MEDAN... Episod 3

Seri Kandi Tanah Jauhar
14


Assalamualaikum wbt

ADA yang ternanti-nanti sambungan cerita Medan inikah?? (ada keeee?)

Yang belum baca Episod 1 boleh tengok di sini dan episod 2 di sinun... o_O. Teropong jangan tak teropong.

... Selesai bersarapan, kami menunggu ketibaan pemandu (dikenali sebagai supir) di ruang lobi hotel yang sibuk. Kalau dahulu senang membezakan orang Malaysia dan Indonesia tetapi sekarang kelihatannya semua sama sahaja kecuali jika terdengar cara mereka berbual barulah dapat dibezakan pelancong Malaysia dan Indonesia yang kebanyakannya datang dari Jakarta mungkin. Tiba-tiba saya terpandang seorang lelaki lingkungan usia ER terkocoh-kocoh menuju ke meja penyambut tamu sambil di tangannya menggenggam telefon. Saya pandang ER, ER pandang saya. Bagai ada deria keenam yang menyatakan dia adalah supir yang kami tunggu. Dia kelihatan seperti mencari seseorang. ER menyapa, "Bapak ini kawannya Bob ya?". " Ya.. ya.. ini.. Pakcik Rizar ya?" Hahahaha... dari semalam sebenarnya kami sudah tergelak kerana Bob yang ER telefon semalam memanggil ER sebagai pakcik. Yang ini hampir kelihatan sebaya dengan ER juga memanggilnya pakcik. Rupa-rupanya di sini, mereka lebih mengutamakan panggilan pakcik daripada bapak yang biasa kedengaran di kalangan Indonesian. Dan saya??? Saya dipanggil makcik.. adush!!

Mereka berjabat tangan seketika. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Sufian dan saya memanggilnya Pak Sufian. Pak Sufian kemudian bertanya ER rancangan perjalanan kami. ER kemudian memberitahu cadangan Bob semalam untuk pergi ke Berastagi dan Parapat kemudian barulah berjalan-jalan ke Kota Medan. Cadangan ini dipersetujui oleh Pak Sufian lalu membawa kami keluar dari kawasan hotel menuju ke Berastagi. Menurut Pak Sufian, Berastagi merupakan kawasan yang menempatkan pelbagai tanaman buah-buahan dan dia akan membawa kami ke kawasan pasar. Perjalanan agak memeningkan dengan keadaan jalanraya yang sempit dan bagai ular dipalu. Tambah memeningkan kepala dengan cara pemanduan supir yang agak merbahaya. Nampak macam pembuli jalanraya pun ada. Tak putus-putus berdoa agar perjalanan kami terpelihara dari kecelakaan lebih-lebih lagi mengenangkan ER yang duduk di sebelah pemandu. Orang kata, Indonesian ni agak sensitif, kalau ditegur silap-silap dibawa kami ke mana pulak, jadi diam-diam sudahlah. Pak Sufian memasang karaoke di skrin tv, katanya mahu masuk pertandingan dan menyanyi di majlis perkahwinan, perasan suara sedap kot... huhuhu. Layannnnnnnnn jerlahhh.

mercu tanda Kota Medan.. ( tak taw mana datangnya jari tu????)

Jauh sungguh perjalanan ke Berastagi. Rasanya kalau mendapat supir yang berhemah, mahu tiga jam juga baru kami sampai, hahahaha. Kami sampai di Berastagi kira-kira jam 12. Sebaik turun kereta, kami diserbu dengan anak-anak yang mengemis wang dari kami. Saya memang ada sediakan wang kecil tetapi membayangkan kebarangkalian diserbu lebih ramai pengemis, maka saya tidak memberi apa-apa kepada seorang pun. Silap-silap tak dapat bergerak bila masing-masing dah berkerumun. Pak Sufian bertanya, jika kami mahu dikawani. ER bersetuju agar dia mengikut sekali. Pak Sufian membawa kami ke pasar yang menjual pelbagai buah-buahan. Kami membeli berkilo-kilo buah untuk dibawa pulang ke Malaysia. Pak Sufian menawarkan diri untuk mancarikan kotak supaya senang dibawa masuk kargo. Aiii.. macam tak ada je kat Malaysia, kan. Buahnya gemuk dan sihat tau, nak kata mahal, tak pastilah sebab rata-rata harganya sekitar 15.000 sekilo iaitu anggaran RM4.30 jadi saya rasa agak berpatutanlah tambahan buahnya besar-besar. Saya melihat-lihat telekung dan kain batik yang dijual di sini kebanyakannya tidak menarik. Pak Sufian mencadangkan saya membeli telekung dan kain di bandar sebab di sana lebih cantik dan banyak pilihan. Saya bersetuju sahaja, ialah tentulah dia sebagai orang tempatan sedia maklum keadaan di sini. ER dan Pak Sufian kemudian menghantar buah-buahan yang dibeli tadi ke kereta sementara saya, Cik Embun dan Yaya meninjau-ninjau barangan cenderamata di satu kedai. Terpikat dengan fridge magnet yang agak murah dan boleh dibayar dengan wang Malaysia, saya membeli sedikit sebagai kenang-kenangan, begitu juga dengan Cik Embun yang membeli beberapa helai T-Shirt bercetak Medan dan Berastagi. Sampai di kereta, saya terperanjat apabila ER memberitahu dia telah bersetuju dengan Pak Sufian untuk pergi ke Kota Medan pada hari esok sahaja dengan bayaran RM200. Saya berbisik kepada ER, "Kenapa tak bincang dulu ngan bonda???" ER kata, takut tak sempat nak jalan-jalan hari ini. Pak Sufian yang mendengar perbualan kami menyampuk, "Esok saja kita jalan-jalan di Medan, hari ini kita mahu pergi ke Parapat, tengok gunung berapi, bla.. bla.. bla..". Adeiiii.. apalah dimandremkannya si ER ni. ER ni memang mudah terpengaruh kalau tak ada saya. Walaupun yang membayarnya ER tapi saya sakit hati tau kalau orang suka-suki nak kikis duit my lucky.. huhuhu.

ini namanya buah cinta

Dari Berastagi, kami terus bertolak ke Parapat. Cuaca yang kadangkala panas bertukar mendung menjadikan hati saya tak putus-putus berdoa agar jangan hujan. Kalau hujan tentu saja perjalanan kami akan terganggu dan percutian menjadi tak seperti yang dirancang. Tapi apapun kami terima juga segala ketentuan. Rasa kematu punggung sepanjang perjalanan ke Parapat. Cik Embun memicit-micit kepala kepeningan, Yaya kata rasa nak muntah. Perjalanan mendaki bukit dan berhimpit dengan kenderaan lain semakin memeningkan. Kami juga berselisih dengan anak-anak muda berani mati yang selamba berdiri di atas bumbung van yang sedang bergerak. Wahhh!! Boleh cari makan sebagai stuntman ini. Suasana yang tak akan terjumpa di Malaysia, ni Mat Rempit kalau tengok menangis tau, hihihi.




"Wah!!" Tidak putus-putus kami memuji pemandangan indah dari atas bukit. Indahnya bumi ciptaan Tuhan, saujana mata memandang. Kamera tak henti dipetik merakamkan detik demi detik. Kami menyewa dua buah kereta kuda mengelilingi Bukit Gundaling. Pemandangan dari puncak bukit ini tak mampu terucap dengan kata-kata, sekejap-sekejap yang keluar dari mulut.. wahhhhhh! wahhhh!! ;))))). Maka banyaklah aksi yang dirakam, aksi nak melompat dari atas bukit saja tak berani sebab saya ni gayat orangnya, hihi. Jadi yang banyak adalah aksi peluk tiang signboard, kah kah kah.. Gerimis yang mengundang memang langsung tak dihiraukan. Sekali sekala terasa juga air hujan yang agak besar. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang. Ialah, pusing-pusing dekat situ jugak, petik-petik kamera muka kami jugak, hihihi.



alamak! Lemakkkkk....

Kami berhenti mengisi perut untuk makan tengahari di sebuah Rumah Makan Minang. Di sini kami dihidangkan makanan secara ala kadar.. hehe. Maknanya, pilih lauk yang kami hendak, barulah ia dihidangkan. Makanannya memang sedap, paling sedap tauhu goreng panas-panas yang dicicah bersama sos rojak. Ayam bakar di sini juga sedap dan meresap rasanya begitu juga dengan lauk-lauk lain. Pendek kata semuanya memang sedaplah, almaklum.. laparrrr... hihihi. Terkejut sekejap kerana harga yang ER bayar kurang 200.000 sahaja. Murahlahkan, semalam kami kena 300.000 tau. Pak Sufian tergelak bila kami kata murah. Saya sempat bertanyakan asal Pak Sufian dan menurutnya dia berasal dari Acheh. Ramai saudaranya yang mati kerana tsunami dan katanya Malaysialah yang banyak memberi bantuan dan dia amat terhutang budi. Rasa terharu sekejap... sob.. sob.. Ops! Gambar makanan kat sini? Saya pun lupa ada kat kamera yang mana, hehehehe.

Hari masih siang lagi tapi menurut ER kami akan balik ke hotel. Saya melihat jam, masih awal lagi, biar betul. Tak berbaloi rasanya dengan apa yang kami bayar. Walaupun badan ni dah rasa letih kerana jalan yang tidak selesa tapi saya gagahkan diri juga. Kami melalui kawasan gunung berapi yang menempatkan kolam air panas. Pak Sufian mempelawa untuk singgah, ER menolak tapi saya dan Cik Embun sama-sama berkata ya. Maka, kami pun singgah. Saya membayar wang masuk kira-kira 13.000. Mak Aihhh! Rasa nak pitam menghidu bau persekitaran kolam. Eiii.. ada orang buang air besar merata-ratakah??? Pak Sufian tersenyum melihat saya menutup hidung. "Bau belerang," katanya seolah faham apa yang saya fikirkan. Ohhh, tapi saya masih menahan nafas sehingga bau itu kembali stabil dan sebati, hehehe. Saya membayangkan kolam air panas yang masih terpelihara rupanya ia telah dibangunkan tetapi sayangnya suasana tidak terjaga. Soal kebersihan kurang diambil peduli. Sisa-sisa kotak makanan dan minuman ditinggalkan begitu sahaja. Sampah memenuhi tong tidak dikutip membuatkan saya rasa tak selesa. Ditambah pula hari yang baru lepas hujan dan tiada tempat duduk. Setelah meninjau-ninjau, akhirnya kami duduk di sebuah pondok yang seperti baru saja ditinggalkan. Pak Sufian membentangkan plastik untuk kami duduk dipinggir kolam selebar 10 kaki. Cik Embun dan Yaya merendam kaki, saya masih berkira-kira dan menyuruh ER turun kolam. Beberapa pengunjung lain ada yang berendam dengan baju yang ala-ala baju tidur kaftan. Melihatkan warna air yang keruh saya tidak sanggup, teruknya saya, bukanlah pembersih sangat tapi memandangkan datang ke sini sehelai sepinggang, malas pula nak berbasah-basahan. Jemu merendam kaki, kami bergerak pulang.

dekat belakang tu gunung berapi yang masih aktif.. berasap-asap..

Saya mengajak Pak Sufian singgah makan jagung bakar yang saya dah idamkan dalam perjalanan pergi tadi. Kami menikmati jagung di pinggiran bukit sambil melihat gaung yang terbentang. Bumi yang masih terpelihara, saya terfikir kalau jatuh haiii, memang mati sia-sialah jawabnya sebab orang tak mungkin dpat jumpa mayat kita.. ish3!

tunggu jagung di tepi gaung.. hehehe

Sebaik menghabiskan jagung masing-masing kami terus bergerak pulang ke hotel. Pak Sufian berkali-kali menawarkan untuk membawa kami berjalan malam nanti. Bukannya percuma yang pasti jadi saya dan ER menolak. Teringat pula dengan Pak Wawan di Bandung yang cuma mengenakan RM150 untuk 12 jam sewa kenderaan. "Marilah, kita jalan-jalan, tengok lampu waktu malam, cantik-cantik." Lama-kelamaan hati ER pun tercuit. ER cakap dengan saya, tak apalah, dia kata tambah 100.000 jer. Pak Sufian kata, pemandangan Medan malam lain, nanti kita pergi mall, kita pergi sana, kita pergi sinun... Ioalahhhh...

Nak bersambung lagi, boleh tak???

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. buah cinta? siapa makan buah tu boleh jatuh cinta lepas tu tak?...:)

    ReplyDelete
  2. Hehehe tringat kenanga lepak sorang2 kat brastagi dalam hati punya le cuak tapi muka mantain macho.

    ReplyDelete
  3. Yus, tak taulah sebab buah tu masam tawar, kalu masam manis, boleh kot! hihi

    ReplyDelete
  4. Kak sam, cemana leh lepak sorang-sorang tu?? Buat macho tu konon beranilah ya?? hihi

    ReplyDelete
  5. macam sdap je buah cinta tu?kat tempat kita ni ada jual tak agak2ya

    ReplyDelete
  6. Suri Solehah, buahnya masam dan tawar, kalau di Medan, mereka buat jus dikisar bersama buah markisa. Tak pernah pula jumpa kat Malaysia. Oh, ya! Nama asal buah ni ialah terung belanda.

    ReplyDelete
  7. Kak Sari,sy tgu sambungn seterusnya kak,hehe..Ralit duk baca..

    ReplyDelete
  8. sambung jgn tak sambung..
    nnt akak pegi ke episod 4 pulak ye.. hehe..

    ReplyDelete
  9. kolam air panasnya macam tu klu anak sy aiman pun mesti kata. "sampah kena buang dalam tong sampah..kotor!"haha..

    emm bayar seratus tak berbaloi ekk tgok lampu bodoh.kehkeh..

    ReplyDelete
  10. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!