SELAMAT HARI LAHIR IBUKU

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
Assalamualaikum...


HARI ini 14 Mac 2012, umur ibu bertambah lagi. Memandangkan hari lahir ibu jatuh pada hari bekerja, maka kami sepakat untuk meraikan ibu malam tadi. Kalau tahun lepas kami meraikan ibu di Seoul Garden, tahun ini, Cik Embun cadangkan kami buat bbq.. Lama dah tak berbbq, katanya, huhuhu. Nasib baik Angah ada pemanggang gas, jadi tak payahlah berkipas-kipas dan hitam berarang, hehehe. Tukang bakar pun ramai jadi taklah penat sangat. Memandangkan hari ini tuan rumah malas nak on lappy, jadi nanti-nanti sajalah saya kongsikan gambar ya.

(update : gambar dah upload, layannnnn ;-))) )

Inilah menu mengancam hari lahir ibu yang ke 71:

BBQ:
Daging
Ayam
Udang
Sotong
Sosej
Otak-otak

Spaghetti Bolognese
Garlic Bread
Mushroom Soup
Squid Tempura
Triffle

Tahun ini saya tak buat kek, beli siap dari kedai, mood membakar meredum-redum menjunam tak dapat diselamatkan, hihi.

Untuk ibu, Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur & diberikan kesihatan yang baik. Semoga ibu gembira selalu, Aminnn.
Terima kasih ibu kerana melahir dan membesarkanku.

Terima Kasih, Allah.

Untuk Along & Wawa yang tak dapat balik, nanti balik Johor kita bako lagi, okeh.
Tags

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. seronoknya kak b'BBQ lia pun dah lama x buat makan2 mcm ni..mungkin tunghu cuti sekolah bulan mei nnti agaknya sbb masa tu baru dapat balik kg...rindu kat mak/ayah

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut ulangtahun buat ibu tersayang yee..

    seronokkan bila buat makan2 mcm tu...

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir juga buat bonda kak sari...moga diberi kesihatan dan dipanjangkan usia....diberkati Allah swt sentiasa....

    ReplyDelete
  4. menu pun sudah mengancam jiwa raga ku ini. selamat hari lahir ibu, moga dirahmati ALLAH selalu hendaknya.

    ReplyDelete
  5. Happy Sweet 17th eh! eh! 71 Che Na sayanggg.. Anak2 Che Na yg noti telah mempengaruhi saya mengatakan 17 hihi :)

    ReplyDelete
  6. Assalam kak Yus,sedapnya tgk bbq semua tu. Selamat hari lahir buat bonda kak Yus, semoga sentiasa dirahmati Allah selalu hendaknya..amin.

    ReplyDelete
  7. Happy birthday 'makcik', tua lagi mak saya...dah dekat 80 umur dia. Harap mak Sari diberi kesihatan yg baik, dilanjutkan usia dan bahagia dikelilingi anak n cucu.

    ReplyDelete
  8. as-salam kak Sari
    happy besday to your mother..semoga dilanjutkan usia & selalu dilindungi Allah SWT..sedapnye kak BBQ tu..

    ReplyDelete
  9. Selamat hari lahir makcik.. semoga diberi kesihatan berpanjangan.. :D

    ReplyDelete
  10. terliur je tgok bbq tu.hiks..

    selamat hari lahir buat ibu ye..semoga diberi kesihatan yg baik dan murah rezeki selalu..:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!