DAK NAKAL DAH SEBULAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
16
sape ada dalam cermin???






ASSALAMUALAIKUM...

MEOWWWW!!

Biar betul, besar macam ni sebulan??? Hihi.. sebenarnya bukan usia Zonan ni yang sebulan tapi hari ini genaplah sebulan saya mengambil Zonan sebagai kucing angkat. Sejak ada Zonan saya dah macam ada baby pulak. Rasa-rasanya turun jugaklah ukuran pinggang saya ni tau, dibuat dek Zonan ni. Dapur tu dah berapa kali saya berus dalam sebulan, tu belum lagi berulang-ulang basuh cadar, sabun sekotak dah tinggal setengah, bil api dan air pastinya naik bulan ini. Itu belum lagi kecerewetannya tentang makan, memilih betul. Tak pernah jumpa kucing yang memilih pasal makan ni tau... Berpuluh ringgit juga habis cuba yang itu, cuba yang ini. Akhirnya jadilah rezeki kucing-kucing jalanan yang tak tahu memilih janji dapat mengalas perut yang kelaparan. Zonan ni kalau dah menggigil perut pun, kalau kita paksa makan pun dia tak mahu kecuali ikan rebus yang digaul dengan nasi atau biskut, yang itu memang dia tak tolak. Pengsanlahhh hari-hari mahu rebus ikan, huhuhu. Friskies, Whiskas, Pro-Diet, Smart Heart semua dia jamah sikit-sikit lepas tu tinggal... urmmmm. Royal Chain??? Oh! Tidakkkkkkkkk...

Zonan paling suka duduk dalam rak buku berbentuk kotak yang Yaya panggil Zonan's Control Car. Kadang-kadang Yaya buat beg, ikat tali hujung ke hujung dan dipikul di bahunya ke hulu ke hilir. Diam jer Zonan bila dipikul, suka sangat dia. Kalau Yaya rajin dia tarik kotak tu. Lagilah suka Si Zonan ni, memang kelakar tengok gelagat dia.. ER dan saya selalu mengekek-ngekek ketawa tengok telatah Zonan ni. Kalau tak ada orang nak melayan dia, mulalah dia mengiau-ngiau ajak bermain kejar-kejar. Yang penakut macam saya ni memang terjerit-jeritlah sebab dia suka mengacah-ngacah kita, silap-silap dapat penampar, hahaha.

Alhamdulillah, sejak seminggu lepas, kami dah berjaya latih dia buang air di luar rumah. Zonan juga dah dibebaskan sepenuhnya. Setiap petang dia akan menyambut kepulangan kami, terkejar-kejar bila nampak kereta memasuki garaj. Kalau kami balik malam, dia setia menunggu sambil duduk di kabinet kasut. Betullah kata orang, kucing ni binatang yang setia dengan tuannya. Semoga Allah sentiasa memelihara keselamatan Zonan sepanjang kami keluar rumah seharian. Amin....
sedia untuk berlepas!
Tags

Post a Comment

16Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. comelnyer duk dlm kotak tuu!! ^^ sama muka macam tun nyer oyen. mmg seronok tgk telatah kucing ni. mmg kene ajar slow2 beri makanan tu, jenuh la nk merebus ikan tu. dgn hanyir lagi.. x rela! hihi.. tun beri whiskas junior yg lebik tu. dlm peket kecik2, pastu selang2 ngan pallet. skrg ni alhamdulillah dh pandai makan makanan kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun, betul mcm muka Oyen kan, hihi. Cerewetlah Tun, dia kurang gemar mknn segera ni, huhu

      Delete
  2. memang comel je aksi zonan dok dalam kotak tu.

    ReplyDelete
  3. aihh teringat kucing saya. nama dia oren..

    bela dari kecik sebab jumpa depan rumah org buang. sebijik rupa mcm ni..

    T_T UUuUuUuuu

    ReplyDelete
  4. comeynyaaaaa....bertuah si comey dpt tuan yg cun dan perihatin nih....

    ReplyDelete
  5. Owhhh! Ni dak Zonan yg ada mama tu kan.. hik3 :D

    Awakkk.. kalau kita pakai contact lens yang betul2 sama dgn mata dak zonan ni.. ada kelihatan kpop tak kui3 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishhhh, awakkkk, nt kalu dh pakai contact lens tu amek gbr ya, hehehe

      Ya, nilah budak yg ada mama tu, hahaha

      Delete
  6. alo.. geramnya tgk. kucing2 sy kt kampung pun makan ikan rebus dgn nasik.. makan juga whiskes bagai tu.. bak kata org dorang belasah je apa pun. ada yg hantu ayam.. kalau dia makan ayam licin. tulang pun takde. gigi dia memang kuat. tulang besar pun dia blh kunyah. namanya kasim.. semua tu kt kampung.. kt sini ada hamster je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya kucing Si Lekit tak cerewet makan ya. Senangnya kalu kucing sy pun mcm tu. Huhu

      Delete
  7. Assalamualaikum kak sari, saya nak confirm order stokin dgn kak sari. Nak warna apa ye?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!