Assalamualaikum WBT
SEKALI lagi cerita pasal cuaca. Pagi tadi, dalam perjalanan ke pejabat, cuaca mendung dan berjerebu. Cuma tak nampak awan kelabu yang berarak jer la. Rindu betullah ya dengan awan, tak kisahlah awan putih macam kapas atau awan kelabu bawa hujan. Langit biru memang dah lama tak nampak. Kadang terfikir, kami yang di Tanah Jauhar ni pun begini keadaannya apatah lagi mereka yang berhampiran dengan Kalimantan termasuk rakan blogger Sarawak kita, Kak Mim sekeluarga. Semoga semua baik-baik sahaja di sana, kalau tengok di thread, langit mereka di Kalimantan ni, jingga ya. Kesian sangat tengok.

Cerita pasal masak-memasak pulak. Isnin, 12 Oktober 2026, PI mintak masak Kari Sotong. Sk teringat masa makan Nasi Kandar di Q Bistro hari tu, sotong kari sekor-sekor bersusun dalam tray. Buncit-buncit pulak tu. Teringin pulak nak makan sotong sekor-sekor tapi bila dah siap defrost sotong Sk ni sekor tu agak besar dan sekor tu sederhana besar. Jadi, bagi adil, kita potong cincin la. Cara masak sama jer macam masak kari lain cuma kena lebih pekat, baru sedap. Sk jugak tak letak santan tapi lebihkan serbuk kari. Ni pun guna serbuk kari daging, Sk rasa serbuk kari daging lebih sedap kalau nak masak kari sotong atau seafood lain.

PI balik kerja bawa ayam dua ekor dah siap potong beli dari kedai runcit mamak belakang rumah. Lepas tu dia ambil beberapa ketul untuk digoreng. Yang lain PI sendiri yang bersihkan simpan dalam bekas. Rumah ni dah lama tak ada stok ayam. Setiap kali pergi pasaraya, asyik lupa nak beli. Minggu lepas, pergi Village Grocer, hampir nak beli ayam, lepas dah timbang, seekor tu RM32, PI cakap. Sk tengok bungkusan, rupanya Ayam Nanas, patutlah mahal. Terus tak jadi beli, rasa mahal sangat pulak RM32, boleh dapat dua ekor ayam. Siapa ada bajet nak beli ayam sekor sampai RM32 tu, silakan.
Makan malam tu rasa macam makan dekat kedai Nasi Kandar ya. Siap goreng ayam terus makan. Siap bertambah-tambah nasi laki-bini. Iman tak ada masa ni. dia pergi UTM jumpa kawan dan ambil kek kirim dari kawan yang baru pulang dari Sarawak.

Ni esoknya pulak, PI pulak tak makan malam kat rumah, Iman tanya, nak makan kat mana? Sk jawab, makan kat rumah aje la, terasa nak makan Telur Masak Lemak yang macam selalu ibu masak. Telur Masak Lemak stail ibu Sk ni guna cili kering, Sk pulak kan baru restock pes cili dan bawang. Memang bila PI tak ada, bolehlah makan lauk favourite Sk dan Iman ni. Bukan tak boleh masak time PI ada, tapi membazir lauk nanti sebab lauk ni tak boleh digandingkan dengan lauk lain, nanti hilang feel dia, hahahaha. Senang jer masak, ambil sesenduk pes cili dan bawang, masuk dalam periuk, ikan bilis cuci dan rendam sampai lembut, masukkan dengan air, buka api dan kacau sebati, biar mendidih, masukkan telur yang dipecahkan sebiji-sebiji, biar telur sepertiga masak, masukkan santan pekat, garam dan ajinomoto. Biar mendidih lagi sekali, siapppp! Sk masak telur lebih untuk bekal kerja esoknya.
Samalah kita pun SK. Kalau en suami ada, masak lauk berat² sikit sbb seleranya begitu. Kita pulak ada telur mata dgn kicap aja pun cukup dah 😁
ReplyDeleteLama tak masak sutung, terliur lak nengok akak tayang.
ReplyDeletenampak sedap lah masak sotong dengan masak lemak telur tu. tu lah dekat sini pun teruk jerebunya. sedih dah lama tak tengok langit biru.
ReplyDeleteSotong besar best puas mkn..ada plak ayam goreng mmg sedap
ReplyDeleteRumah Cie pulak sentiasa menu ayam.
ReplyDeletemasak lemak telur pecah tu arwah mama selalu masak dulu dan dia letak peria besar tu. Kiranya bila peria dah lembut sikit baru dia pecahkan telur dalam masak lomak tu
ReplyDeleteLast 2 week dah 2-3 kali kat rumah PZ dan Dania masak lauk sotong..risau betul naik uric asid..hahaha...
ReplyDelete