I AM SORRY :-(

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
ASSALAMUALAIKUM wbt

MAAFLAH kalau hari ini saya masih bercerita tentang kucing.

SUDAH lebih dua minggu Zonan tinggal bersama kami. Sejak hari dia datang, Zonan akan tidur bersama kami. Seboleh-bolehnya dia akan menyelit di antara saya dan ER. Kadang-kadang kami sengaja mendengki Zonan. Kami baring rapat-rapat supaya dia tak boleh menyelit. Tapi bila sedar dia mesti ada kat tengah-tengah, kacau daun betulkan.. huhu. Bila di'offer' tidur dengan Yaya, Zonan tak mahu pulak. Yaya pun tak nak sebab dia kata takut terhempap Zonan. Walaupun diletakkan elok-elok di atas sofa di ruang tamu, Zonan pasti bertandang tengah-tengah malam. Syok agaknya dapat haba panas dari kami, hihi.

Penyudahnya, saya terkehel batang leher, mungkin salah bantal pada Sabtu lepas. Bila nak toleh kiri, terpaksa pusing dengan badan-badan sekali. Saya salahkan Zonan. Mungkin merajuk dan faham, Zonan tak lagi tidur dengan saya. Hati sedikit sedih tapi saya rasa itu yang terbaik untuk dia dan saya. Sebab sudah dua minggu saya selsema pagi-pagi sebab saya memang ada alahan dengan kucing. Zonan sekarang lebih selesa mengerekot di sofa. Kadang-kadang dia menyelit di antara set amplifier dan hi-fi. Apa-apalah Zonan, asalkan kau bahagia.

Bila keluar rumah, saya tinggalkan Zonan di dalam sangkar. Bimbang nak melepaskan Zonan sendirian. Saya tahu kucing haiwan yang berdikari tapi saya takut berlaku sesuatu kepadanya. Saya cuma lepaskan Zonan bila saya ada di rumah. Bila berada di dalam sangkar, terpekik-pekiklah dia meminta keluar. Kalau saya keluar bekerja saya tak tahulah berapa lama dia akan terpekik terlolong begitu. Bila saya pulang, saya lihat Zonan seperti keletihan. Mungkin dia bosan seharian dikurung sedangkan sebelum ini dia ligat ke sana ke mari di perhentian bas itu. Zonan bebas dalam dunia lama tetapi terkurung dalam dunia baru walaupun diberi makanan yang sedap pasti mengganggu emosinya. Sedihnyaaaaa...

Zonan tidak lagi seperti mula-mula kami jumpa dulu. Dia lebih banyak termenung dan tidur. Dulu pantang nampak sesuatu yang bergerak, pantas dia mengejar. Kini, digeletek-geletek badannya pun dia tidak lagi melawan. Malas sahaja dia membalas. Ajak mengejar bola pun sekejap saja dah berhenti. Macam kucing yang tak ada mood kalau tak dulu satu rumah digeleceknya bola sampai masuk ke bawah sofa jadi gawang gol :-)

Akhirnya semalam saya mengambil keputusan untuk membiarkan Zonan bebas. Saya tak akan mengurungnya semasa kami berpergian. Tetapi Zonan mengejar belakang kereta. Saya tak sampai hati. Semalam dia belum buang air besar masa kami keluar. Sebelum-sebelum ini biasanya Zonan akan buang air besar pagi-pagi sebelum kami keluar. Jadi hendak tak hendak saya nekad kurung juga Zonan. Biarlah dia terberak dalam sangkar nanti, saya akan sabar bersihkan sangkarnya. Bukankah pemilik kucing adalah orang yang sabar??

Bila pulang semalam, seperti dijangka Zonan buang air dalam sangkar. Dalam kepenatan saya bersihkan sangkar dan mandikan Zonan bersungguh-sungguh. Saya tak menghiraukan Zonan yang meminta kasihan. Saya kata, mandi.. mandi.. tadi dah berak dalam sangkar. Lepas tu saya balut dia dengan tuala. Saya suruh Yaya peluk dan lapkan badannya sementara saya mandi. Keluar bilik air, saya lihat Zonan bersin tak berhenti. Airmatanya mengalir. Aduh! Kejamnya saya.. apa yang saya dah buat? Zonan terus-terusan bersin. Dia menepis-nepis tangan saya yang cuba mengelap airmatanya. Zonan makan sedikit sahaja semalam walaupun saya hidangkan makanan kegemarannya, ikan rebus yang digaul bersama biskut cream cracker. Saya pujuk dia makan, saya hancurkan pil selsema Yaya setengah biji yang saya campur dengan air. Lepas tu saya tuang dalam mulutnya. Zonan menyembur, saya putus harapan.

Pagi tadi Zonan masih selsema. Dia tak lalu makan. Saya rasa tentulah tekaknya juga sakit. Kali ni saya ambil setengah biji pil selsema dan setengah biji pil sakit tekak, saya hancurkan dan gaulkan dalam ikan rebus. Zonan hanya sentuh sedikit. Aduhhhh!! Bersalahnya sayaaaaaa... Zonan, I'm really2 sorry... :-(

Dalam kelam kabut saya tinggalkan Zonan di luar rumah. Semua makanan dan air saya letakkan dalam sangkar yang tidak ditutup. Zonan terus lari duduk bersembunyi bawah kereta jiran. Saya nekad tinggalkan Zonan. Biarlah dia bebas hari ini. Saya tak sanggup lagi terus mengurungnya. Berlarilah sejauh manapun asalkan tahu pulang ke rumah. Saya serahkan pada Allah untuk memelihara Zonan saya.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam Sari
    saya dah takde membela kucing...
    bila baca entry sari teringat suatu masa dulua kan kemanjaan kucing saya dan keletahnya
    memang kena sabar banyak bab nanisnya tu,kan

    ReplyDelete
  2. kita biarkan je lepas bebas...nt dia biasa la tu...5 ekor kt umah tu...kalau kita kerja....dewang rasa cuaca sejuk..memasing bergumpal dlm sangkar....imejin je la 5 ekos smua duduk setempat....hehhee....tp skang musim berangin kan....dewang baring2 je kt garaj keta...pintu sangkar sntiasa terbuka....siapa2 suka leh masuk...

    ReplyDelete
  3. mcm lia kata...org yg memelihara kucing mmg sabar orgnya kan kak...lia t'ingat kat makcik lia yg dok kat taman impian emas.kempas.w'pun sibuk m'uruskan bisnes kicapnya dia masih ada masa menjaga lbh 5 ekor kucing2nya...

    klu sakit dibawa jumpa doktor & dia sanggup x tido malam selagi kucingnya blm sihat...

    setiap hari bersihkan sangkar kucing2nya..mandikan kucing2 tu...lia jd sgt2 kagum sbb lia tau x akan mampu jd sabar mcm dia n kak yus juga....

    ReplyDelete
  4. Suka Sari bela kucing ya. Teringat adik saya, dulu pun suka sangat kucing, tp bila satu hari kucing kesayanganny di langgar mati depan rumah, dia terus fobia nak bela kucing...

    ReplyDelete
  5. dulu akak mmg suka bela kucing.. tp sejak pregnant anak pertama dah tak bela lagi.. lgpun akak masih ada anak kecik & lagipun.. rumah akak skrg tak sesuai nak bela kucing sbb akak tinggal apartment. bab nak tukar pasir tempat buang air tu mmg kurang rajin sikit.. hehe..lagi2lah bila tempat buang sampai jauh dari rumah kat apartment gini.. tentu rasa terbeban dengan tugasan tambahan sebegitu.. hehe.. apa2pun.. moga zonan dpt berdikari bila dilepaskan begitu.. insyaAllah dia tak lari sbb dia tau kat rumah tu ada org yg sayang dia..

    ReplyDelete
  6. mungkin dia ingat masa lalunya sampai nampak tidak bersemangat. kasihan, tapi berserah saja pada ALLAH, modah2an dia selamat. jangan sedey yaaaa.

    suka kucing tapi takut nak pegang kucing...takut dia ngapppppppp...huhuhu dasar penakut rupanya kak zu ini.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!