EGGLESS RED VELVET

Seri Kandi Tanah Jauhar
58
ASSALAMUALAIKUM...

HAMPIR tiga bulan saya meninggalkan dunia kek yang pernah menjadi kegilaan. Pantang nampak tepung, mentega dan gula ada saja yang terlintas di kepala. Bab telur tu jangan cakaplah, seminggu sepapan.. seminggu sepapan habis. Ada saja yang nak digodeh, setiap hari mengulit blog-blog masakan mencari resepi yang berkenan, asal orang kata sedap semua nak dicuba dan ditelan, ahakz! Sudahnya sendiri cari penyakit, kini berat dah nak berkati-kati, lilit pinggang bertambah berinci-inci, tanggunglah sendiri... adush!

Bukan sahaja kek, cheese tart yang pernah memberi duit tepi dan tengah buat menampung kebocoran di tengah bulan juga terpaksa diucapkan 'bye-bye' kerana tak mampu lagi terkejar-kejar meladeni tempahan. Saya mula menutup kedai sejak Disember tahun lepas dan semenjak itu sungguh banyak permintaan yang terpaksa saya hampakan. Ketahuilah, saya sangat sedih menghampakan permintaan mereka, mungkin ada yang berkata, macam tulah orang Melayu berniaga, atau mungkin ada yang fikir saya dah kaya... (itu sebenarnya ayat ER bila nak beli barang atau perkhidmatan dari orang Melayu tapi kedai tutup, huhuhu). Setelah berfikir semasak-masaknya saya rasa tak mampu lagi nak meneruskan bisnes ini. Saya pernah tidur berdiri (terlelap dan bermimpi dalam keadaan berdiri tau.. tak tipu) kerana tak cukup tidur. Orang lain sudah mimpi sampai ke bintang kita masih terkial-kial mengadap tart tiga empat loyang. Jadi apalah gunanya duit berkepuk kalau hilang nikmat yang satu itu sehingga wujudnya jurang dalam keluarga kerana asyik terperuk di celah dapur.


Sebenarnya sudah lama saya berangan untuk membuat RV yang menjadi kegilaan ramai ini. RV ini saya pernah buat dulu dalam bentuk cuppies yang saya teroka dari Dapur Cik Mat Gebu. Ketika itu saya masih baru dalam dunia kek, masa tu RV belum sangat meletup dan meruap-ruap ledakannya walhal sudah banyak juga blog-blog yang mengisahkan tentang kehebatan si merah baldu ini. Jadi bagi meneruskan hajat nakkan RV yang merah menyala saya teruskan niat membakar. Agaknya sebab dah terlalu lama tak buka kabinet saya lupa pewarna yang ada tak sebanyak yang dijangka. Ngam-ngam satu sudu sahaja dan cukup-cukup untuk loyang yang pertama (saya buat dua loyang sebab nak dapatkan kek yang tinggi). Mujur saja masih tinggal pewarna serbuk tapi hasilnya tidak semerah baldu tapi lebih banyak warna coklat.. urmmmm.

Tapi hasilnya, insyaAllah tidak menghampakan. Bagi mereka yang ada alahan terhadap telur tetapi amat teringin untuk menikmati RV apa kata cuba resepi tanpa telur ini.

Eggless Red Velvet
Resepi : Dapur Tanpa Sempadan, Jun Yummylicious
Alam Sari

Bahan-bahannya:
1 cawan susu segar/ soya/ full cream/ sejat
1 camca teh cuka
1 1/4 cawan tepung gandum*
2 camca besar serbuk koko*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*gaul rata dan diayak)
3/4 cawan gula halus
1/3 cawan minyak jagung
2 camca besar pewarna makanan merah
1 camca teh coklat emulco (optional)
2 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh esen badam (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sapukan mentega pada loyang 8" dan alaskan dasar loyang dengan kertas minyak. Satukan susu dengan cuka epal, ketepikan dan biar sampai mendadih (jadi seakan yogurt)
  2. Dalam satu bekas, satukan gula, minyak, pewarna merah, coklat emulco, esen vanilla, esen badam (kalau guna) dan bancuhan susu + cuka tadi. Kacau rata hingga gula larut. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata, kacau satu arah sahaja.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang, bakar suhu 180 darjah selsius selama 50 minit. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi, kalau lidi keluar bersih maknanya kek dah masak. Sejukkan sebelum disapu krim mengikut kreativiti.

Nota : Kalau nak kek tinggi buat dua adunan sekaligus.

Bahan Untuk Krim (Alam Sari Style):

250 gm cream cheese, 250 gm mentega, 1 sb golden syrup, 1/2 cawan gula icing diayak. Satukan semuanya dan putar hingga gebu.


p/s : Bolehlah pula tak cukup krim, seronok sangat memicit rosset.. kih kih kih..
Tags

Post a Comment

58Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahhhhhh..
    meriahnya...
    kalau terro main dengan tepung, mentega.. telur mmg semua menjadi..
    kak.. ros kamu banyak sangat.. bagi ayu 10 kuntum.. hheheh

    ReplyDelete
  2. Salam Sari..
    wah3x... cantik lh munga2x RV...
    sari gunakan nozzle no apa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Hawa, kita guna nozel cap ayam jer, hehe. Tak silap no 17

      Delete
  3. uwaaaa mmng cantiklah Yus RVC ni...kalau dah berseni, lama tinggal pun tetap cantik kek yg di buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yatie, terima ksih, byk lg yg kurg ni, siap tak ckup krim lg, hehe

      Delete
  4. as-salam
    wow, this looks beautiful! looks pretty perfect to me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, Ady. Thank u, not perfect sgt laaa, kira okey jer, hehe

      Delete
  5. Salam kak! waaaaaaaa.... canteks! kita suke nk makan kek2 ni tp malas nak buat sebuku gitu, kalau dpt se slice pun cukup :D kek2 kaler2 gini budak2 mmg tak makan kecuali kaler cekelat ajerr yg dia org nk makan ehehe...

    ReplyDelete
  6. ya ALlah.. ya Allah.. wah.. itu je terkeluar dari mulut kita! wahh..sangat cantik la kek ini! wah wah wah.. sangat suka la! kak.. tima ksih bagi resepi, nanti nak coba lah!

    salam singgah sini.. =)

    ReplyDelete
  7. cantik! Saya kurang pandai buat kek ni, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~yus~, kurang pandai jer tapi msih boleh buat sndiri kira okeylah tu ;-)

      Delete
  8. dah lama teringin nak try buat kek RV..
    terima kasih untuk resipi ya! :)

    ReplyDelete
  9. assalam kak Yus, cantik sgt deco kek akak ni...si baldu merah ni memang sedap..kalau mkn susah nak stop..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, Nieza. Tapi tak trlawan kekreatifan Nieza tu tau ;-)

      Delete
  10. Recipe in list.. Buat sudah tentu.. Tahun bila yang belum tentu hihi..

    Memikat kek RV ini Sari :-)

    ReplyDelete
  11. Loved the deco...so gorgeous! Nak kek sepotong ;)

    ReplyDelete
  12. cantik nye topping bunga2 kek tu. rasa mcm nk petik je. hehe... tiba2 lapar kek dah ni... :)

    ReplyDelete
  13. cantiknya sari..saya pernah buat design bunga ni tapi tak jadik sangat...hahahha..itu la pertama kali buat icing terus2 nak buat design yg hebat2...hehehehe

    betul tu sari..hanya yg pernah buat bisness je tau kepenatan buss masak2 ni...memang letih...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Quinnie, design biasa, bukanlah hebat sgt. Tiru utube jer, huhu. Mmg penat buss msk2 ni, rasa reput tulang, haha

      Delete
  14. salam sari...tgk gambar pon dah tau kek sari ni mmg sedap!makum la tokey tempahan kek kan..
    Tgk deko yg secantik tu..cam sayang lak nk makan.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azatiesayang, ngap jer kak, tak yah sayang2, sayang lagi klu tak mkn, haha

      Delete
  15. wahh kite abru je beli nozel wilton gara2 teruja nk buat swirl roses ni gak,
    tp xterbuat lg, maybe akan beli je kek span biase utk ngetest, guna buttercream, hrp2 menjadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanonano, cdgn trbaik tu, sbb nak buat kek jer dh mkn masa, nak tunggu sejuk lagi kann

      Delete
  16. jumpa gak resepi rv yg tak guna telur...cun giler ros tue

    ReplyDelete
  17. Ya Allah, apa ke sedap sangat rupa kek ni!...

    ni kalau gi johor dapat rasa tak nanti ni? aummmm

    ReplyDelete
  18. Minat masak2 sy bermusim. Tp biasanya cuba yg mudah2 saja. Serius kagum dgn hasil tgn Sari. Cantik dan yg pasti nampak sdp.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zefa NorAsmara, t.ksh. Oo, sy pun sama gak, dtg musim hujan rasa nak tidurrr jer, hihi

      Delete
  19. sedapppnya.. blh try nanti ni.. salam kenal :)

    ReplyDelete
  20. boleh bukak kedai kek ni, lwn matgebu..

    ReplyDelete
  21. pandainye akak, terliur plak adesss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marinahunny, biasa aje, eh! Stokin comel akak dh siap lom?

      Delete
  22. waaa, it looks yummylicious! my momma loves to bake. arisha slalu juga baking, tapi dengan tunjuk ajar my momma. :) kirimkan red velvet or pavlova ke jakarta please hiks. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rtp Farra Arisha, wahhh, kirim ke Jakarta?? Bisa, tunggu ya ;-)

      Delete
  23. erm, bestnya..byk beza x yg guna telur & xguna telur? nk kena try ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zalina, tentunya yg guna telur lagi sedap, tapi yg ini pun ok juga sbb ada buttermilk tu.

      Delete
  24. salam sari..cantiknya deco kek Res Velvet tuu..ku tergoda..hikhik!!! akak nak rasa sepotong? yumyum...

    ReplyDelete
  25. saya pun pernah ada kegemaran bermusim dalam bab baking membaking ni. time tu segala jenis kek, muffins n brownies saya try. lepas tu berenti.

    dan saya faham jugak betapa penat ambil tempahan buat kek atau kuih. mak saya pernah bangun pukul 3 pagi tiap2 hari sebab amik tempahan kuih muih. sekarang ni tak buat dah sbb nak jaga diri pulak kan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. gadisBunga, knp berhenti? Nt mak mrtua nak rada kuih gB cemana? Hehe.

      Mmg penat, takpelah, ank2 dh bsr, blehlah mak gB rehat skrg, kan.

      Delete
  26. orang kata tangan hidup buat apapun menjadi.. macam saya tangan hidup bila menaip je tu pun kadang2 karangan tak berapa menjadi. tak pernah masa @ buat apa2 jenis kek or kuih selama ni.. tak tau bila nak start belajar. org kata nak buat kena ada minat.. minat tu kurang tp kdg2 teringin jugak nak test power tangan menguli tepung. kekekeke. nice kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. THE LEKAT LEKIT, apa kata uli roti canai, jgn lupa panggil akk mkn, hehe

      Delete
  27. bila laaa nak pandai macam akak kita sorang ni buat bunga2 tu :X teringin ni nak masuk kelas buat mcm tu dkt jakarta ni tp tak sempat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Monas2petronas, takyah msuk kelas, tengok utube jer, hehe. Tapi klu sempat pergilah kelas ya, lps register jgn ponteng, hehe

      Delete
  28. as salam..
    kak, tumpang tanya kalau adunan ni saya guna untuk buat cupcake agak2 dapat berapa biji ye? TQ ;)

    ReplyDelete
  29. Wkumsalam, rasanya kalu size medium boleh dpt lebih sedozen. terima kasih brtanya ;-)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!