ZONAN DAH SIHAT, YEY!
February 20, 2012
2
ASSALAMUALAIKUM ..
TERTANYA-TANYA... siapakah yang memanjat pagar rumah kami dan masukkan Zonan dalam sangkar??? Masa saya buka pintu pagar, terdengar suara Zonan memanggil, rupanya ada seseorang yang baik hati telah sanggup memanjat pagar rumah saya dan masukkan semula Zonan dalam sangkar, mungkin dia ingat Zonan terlepas kot, nasib baik Zonan tak berak kencing dalam sangkar tu. Apapun saya ucapkan terima kasih juga untuk insan yang prihatin tu ya.
Sejak terbebas hari tu, saya nampak Zonan dah mula ceria. Saya pun tidak lagi tinggalkan dia dalam sangkar. Kami dah latih Zonan keluar masuk ikut tingkap bilik jadi sekarang tinggalkan saja tingkap terbuka supaya senang dia keluar masuk. Anak-anak jiran yang suka bermain bola dan badminton depan rumah pun dah kenal Zonan tu kucing saya. Zonan pulak suka betul tengok budak-budak tu bermain. melingas jer mata dia melihat bola ditendang ke sana ke mari. Kalau boleh diapun nak menendang sekali agaknya. Terangkat-angkat punggungnya tu yang kelakar jer menengoknya, hehe.
Bila tengok Zonan dah ligat macam tu hati saya pun dah senang kalau tak sentiasa rasa bersalah dan berdosa jer. Zonan ni bukan jenis kucing yang hanya suka tidur dan makan. Sekarang saya perhatikan jadualnya pagi-pagi mesti lapar. Lepas makan dia buang air lepas tu terkejar ke sana ke mari, main sembunyi-sembunyi, apa sahaja yang bergerak semua nak ditangkapnya. Kalau dah penat memang tidur tak bergeraklah, kita gegar-gegar pun dia buat tak layan. Dua tiga hari ni dia dah mula tidur dengan saya semula. Jadi mungkin betullah hari tu dia merajuk dengan saya sebab mengurungnya. Kira proteslah tu. Malam tadi dia pulang jam 12.30 terus menyelit jer. Sabar ajelah..... huhu.
Tags
alhamdulillah...mesti yaya pun happy..kucing pun tau merajuk ea kak..sbb kucing ni haiwan yg manja.. :) kak yus lah yg kene beli ubat selsema byk2 llps ni sbb zonan dah mula 'menyelit' semula tu... ;)
ReplyDeleteAssallamualaikum Yus..
ReplyDeleteLama tak jenguk sini. Yus, anak2 Naz suka gak kucing tp Naz jer yg malas nak jaga. Tabik la pada insan2 yg ikhlas dan rajin pelihara kucing macam yus ni. Bukan apa, sbb ada anak tecik tu yg malas tu. Budak2 ni bukan tau ikut cakap kita. Kang digomol2 jer kucing tu ikut suka hati dia org. Kucing lak yg cam takut kekadang tu dengan depa..hehehe