NAMAKU ZONAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

ASSALAMUALAIKUM wbt

...

SEPANJANG perjalanan aku hanya mendiamkan diri. AKu tidak menghiraukan apa sahaja yang dibualkan oleh dua beranak ini. Perasaanku agak cemas, bimbang jika mereka membuat sesuatu yang buruk ke atas diriku.

Sampai di suatu tempat, ibu budak perempuan yang dipanggil Yaya itu meninggalkan aku berdua dengan Yaya. Yaya mengajakku bermain. Aku jadi seronok. Aku menggapai-gapai tanganku cuba mencapai sekuntum bunga besar yang diagah-agah kepadaku. Aku lihat Yaya terjerit-jerit kesukaan, aku pun semakin seronok bermain dengan Yaya. tiba-tiba ibu Yaya datang semula dan membawa satu sangkar yang agak besar. Pintu sangkar dibuka dan aku dimasukkan ke dalam sangkar itu. Aku jadi takut semula. Aku menjerit-jerit seperti kucing yang tidak siuman. Aku tidak betah dikurung begitu, aku selalu bebas berlari ke sana ke mari. Tolong keluarkan aku dari sini!!!

Ibu Yaya yang dipanggil bonda menyuruh Yaya mengeluarkanku dari sangkar. Aku lihat Yaya cuba membuka sangkar tetapi gagal. Bonda menyuruhku bersabar, aku menjerit semakin kuat minta dilepaskan.

Tiba-tiba bonda berhenti lagi di suatu tempat. Bonda membukakan sangkar dan menarik aku keluar. Kemudian bonda meninggalkan kami. Bonda datang semula dengan membawa satu bungkusan berwarna kuning. Kemudian kami bergerak lagi ke suatu tempat yang lain. Pelbagai pertanyaan melintas di fikiranku, ke manakah aku akan dibawa?

Rupa-rupanya aku dibawa ke sebuah rumah yang mungkin tempat tinggal mereka. Aku merayap-rayap di sekitar dapur. Hairan aku dengan persekitaran yang tidak sama seperti perhentian bas tempatku melepak sebelum ini. Aku dimasukkan semula ke sangkar. Tiba-tiba aku merasa pancutan air menyirami tubuhku. Aku terkejut dan menjerit-jerit. Rupanya aku dimandikan. Aku menjadi selesa semula bila tubuhku dibalut dengan tuala yang agak tebal. Seluruh buluku dikeringkan. Aku diberi makanan yang tidak pernah ku jamah. Aku menjadi pelik kerana ia tidak kena langsung di tekakku. Aku hanya menjamahnya sedikit dan kemudian aku bermain bersama-sama Yaya. Akhirnya aku tertidur kepenatan.

Tidak lama kemudian, aku terdengar suara garau seorang lelaki. Ini tentu bapa kepada Yaya. Dia sangat suka bila melihatku dan terus mencapai tubuhku yang sedang enak bermimpi. Seperti Yaya, dia turut membelek punggungku bila Yaya memberitahu aku kucing betina dan namaku Jessica. Aku sangat suka hati kerana akhirnya ada orang yang tahu jantinaku. Jantanlah, kata bapa Yaya. "Hah! Jantan? Kalau macam tu kita namakan dia Zonan," aku terdengar cadangan bonda. Apalah bonda ni, kucing jantan dengan betina pun tak tau, hahaha. Nasib baik ada bapa Yaya. (Bukan tak tahulah, malas nak tengok dan kecik sangat..tak perasan, hehehe)

Akhirnya aku mendapat tempat tinggal yang selesa. Aku tidak lagi tidur dalam kesejukan. Hidungku tidak lagi tersumbat dengan asap kenderaan dan telingaku tidak lagi bingit dengan bunyi hon yang sentiasa memekik di perhentian bas tersebut.

Yang paling penting aku sekarang sudah ada girlfriend yang bernama Merry, ahakz! Jangan maraaaaaaaaaaa...

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. amboi bertuahnya Zonan,bertuankan keluarga alam sari...mesti pasni tembun sbb tuan rumah chef serba boleh...

    ReplyDelete
  2. mesti yaya suka sbb dah ada teman kat umah.. :) lia x pandai jaga kucing kak sbb pada lia org yg sayang kucing ni mesti sabar orgnya....bukan senang nak menjaga walau seekor kucing...

    ReplyDelete
  3. laa... semuanya berkisar pasal kucing.

    ReplyDelete
  4. laa... semuanya berkisar pasal kucing.

    ReplyDelete
  5. gf dia kaler pink! hehehe!

    senyum ye kak. :)

    ReplyDelete
  6. Wahhh...nyaris2 menitik air liur baca n3 akak, beriya2 nihh...hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!