TERIMA KASIH CR

Seri Kandi Tanah Jauhar
21
ASSALAMUALAIKUM...

SIAPA CR... Carlo Rino???


Bukan... CR untuk Citarasa Rinduan iaitu Ayu yang sudi menjemput saya ke Majlis Walimatulurus sepupu beliau Nurasilah Dolmat bersama pengantin lelaki yang gagah serta ganteng, Helmy di Kampung Jaya Sepakat, Senai, semalam.


Berbondong-bondong membawa pulang berkat dan buah tangan, untungnya jika datang selepas pengantin bersanding, kami turut dijamu buah anggur saiz XXL dan kek pengantin. Dan layanan dari Ayu yang superb tambahan pula rupanya dua-tiga orang pakcik Ayu rupanya merupakan kenalan ER, meriah memang meriah, hehehe.


Alhamdulillah, saya yang hadir bersama blogger Oh Oeya sempat juga bergambar dengan pengantin. Dan ada pula buah tangan dari Oeya untuk saya, adeiiii.. malunya Oeya, saya tak ada apa nak kasi awak. Nanti kita buat entry lain untuk Oeya yang manis ya. Yang pasti saya suka, Yaya gembira, bertambahlah koleksi merah jambunya, hehehe.



Untuk Ayu, meh sini akak nak bagi pantun...

Molek berlabuh kapal dagang,
Bawa bersama songket sutera,
Puan menjemput kami bertandang,
Harap Ayu ceria gembira.

Intan diikat emas suasa,
Nampak mahal berseri-seri,
Orang memberi kita merasa,
Budi puan tersemat di hati.

Salam Sayang
Tags

Post a Comment

21Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nakkk ikuttttt...he3
    bestnya jumpa kekawan....

    ReplyDelete
  2. bestnya gi kenduri kawin..moga pasangan itu berkekalan

    ReplyDelete
  3. wah seronoknyer.. leh jumpa kawan2 blogger.. tahniah kepada pasangan pengantin baru...

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhhhh!!!! gigih ayu kemari.. hahahhahah.. nie ganti2 dengan en zalie berniaga..
    sis...............
    tocey yer, sbb sudi hadir kemajlis perkahwinan sepupu ayu..
    kiranya berjayalah kan..
    ditambah dengan hubungan en suamimu terhadap pakcik2 ayu...

    muah2.... nak jumpa lagi dengan sis dan blogger oeya... insyallah

    ReplyDelete
  5. Yang best sekali bila dpt jumpa kawan2 blogger...memang meriah...hehehe

    ReplyDelete
  6. seronoknya dpt jumpa sesama blogger... tambah pula yg ramah tamah.. bertambah2la seronok kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. layanan dr ayu mmg sentiasa superb... :D

    bila lah nak jumpa kak yus lagik..aritu akak dtg melaka x dapat nak jumpa sbb kat umah ramai tetamu..sempat calling2 yg asyik putus2 je tuh...heheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lia call tu dh buat akak trharu, len kali kita jumpa ya, Lia

      Delete
  8. Waaaaaaaaahhh Sari...gader2 sambil makan nasi minyak eh...best tuu ^__^

    ReplyDelete
  9. Sukerrr berganda-ganda..
    Ayu sangat2 comel..
    Happy sungguh kita kan..
    Aduhhh Sari, dapat bertemu awak sekeluarga pun kita dah bahagia sangat tawww :)))
    Awak berdua sudah post cerita, saya belum punya masa melakukannya, maaf ya..

    *pantun manissssss sangat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lambat atau cepat tak kisah, Oeya. Yg penting dpt mmbhgiakn insan istimewa mcm Oeya ;-)

      Delete
  10. Ntah apalah yg disibukkn Kak Ham ni, nk dpt mnantu kot?? Hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!