rumah sorang-sorang, rasa bosan, jadi petang tu Sk masak maggi. Ni jenama Chef perisa Wagyu. Perisa aje, wagyunya tak ada, rasa dia macam sup daging la gitu. Saja post ig stories gambar maggi ni, gara-gara tu malam tadi PI balik dari Hoki minta masakkan maggi kari, hihi. Semalamnya pun dia minta masakkan hotdog kukus jer. Hujung-hujung tahun ni banyak pulak game bola dah bermula ya, tu la tu PI asyik duduk rumah aje.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!