NUKILAN UNTUK TEMAN 2

Seri Kandi Tanah Jauhar
19
ASSALAMUALAIKUM...

SAMBUNGAN dari Nukilan Untuk Teman 1 (Sebenarnya tataw nak bagi tajuk apa.. pikirrrr)

MARLIN dan Sabariah tersengih di depan pintu. Di tangan masing-masing menjinjing sesuatu. Tanpa disuruh, keduanya terus masuk seperti sudah biasa. Manakan tidak, mereka turut menyewa bersama Indrawati, Rahayu dan Ismaliana. Sudah lumrah hidup sebagi pelajar yang masih mengharapkan wang ibu bapa seperti mereka untuk menyewa beramai-ramai. Tapi kata Marlin, cukuplah mereka berlima. Tidak selesa rasanya kalau duduk berhimpit-himpit. Kalau boleh cair lemak di badan, okey juga, kata Marlin suatu masa dahulu.

“Korang tengah makan ke?” Marlin terus berjalan ke dapur diekori Sabariah. Marlin mengeluarkan satu bekas empat segi dari plastik merah yang dibawanya tadi.

“Apa tu?” Panjang muncung Ismaliana bertanya.

“Gulai Ikan Duri, mak aku kirim ngan Si Lela,” pantas Marlin menuang gulai ikan duri ke dalam periuk sederhana besar. Masing-masing menelan air liur tidak sabar. Lela merupakan kawan sekampung dengan Marlin, kebetulan dia pulang sekejap ke kampungnya kerana hendak mengambil komputer riba yang dibelikan ayahnya. Senang nak berblog kononnya, budak-budak sekaranglah katakan.

“Sabar ya kawan-kawan, kena kasi panas dulu,” pujuk Marlin.

“Alaa, aku taulah Lin, sabar tu kan dah jadi cam trademark kau, sikit-sikit sabar... sikit-sikit sabar, hehehe,” Sabariah mengusik Marlin. Marlin hanya tersengih.

“Sabar tu kan, separuh daripada imannnnnnnnn,” sambil menepuk-nepuk dada, Marlin mempertahankan hujah. Yang lain semua tergelak dengan telatah Marlin. Marlin terus meletak periuk di atas dapur dan menghidupkan api gas. Sementara menunggu lauk panas, dia meletak punggung di antara Rahayu dan Indrawati. Masing-masing memberi laluan kepada Marlin sementara Sabariah turut menyelit di sebelah Ismaliana.

“Kau beli apa pulak tu, Oeya?” tanya Rahayu. Sabariah yang senang disapa Oeya sejak kecil meletakkan bungkusan polisterin di sebelah Pais Ikan Mayong.

“Takyah masuk pingganlah ya, jimat air nak cuci, hihi,” kata Sabariah sambil membuka bekas polisterin.

“Wowwww! “ Hanya suara yang kedengaran bila masing-masing melihat potongan terung bakar goreng berlado yang tersusun dalam bekas polisterin itu.

“Mesti kau beli kat Warung Kak Jee, kan?” Indrawati terus mencapai sepotong terung dan meletakkan di dalam pinggan nasinya. Dia memicit-micit terung itu mengadunnya bersama sambal yang ditabur udang kering garing dan terus menyuap ke mulut.

“Terbaikkk!!”Indrawati meluruskan ibu jari. Siapa pun kalau singgah ke Warung Kak Jee, pasti akan mengambil lauk terung bakar berlado yang mendapat permintaan hangat itu. “Rajinnya kau singgah Warung Kak Jee tu, jauh jugak tu nak patah balik,” persoalan atau kenyataan yang diluahkan Indrawati kepada Sabariah.

“Aku kirim ngan kawan akulah,” kata Sabariah.

“Siapa tu yang rajin sangat?” tanya Rahayu pula. Ismaliana pula lebih khusyuk menyuap nasi ke mulut.

“Adalahhh... malu nak cakap..”

“Ooo, ni mesti budak yang nak ngurat kau tukan??” tuduh Rahayu.

“Ha.. aa.. mulalah tu nak serkap jarang, biarlah, yang penting kita makan, korang jangan tak habiskan pulak, sedap ni,” Sabariah menukar topik.

“Huh! Nak rahsia-rahsialah tu..,” muncung Rahayu masih panjang tapi tetap laju menyuap.

Benar-benar terlupa dengan topik tadi, masing-masing khusyuk menikmati hidangan yang disajikan. Sekali-sekala terdengar suara-suara memuji masakan Indrawati terutama sayur jantung masak lemak cili padi yang memang telah sekian lama tidak dinikmati.

“Eh, korang ada bau apa-apa tak?” Sabariah menegur. Masing-masing mengerutkan dahi sambil mengemut hidung.

“Gulai akuuuuuuuuuuuu!!” Jerit Marlin. Mujur tidak hangit cuma kuah merah pekat hampir kering. Di tepi-tepi periuk terdapat garis-garis hangit kehitaman, jenuhlah nak menggosok karang, kata hati Marlin. Dia terus menuang gulai tersebut ke dalam mangkuk besar dan meletakkannya di tengah-tengah hidangan.

“Cooooooooooooopppppp!! Kepala aku punya, okehhhh,” Marlin cepat-cepat mencapai sudu dan mengambil sedikit kuah gulai asam pedas.

“Haaaa... tak aci!” Masing-masing turut berebutkan mencapai isi kepala ikan. Terangkat betul menu tengahari tu, ikan duri dan ikan mayong, dua-dua menambat selera. Mujur Indrawati sengaja masak nasi lebih, kononnya boleh dibuat nasi goreng malam nanti tapi akhirnya tinggal koret-koret sahaja, mereka saling berbagi konon tidak mahu membazir. Sayang nasi dibuang-buang, Indrawati teringat pesanan ibu ayahnya.

Selesai makan, mereka mengemas dapur bersama-sama. Sejak tinggal menyewa bersama tidak pernah lagi terjadi perselisihan faham antara mereka. Masing-masing tahu tugas yang perlu dilakukan, tidak perlu disuruh-suruh dan bermasam muka. Petang nanti, bolehlah menikmati kuih seri muka yang dibuat Indrawati. Tugas membancuh teh akan diserahkan kepada Rahayu yang pakar membuat air manakala yang lain nanti tolong makan dan basuh pinggan.

***

Selesai solat Zuhur secara berjemaah, mereka berkumpul di ruang tamu. Masing-masing mengadap komputer riba. Bila perut kenyang semua senyap, masing-masing nampaknya tak mahu mengeluarkan modal air liur. Logo huruf f warna biru ditekan laju dua kali dan terpaparlah itu-ini-begitu-begini. Semuanya hendak dikongsi tanpa memikir kesahihannya atau tidak.

Rahayu mebuka chatbox, group KAWAN SEKEPALA diklik dan terpapar chatbox di kaki skrin.

Rahayu : Eh! Korang

Ismaliana : Yup!

Indrawati : Yo!

Sabariah : Ah!

Marlin : Pedia?

Rahayu : Jom kita pegi belajar buat kek nak?

Indrawati : Nak.. nak.. aku suka

Marlin : Kat mana ada buat kelas?

Ismaliana : Mahal tak? Dia ajar deco tak?

Sabariah : Kalau korang sume gi aku nak join

Rahayu : Jap.. jap.. aku google

Beberapa ketika kemudian...


Bersambung...


Post a Comment

19Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam perkenalan dari ogyep... Menanti sambungannya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga dari Alam Sari utk ogyep yummy mellow (OYM).

      Delete
  2. kikikiki...dapat bayangkan makan nasi bertambah2.....

    Hah.. Agak2 kek apa agaknya... Ayu tak reti, jadi tukang makan jerlah... Apa kt kita belajar dgn kak azlita.. Wahhhhhhh.. Aku pulak memandai bg idea....

    Ampun kak yus, terover sudahhhhhhh.. Hahahahah..

    Adusss, tak sabarnya nk nantikan episod seterusnya.... Pitaaammmmmmm

    ehem..br tau nama sebenar ohyea.... yES

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Ayu CR tak betul2 pitam dgn episod seterusnya, hihi.

      Delete
  3. Salam kak, mata kita dah kuyu ehehe.. akak ni mmg penulis ke? berbakat dlm ilmuan penulisan niii ehehe... tgk asam pedas tuu haish! teringat sisip kepala ikan, kita suke part yg kat situ, pastu pipi dia ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ijayuji, kat pipi tu mmg byk isi, selalu berebut tang situkannn, hihi. Akak rasa sesiapa yg ada blog ni semua ada bakat mnulis trmasuklah Ijayuji, betul tak?

      Delete
  4. Muahahaha..menjadi pulak jalan cerita dan dialog dia yek..

    Ingatkan baca yg pertama tu dulu, tak terfkir pulak masuk wataknya 'Marlin & Sabar' juga Ikan Duri tu ye..hahahaha adeii sabo je le...

    Apa2 pun..cepat le sambungnya ye Sari...nk tau jgk apa cerita selanjutnya..kekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Lin, sambungannya menyusul nanti, tunggu yaa, hehe

      Delete
  5. hahhahhaa nk tergelak aku kak...pasni sambung lg

    ReplyDelete
  6. Adooiiii baru tengah nak panas, dah stop pulak....hehhehee....nnt bakar kek jgn rentung sudah la ya Sari...hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ummi, hat yg rentung tu kita cover boh krim cis byk2, haha

      Delete
  7. dtg slps sub uh td x sempat nak tinggalkan jejak 'bigfoot' heheeee...

    x sabo nak tunggu sambungan seterusnya...agak2 dgn sapa lah nak b'guru buat kek ni yerk.... :)

    ReplyDelete
  8. Assalmualaikum...Sari... akak pun suka kepala ikan... dari dulu sampai sekarang... dpt kepala ikan habis akak kerjakan...menangis kalau kucing tengok sebab tak tinggal untuk dia

    ReplyDelete
  9. Hihihi.. saya suka dengan nukilan ini.. Rasa diri disayangi gitu hik3.. Thx Sari.. muahhh! (kiri) muahhh! (kanan) :-)
    Chooppp! budak yang nak ngurat tu..... namanya 'Kasim Selamat' ya?! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Oeya, betulllll, Kasim Selamat, hihi.

      Kau nak kasi malu sama aku ya, Sabariah.. Hahaha

      Delete
  10. Hi therе to all, beсause I am in fact eageг of reading this webpage's post to be updated daily. It includes pleasant data.

    my webpage ... online payday loans no credit check
    my webpage - Pay Day Loans

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!